NASIHAT 8 : NILAI AIR MATA KERANA ALLAH

NASIHAT 8 : NILAI AIR MATA KERANA ALLAH | Di antara 7 golongan yang dilindungi oleh Allah swt di hari kiamat, yang ketika itu tiada perlindungan kecuali perlindungan dan naungan milik Allah swt, adalah sesaorang yang ketika dia mengingati Allah lalu matanya menitiskan air mata.

Ketahuilah betapa besarnya nilai air mata yang keluar yakni yang lahir dari hatinya yang mengingati Allah. Ini sehingga digolongkan bersama mereka yang memperolehi satu-satunya perlindungan di sana iaitu perlindungan Allah.

Harganya bukanlah duit ataupun emas, tetapi hati yang benar-benar tulus mengingati serta merta takut kepada Allah, dan ia diterjemahkan melalui air mata yang mengalir. Begitulah yang namanya naungan Allah itu tidak dapat dibeli di mana-mana, namun sedarilah bahawa ia telah ada pada mata kita kini.

Namun demikian, berapa ramai orang yang menangis hari ini hanya kerana perkara yang remeh temeh, seperti menangis kerana pasukan yang disokong kalah dalam perlawanan,

Sesungguhnya kita makhluk yang dimuliakan Allah dengan iman, perlu yakin yang seharusnya hati kita senantiasa berhubung dengan Allah. Maka usahlah kita biarkan hati ini berhubung dengan sesuatu yang tidak ada nilai di sisi Allah.

Berbeza dengan orang yang hatinya senantiasa digantung dengan perkara yang tidak ada nilai di sisi Allah, maka tatkala hilang ia, maka mudah air matanya mengalir kerananya. Dan susah ia menangisi sesuatu yang bernilai di sisi Allah. Ini walaupun dirinya ingin berpura-pura menangis.

Sebaliknya hati yang terdidik dengan sesuatu yang ada nilai di sisi Allah, maka mudah mengalir air matanya tatkala mengingati Allah.

Oleh itu, berusahalah untuk banyak mengingati Allah kerana hanya dengan itu akan menghubungkan hati kita kepada Allah. Seumpama sistem internet itu ada suis penyambungannya, maka mengingati Allah itulah suis kepada berhubungnya hati kita dengan Allah. Namun di sana terdapat halangan yang meluputkan hati ini daripada berhubung dengan Allah.

Itulah namanya cinta kepada dunia. Halangan ini dapat ditangani apabila kita benar-benar berusaha menghadirkan hati tatkala kita beribadah kepada Allah.

Orang yang membaca Al-Quran yang dia bukan sekadar membaca, tetapi mencerminkan dirinya dengan Al-Quran dengan menghayati setiap ayat-ayat Allah sehingga menyedarkan akan bagaimana kedudukan Allah di hatinya. Tanyakan pada hati tatkala bersendirian, walaupun menjadi kewajipan kita mengucap bahawa kita redha kepada Allah, namun sudahkan Allah redha kepada diri kita? Itu pertanyaan yang perlu ditanya kepada diri sendiri.

Dan ketahuilah, sesaorang yang berzikir mengingati Allah secara sendirian itu lebih membawa khusyuk kepada Allah swt. Cubalah terutama di malam hari, ingat segala kesilapan kita kepada Allah swt, dan luahkanlah apa sahaja yang terbuku di hati itu kepada Allah .


Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri 





P/S: #SisSharing...menulis sampai mengalir air mata... muhasabah buat diri sendiri. 


NASIHAT 8 : NILAI AIR MATA KERANA ALLAH NASIHAT 8 : NILAI AIR MATA KERANA ALLAH Reviewed by Sis Lin on Friday, May 17, 2019 Rating: 5

2 comments:

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.