NASIHAT 9 - PEMADAM API DERITA

NASIHAT 9 - PEMADAM API DERITA | Antara 7 golongan yang dilindungi oleh Allah swt di akhirat kelak, yang ada pada hari itu tiada perlindungan kecuali perlindungan dan naungan milik Allah swt, adalah golongan yang tatkala mengingati dan menyebut nama Allah dalam keadaan sendirian, maka matanya menitiskan air mata.

Dapat difahamilah, begitu bernilai harga air mata sesaorang yang disebabkan takutnya dia kepada Allah swt, sehingga nilainya itu adalah perlindungan daripada Allah swt di hari tiada lagi perlindungan daripada yang lain selain Allah.

Walau sebanyak mana duit ataupun emas yang kita miliki di dunia ini, langsung tidak menyamai nilai titisan air mata yang takutkan Allah swt yang lahir daripada sebuah hati.

Ketahuilah, perlindungan Allah swt ini tidak boleh dibeli oleh sesiapa kerana tiada siapa yang memilikinya kini. Ia ada dalam diri kita sendiri iaitu hati yang takut kepada Allah yang diterjemahkan pula kepada air mata,

Namun berapa ramai hari ini orang yang menangis kerana perkara yang remeh-temeh?

Wahai kaum mukminin, kita adalah insan yang dimuliakan dan diistimewakan oleh Allah dengan Iman, yang menisbahkan itu sebagai hubungan roh hati kita kepada Allah. Maka usah kita menggantung hati kita kepada sesuatu yang tidak bernilai di sisi Allah.

Kerana itulah yang menyebabkan hati akan menangis pada suatu yang sebegitu, saat ia hilangdari sisi kita.

Akan tetapi, bilamana kita kuatkan hati ini dengan keterikatan dengan Allah atau apa sahaja yang berkait dengan Allah swt, maka hati ini akan lembut dan mudah untuk titiskan air mata kerana Allah. Kerana ingatlah, air mata sebegini harganya cukup-cukup besar iaitu perlindungan Allah swt.

Selagi boleh menangis di sini untuk membeli nikmat yang besar itu, maka ambilah peluang yang ada ini sebaiknya. Penuhlah hati dengan kecintaan kepada Allah yang dengan itu akan memudahkan kita menangis kerana Allah.

Berbeza sekiranya hati kita dipenuhi dengan kecintaan dunia, teramat susah mata ini untuk menangis walaupun ingin berpura-pura. Ini kerana tiada langsung didapatikhusyuk daripada hati yang bergantung kepada perkara-perkara yang melalaikan itu.

Untuk hati yang sebegini, ubatilah ia dengan memenuhkan kembali hati itu dengan membanyakkan zikir kepada Allah dan kecintaan kepada Allah, supaya kembali terhubung connnection antara hati kita dengan Allah.

Jauhkan diri kita daripada sebarang perkara yang menambah kecintaan yang berlebihan kepada dunia dengan membanyakkan membaca dan menghayati Al-Quran, terutama ketika kita bersendirian.

Saat menyebut nama Allah, benar-benar rasai kemanisannya dengan hati, renungkankanlah bagaimana kedudukan kita di sisi Allah swt.

Sebelum kita menghadirkan rasa redha kepada Allah, persoalkan hati sendiri apakah Allah swt redha kepada kita,

Terutama saat kita bersendirian pada malam hari, waktu semacam itu kita akan lebih khusyuk, hadirkanlah persoalan sebegitu. Bagaimana pula kita ingin ada rasa bersendirian di malam hari itu, ingatkan diri akan banyaknya silap kita kepada Allah, ingat sebanyak mana nikmat Allah berikan kepada kita, dan sejauh mana pula kita mensyukuri akan setiap nikmat yang dikurniakan itu.

Dan juga berapa banyak yang kita korbankan kepada Allah swt.

Dengan ingatan yang sebegitu, berulah kita sedar akan kepentingan untuk kita bersendirian di malam hari mengingati Allah swt. Jikalau kita hanya memikirkan dan mengingati apa yang kita tiada, mana mungkin akan hadir rasa syukur kepada Allah swt,

Moga-moga mata yang dikurniakan kepada kita ini dihiasi oleh Allah dengan titisan-titisan air mata untuk memperoleh naungan yang tiada lagi naungan kecuali Allah swt.


Jikalau kita hanya memikirkan dan mengingati apa yang kita tiada, mana mungkin akan hadir rasa syukur kepada Allah swt, 

Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri 





P/S: Menitis air mata tatkala menaip..Allahuakbar...sudah hampir masuk 10 Ramadhan...


4 comments:

  1. bila terasa diri makin jauh, berusaha la untuk lekas berlari kembali kepada Nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @Sunah..sama-sama kita mencari redha Allah ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.