KEKAL SIHAT DAN DILINDUNGI SEPANJANG BULAN RAMADHAN DENGAN DETTOL

KEKAL SIHAT DAN DILINDUNGI SEPANJANG BULAN RAMADHAN DENGAN DETTOL | Amalan kebersihan dapat membantu melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya

Setiap tahun, sepanjang bulan Ramadan iaitu bulan kesembilan dalam kalender hijriah, umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa untuk umat Islam beribadat, bersolat, membuat kebajikan dan mengamalkan kesederhanaan dalam pelbagai aspek. 


Waktu berbuka atau iftar adalah masa untuk seisi keluarga dan sahabat handai bertemu sambil menikmati hidangan makanan dan iftar dikira tidak lengkap tanpa mengunjungi bazar Ramadan terlebih dahulu!

Bazar Ramadan bukan sahaja menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang lazat setelah berpuasa seharian, malah memberi peluang kepada seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama mengalami keistimewaan membeli-belah dalam suasana berbilang budaya yang meriah.  Walaupun begitu, berasak-asak pada waktu petang dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap sambil memilih apa yang dikehendaki meningkatkan risiko diri anda terdedah kepada banyak kuman yang tidak kelihatan.

Ada pelbagai cara untuk melindungi anda dan keluarga anda daripada kuman dengan rangkaian produk Dettol. Sebagai jenama perlindungan kuman yang dipercayai sejak sekian lama, Dettol menjadikan tanggungjawabnya terutama pada bulan Ramadan ini untuk melindungi para keluarga di Malaysia dengan menggalakkan mereka mengamalkan amalan kebersihan dalam pelbagai keadaan.

Pada bulan Ramadan ini, Dettol melindungi anda dan keluarga anda dengan:


Sabun Tangan Dettol untuk mencuci tangan anda sebelum menyentuh makanan untuk sahur dan iftar.

Sanitiser tangan Dettol boleh digunakan di mana-mana sahaja kerana ia boleh membersihkan tangan anda tanpa menggunakan air; dan

Cecair Antiseptik Dettol membasmi kuman di ruang dan permukaan di kediaman anda sempena menyambut ketibaan Hari Raya.

Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol merupakan peneraju dalam perlindungan daripada kuman dan membantu menjaga kesihatan para keluarga menerusi amalan kebersihan yang lebih baik. Menerusi produk terkenal seperti Antiseptic Liquid, Antibacterial Liquid Hand Wash dan Hand Sanitizer, Dettol melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya


Pada bulan yang begitu bermakna sekali untuk umat Islam, adalah wajar untuk semua orang kekal sihat supaya mereka boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan mereka.

Dengan Dettol, kita boleh berasa yakin 100%.

Pengagihan Sabun Tangan Dettol di Bazar Ramadan

Tahun ini, Dettol menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan ceria dengan melindungi diri mereka daripada 100 jenis kuman yang berbahaya.

Cara terbaik untuk kekal sihat adalah dengan kerap membasuh tangan anda menggunakan Sabun Tangan Dettol. 






Jangan ketinggalan untuk bersama-sama mencari pasukan Dettol yang akan mengunjungi ke 20 buah bazar Ramadan di sekitar Lembah Kelang untuk meningkatkan kesedaran anda tentang amalan kebersihan tangan dan mengagihkan Sabun Tangan Dettol secara percuma kepada orang ramai! 

Kalau korang berada di sekitar kawasan Lembah Kelang itu, bolehlah dapatkan Sabun Tangan Dettol secara percuma ya. 







P/S: Nanti Sis kongsikan antara barangan Dettol yang Sis guna dan apa kebaikkan menjaga kebersihan diri menggunakan barangan Dettol okay. Dan jangan lupa nanti Sis nak buat giveaway barangan Dettol kepada semua di Instagram.. Tunggu..


8 comments:

  1. Wangii...Dettol memang best dari duluu... Rasa nak mandi lagi baca ebtri ni..hoho... Tashabar..nak jlin giveaway!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Nona, sekarang Dettol dah wangi, takde lagi bau ubat-ubat hehehe...
      Tunggu ya, nanti Sis buat GA, join tau !

      Delete
  2. Kesihatan ada kaitan dengan kebersihan..salah satu usaha tingkatkan kebersihan adalah dengan dettol..dulu PC basuh baju suka campurkan sedikit dettol..entah tak tahu kenapa..sekarang dah tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @PC, samalah, Sis dulu cuci baju anak-anak semua mesti nak letak dettol, sekaranga je dah tak guna, sebab kata anak bau ubat hahahaha

      Delete
  3. Kak Sue memang pengguna tegar Dettol.. suka bau dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeee Kak @Sue, bau dia dah wangi kannn...kalau bau ubat tu, terus wangi toilet ..

      Delete
  4. bagus kan usaha dettol ni..tak terfikir nak gi edar sabun kat bazar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...kalau ada kat Johor, memang Sos ko serang dah @Sunah, setiap 1 jam pi serang, kumpul dapat banyak sabun hahahahha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.