RESEPI ASAM REBUS NENAS IKAN KACI YANG PALING SENANG DAN SEDAP

RESEPI ASAM REBUS NENAS IKAN KACI YANG PALING SENANG DAN SEDAP | Ikutkan harini takde rasa nak update blog dan takde idea nak mengupdate sebab masih dalam keadaan demam, batuk dan selsema sejak sehari sebelum puasa. Allah nak bagi ujian sakit, tak kira masa, tiba masa nak sakit, terima ajelah. 'Sakit itu penghapus dosa-dosa kecil', tak gituu.. 

Sebenarnya menu ni dah seminggu Sis masak, tapi tak sempat nak update, makanya simpan aje dalam draft dulu gambarnya. Tapi tengah menunggu incik Suami balik settlekan kerja sebelum gerak balik ke Johor ni, terus datang rasa nak update blog Resepi Asam Rebus Ikan Kaci ni. Ikannya tu memang di datangkan khas dari Paka. Kawan incik Suami hantarkan ke rumah ikan hasil pancingan di laut dari incik Suami, so memang fresh giler ikan kacinya di masak asam rebus.

Masa nak masak tu agak blur gak, sebab nak lawankan dengan apa agaknya. Dalam pada blur, terus selongkar kedai runcit laci stok makanan tin, rezeki pula ada satu tin nenas kuib yang belum di guna, konon beli nak buat puding, hehehe last-last ada gak gunanya. Nasib belum expired date. 


Macam biasa resepi Sis ko memang takde yang susah-susah, semua senang-senang dan mudah janji sedap. Buat apa nak buat susah, kalau benda boleh buat senang, betul tak? Nak masak ni kena enjoy, jangan stress-stress kat dapur, nanti satu benda tak jadi dan tak sedap, sebab bukan masak dengan kasih sayang hehehe. 

Asam rebus ni lagi mudah berbanding asam pedas sebab tak perlu nak tumis, dia macam masak singgang jer....simple sangat. 

Resepi Asam Rebus Nenas Ikan Kaci 

Bahan-bahan:

- Seekor Ikan Kaci yang di kerat-kerat. (Boleh jer guna ikan apa pun, jangan guna ayam sudah ler, kang jadi asam rebus ayam pulak) ..
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Kunyit hidup
- Cili merah
**Semua bahan di atas di kisar halus. 

- Asam keping
- Daun kesum
- Nenas dalam tin atau nenas potong .

 Cara memasaknya :

1. Masukkan semua bahan kisar ke dalam periuk. Tambahkan air, dan masuk asam keping. 
2. Didihkan bahan dalam periuk tadi, dan kemudian masukkan ikan dan daun kesum.
3. Apabila ikan telah masak, masukkan nenas dan tambah garam dan bahan perasa. 
4. Padamkan api dapur.
5. Hidangkan panas.


Sorilah agak comot dan sememeh hahaha. Sis ko kalau nak shoot gambo makan kat dapur sendiri memang tak reti, janji ada rupe asam rebus dah okay la tu kan hahahaha. Perut jadi lapar oii nengokk...

Dapat hirup kuahnya panas-panas, uii kemain sedap! 
Selamat mencuba..





P/S: Dah terbayang kuih akok tersedap di Paka ni. Dah pesan kat Suami suruh belikan kuih akok dan keropok lekor sebelum gerak balik. Harap dah ada la kang orang jual. 


RESEPI ASAM REBUS NENAS IKAN KACI YANG PALING SENANG DAN SEDAP RESEPI ASAM REBUS NENAS IKAN KACI YANG PALING SENANG DAN SEDAP Reviewed by Sis Lin on Tuesday, May 07, 2019 Rating: 5

14 comments:

  1. Eeee dappnyaa... Kite ni kann geng hirup kuahh.. Hahahahahaahah 😋😋😋😋😋😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr @Farahain, kalau hirup kuah panas-panas memang sedap kan...lagi kalau ada geng, lawan hirup...

      Delete
  2. Laaa..sis kat Paka rupanya..sedap plak nampak ikan kasi tu...ikan apa pun kalau masak asam rebus mmg sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerrr @Suria, dah balik semalam malam, harini dah kat Johor...
      Betul tu, lagi-lagi kalau ikan kembong, lagi sodapkan...

      Delete
  3. Perghhhh.. . Kena masak lebih utk sahur sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, esok makan lagi sedap kann Kak @Seri ...

      Delete
  4. nak buka puasa cari resepi senang cam ni lah simple sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat betul @Wani, campak-campak aje yang paling senang , janji sedap...

      Delete
  5. alamak, pestime dengar nama ikan ni..ikan semua nampak serupa aje..ahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha lorrr dia species ikan merah dan tebal pipi gak @Sunah...nantilah ada rezeki Sis makasakkan yer ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.