PEMBAYARAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) FASA KE-2 AKAN DIBUAT PADA 28 MEI 2019

PEMBAYARAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) FASA KE-2 AKAN DIBUAT PADA 28 MEI 2019 | Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa pembayaran fasa kedua Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibuat bermula Selasa (28 Mei) depan.

Ini bererti, pembayaran itu dibuat kira-kira seminggu sebelum Hari Raya.


TARIKH PEMBAYARAN BSH MEI 2019

Pembayaran BSH fasa 2 akan dibuat bermula 28 Mei 2019 membabitkan 3.6 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.42 billion.

Namun desas desus mengatakan pembayaran akan dibuat penghujung bulan Ramadhan nanti sebagai insentif bantuan Aidilfitri.

Seperti dimaklumkan tarikh kemaskini permohonan Bantuan Sara Hidup akan dibuka bermula 1 Februari hingga 15 Mac 2019.

Kemaskini boleh dibuat di portal rasmi BSH online.

Antara maklumat yang perlu anda kemaskini ialah:

Status perkahwinan terkini (kahwin / cerai / kematian pasangan)
Alamat surat menyurat terkini dan emel
Nombor telefon bimbit dan rumah
Maklumat akaun bank
Maklumat pasangan dan tanggungan
Maklumat waris

KAEDAH PEMBAYARAN

Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, kaedah pembayaran akan dikreditkan ke akaun penerima pada 28 Januari.

Antara bank yang terlibat dalam proses pembayaran ini termasuklah:

AFFIN BANK
AGRO BANK
ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
AM BANK BERHAD
AL RAJHI BANK
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
BANK RAKYAT
MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
BANK SIMPANAN NASIONAL
CIMB BANK BERHAD
CITIBANK BERHAD
HONG LEONG BANK
HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
MAYBANK
OCBC BANK
PUBLIC BANK BERHAD
RHB BANK BERHAD
STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Bagi yang tiada akaun, surat maklumanan penunaian akan diposkan ke alamat masing-masing.

Anda kemudian boleh membawa surat tersebut untuk ditunaikan di mana-mana cawangan BSN berhampiran.

Sekiranya akaun bank tidak aktif, anda juga akan menerima surat makluman memandangkan surat baucar sudah tidak digunakan bermula tahun ini.

Kepada penerima yang berstatus “muflis” anda perlu merujuk ke Jabatan Insolvensi Malaysia untuk mendapatkan kebenaran khas bagi pengeluaran BSH 2019.

SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT

Jadi bagaimana caranya untuk semak sama ada nama anda layak atau tidak untuk menerima pembayaran BSH fasa pertama?

Semakan status pembayaran Bantuan Sara Hidup fasa pertama boleh dibuat di portal rasmi bsh.hasil.gov.my

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk proses semakan online:

Layari bsh.hasil.gov.my kemudian klik pada pautan MyBSH
Masukkan nombor kad pengenalan dan klik SEMAK
Klik pada mohon TAC
Masukkan nombor TAC yang telah dihantar ke telefon anda
Klik pada SEMAKAN STATUS
Skrin akan memaparkan status permohonan sama ada anda layak atau tidak sebagai penerima BSH fasa pertama.

Memandangkan untuk proses semakan memerlukan nombor TAC jadi pastikan anda telah mendaftar nombor telefon ketika proses permohonan sebelum ini.

Pembayaran fasa kedua dan ketiga akan dibuat pada bulan Mei dan Ogos tahun ini.

Kemungkinan juga diawalkan atas faktor cuti umum dan sebagainya.

Maklumat lanjut boleh dibaca di blog rasmi https://bantuansarahidup.com/ 




P/S: Alhamdulilah, anak Sis pun dapat dan layak menerimanya  - status bujang hehehehe.

8 comments:

  1. Alhamdulillah.Terima kasih Sis perkongsian.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, boleh top up apa yg perlu. Kadang2 memang inilah yg diharapkan sbgi peruntukan utk beraya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah Kak @Seri, rezeki 'duit raya' walau takde banyak mana tapi dapat juga buat tambahan persiapan raya kan ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.