BUFFET RAMADHAN 2019 : MAI LA BERBUKA PUASA DI SEDAP CORNER, MEMANG SEDAP

BUFFET RAMADHAN 2019 : MAI LA BERBUKA PUASA DI SEDAP CORNER, MEMANG SEDAP | Dah masuk hari yang ke9 berpuasa, korang okay ke tak tu? Ada yang dah nampak anak bulan ke? Hehehehe. biasalah owang pompuan kan, mana ada yang full puasa, kalau ada tu, kira nasiblah kan. So untuk harini korang dah ada ke tempat nak berbuka puasa? Atau masak di rumah? Atau ke Bazar? 

Bagi yang tengah mencari tempat nak berbuka puasa bersama family, kawan-kawan, opismate ke, haa mai la ke Buffet Ramadhan Sedap Corner, sesuatu yang baru harus di cuba hehehe. Bukan hanya di hotel aje kan, kali ni kita cuba di restoran pulak. Terletak di Jalan Abdul Samad Johor, Sedap Corner buat kali keduanya mengadakan buffet ramadhan di sini. Ternyata sambutan amat mengalakkan. 

Lebih dari 50 menu yang di sediakan, kesemuanya adalah menu tradisional melayu Johor. Antaranya : Ikan Bakar Sambal, Asam Pedas Ikan/Ayam, Kari Ikan, Sayur Masak Lomak, Laksa Johor,  juga ada Rojak Asma. 




Baru-baru ini Sis berkesempatan berbuka di sini dan berpeluang untuk merasai menu-menu yang di sediakan. Ternyata memang sedap. Dah nama pun Sedap Corner, so semua memang sedap-sedap. Bukan sahaja menu masakan melayu sahaja yang di hidangkan. Juga ada menu ala western seperti Sapageti/Pasta dan juga Roti John pun ada. 

Menu masakan panas seperti Kue Tiaw Goreng, Mee Goreng dan juga Mee Hoon dan juga Tom Yam, pun ada juga di sajikan. Bagi yang sukakan Sup, pun ada juga Mee Sup ala Mee Soto juga ada di hidangkan. Rasanya memang cukup puashati, sedap. 




Bagi peminat Ikan Bakar, di sini juga ada. Live action lagi, di bakar panas dan di curahkan sambal diatasnya. Cuma korang kena bersabar sikitlah yer, sebab permintaan mereka yang nak ikan bakar ni memang beratur agak panjang, so kena sabar. Siapa cepat dia dapat dulu, kalau lambat, kenalah menunggu yer. Selain Ikan ada juga Udang bakar.

Yang diet taknak makan nasi, haaa ada juga Rojak Asma. Di makan dengan kuah kacang, ternyata memang ramai makan rojak ni hehehe..awak diet ke? hehehehe..




Tak lengkap rasanya kan kalau tidak merasai pencuci mulutnya. Antara yang menarik perhatian dan yang banyak kami makan adalah, Bingka Durian, Pulut Panggang dan juga Kek Lapis Durian. Woww banyak betul perasa durian di sini, Memang sedap dan bahagianya dapat makan hahaha. Yerr sedap!

Lebih dari 10 jenis kuih tradisional melayu yang di hidangkan, selain dari puding dan juga agar-agar. Semuanya memang sedap.




Buah-buahan dan juga minuman panas dan sejuk juga banyak jenis disediakan, So kalau korang makan di sini memang puashatilah. Tempatnya pun santai-santai aje. Tidak terlalu sesak dengan orang, hanya limited seat aje. Booking cepat dan awal untuk dapatkan tempat korang. 

Dan lagi satu, di Sedap Corner juga ada menyediakan pembelian Hamper dan juga aneka jenis Biskut Raya. Dan Sis ada beli satu. Sis beli Custard Durian Cookies. Makk aii sedap giler, anak-anak pun cakap sedap. Harga hanya rm15.90 sahaja. Banyak jenis kuih dia. 




Korang tengok tu, Biskut Salted Egg pun ada hehehee..Mesti sedapkan..Nanti Sis nak beli lagi . Memang sedap biskutnya, tarak tipuu...

Sedap itu subjektif! Nak tau sedap tak sedap, sila pergi cuba ya. 



Buffet Ramadhan ini bermula dari 11/5/2019 hingga 3/6/2019 .

Harga bermula serendah rm59.90 untuk dewasa dan rm29.90 untuk warga emas dan kanak² (bawah 6tahun percuma) .

Untuk membuat tempahan:
Boleh huhungi : +607-224-6566 atau +018-788-9957

Facebook : Sedap Corner 
Instagram : Sedap Corner





P/S: Restoran Sedap Corner ni memang tempat selalu Sis dan Suami melepak tiap kali balik dari KPJ Abu Samad. Menu ala-carte dia pun sedap! Korang cuba Cendol dan juga Set Lunch dia..sedap!


BUFFET RAMADHAN 2019 : MAI LA BERBUKA PUASA DI SEDAP CORNER, MEMANG SEDAP BUFFET RAMADHAN 2019 : MAI LA BERBUKA PUASA DI SEDAP CORNER, MEMANG SEDAP Reviewed by Sis Lin on Tuesday, May 14, 2019 Rating: 5

2 comments:

  1. harga mampu milik alahai sedapnya makanan2 dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr alhamdulilah, menu dia pun sedap semuanya, harga berbaloi dengan yang di sediakan @Mamapp ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.