RESEPI IKAN KERAPU MERAH MASAK STIM LIMAU YANG MUDAH TAPI SEDAP

RESEPI IKAN KERAPU MERAH MASAK STIM LIMAU YANG MUDAH TAPI SEDAP | Hai korang, amacam? So far satu hari puasa ni macam mana? Ada baik? Biasalah hari pertama puasa mestilah okay, meriah dan bersemangatkan? Tunggulah hari-hari mendatang sok, melepek dan mula suam-suam kuku. Sahur pun taknak, makan berbuka pun dah kurang lalu. Memasing dah mula bizi buat kuih dan soping raya, kann kannn.. hehehehe

Sis? Ada kurang baik sikit dari semalam, hari pertama puasa kena demam, batuk dan selsema. Semalam siang dah nampak tak berapa sihat, Suami ajak ke klinik tapi Sis kata takpelah, masih okay. Tau-tau dalam perjalanan ke Paka semalam, terus down giler, badan panas, selsema, batuk dan terus senoneng kepala. Adeiii harap bertahanlah sepanjang puasa ni. So far now is so good hehehe. 
Tidur je kejenya la..

Harini korang masak apa? Dah ada menu ke atau masih blur tak tau nak masak apa? Kalau korang no idea nak masak apa, haaa boleh cuba resepi mudah tapi sedap ni Ikan Kerapu Merah Masak Stim Limau. 

Jom semak resepinya yer ..



Resepi Ikan Kerapu Merah Masak Stim Limau 

Yang utamanya masak stim limau ni, Sis guna Pes Stim Limau tu haa. Korang boleh beli di kedai-kedai yang menjualnya atau di online juga. Macam Sis ada kawan jual, memang beli simpan buat stok, nak masak ye senang hehehehe..

Untuk 'aksesori' ikan tu haa, macam biasa je, hiris ajelah bawang besar, halia, cili api (bior pedas berapi), bawang putih, serai, tomato dan juga asam keping. 

Dah hiris susun-susun dan sumbat-sumbat di celah-celah ikan tu haaa.. Kemudian tuangkan pes stim limau tu ke dalam mangkuk kecil beberapa sudu, dan tambahkan sedikit air dan korang rasa dulu. Kalau agak dah cukup kemasaman yang korang nak tu, haaa terus tuang atas ikan, kalau nak lebih masam korang tambah lagi pes tu. Faham? ..



Dan kemudian sebelum korang kukus, korang taburkanlah sedikit garam, serbuk perasa, lada hitam ke, serbuk lada putih ke, untuk pelengkap bahan perasa. Nak tambah gula pun boleh. Ikutlah suka memasing. Kalau korang rasa pes stim limau tu dah cukup rasa, haaa tak payahlah tambah lagi bahan perasa lain. 

Kemudian baru kukuslah. Kukus tu ikut ajelah ikan tu dah masak ke belum. Ikut sukahatilah korang nak kukus berapa lama, jangan sampai kering air kukusan tu dah ler hahahaha. Sis kukus atas kuali ajer, senang...sambil masak menu lain, sambillah jengah ikan tu ...


Bila dah siap, angkat dan ceduk nasi panas-panas makan. Menu stim ni, kena makan panas-panas baru sedap, kalau sejuk, dah kurang sedap. Korang ada perasan tak apa bahan yang tertinggal? Hahahahaha..
Adeii Sis ko lupa nak letak hirisan limau derr...dah sesiap beli limaunya, sekali lupa nak letak sebagai 'aksesori' dan juga bahan perasa stim limau ni..eeeee nasib baik Suami kata okay dah, cukup segala rasa, phewwww alhamdulilah ..

Tapi tetap rasa tak puashatinya!! Nanti nak try lagi lah..

So korang kalau nak cuba, silalah, menu simple, mudah, senang tapi sedap! ..
Selamat berbuka korang!! ..






P/S: Demam-demam ni, teringin nak makan nasi panas + sambal bawang + telur mata lada hijau ikan bilis curah kicap huhuhu...sedapnyaaa... 


20 comments:

  1. sedappnyaaaa...sis , ain ponn tumbangg jugakk rasa badan demam2 dari semalam.. fuhh... ssemoga kita sama2 cepat sembuh yer!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @Farahain, haritu masak memang sedap plak hahahaha....
      Sis ko dah lepak gile ni tapi sebab taknak tunjuk depan Suami, so steady je laa, sian plak dia nnati huhuhu.. MOga cepat sembuh Ain ..

      Delete
  2. sis klo post pasal resepi mmg best..aiyaaaa terbaik la sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha post resepi biasa-biasa aje @Anakdenesor...makaseh tau..

      Delete
  3. Sedapnyaaa sis.. Rasa terliur lah pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buatlah @Farah, sesekali, guna ikan kembong pun sedap...

      Delete
  4. Nampak sedap sis...boleh buat minggu ni...hari biasa SA kat umah sewa...buka puasa simple je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap, nanti nak try guna ikan kembong plak, mesti sedap juga....

      Delete
  5. Hoho nampak lazat laa boleh try nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe silalah mencubanya yer @Mamapp

      Delete
  6. hari ni menu orang bujang pemalas, goreng tempura dalam air fryer je, lepas tu makan dengan salad n sos..bahahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenyang ke tu @Sunah..alahai sedih plak Sis ko baca menu ko Sun...huhuhu

      Delete
  7. Fuhhh.melelehhhh.... Semoga sihat dan bertenaga sepanjang Ramadan nih ya sisturrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..meleleh kang batal oii pose @Nona...aamiinn...kamu juga Non..

      Delete
  8. terasa lapar pulak tghari ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha jangan singgah time lapar, nanti time kenyang singgah sini @Ejulz hahahaha

      Delete
  9. hi mak hehehehe lama x msk stim ni, aih meleleh plak liur bulan2 poso tgk ni!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii anak menantu @Sizzling, mai le ke Johor, nanti Mak masakkan hehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com