TARIKH LIHAT ANAK BULAN SYAWAL PADA 3 JUN 2019

TARIKH LIHAT ANAK BULAN SYAWAL 1440H PADA 3 JUN 2019 | Tarikh melihat anak bulan Syawal adalah pada petang Isnin, 3 Jun bersamaan 29 Ramadan 1440 Hijrah, menurut kenyataan daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja juga bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab dengan tarikh sambutan diisytiharkan pada malam itu juga melalui radio serta televisyen.

Gambar di ambil depan rumah Mak, Masjid Bulatan Kampung Melayu 

Sebanyak 29 tempat dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal iaitu :

Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, 
Melaka; Teluk Kemang, 
Negeri Sembilan; Bukit Melawati di Kuala Selangor, Bukit Jugra di Banting dan Balai Cerap Sabak Bernam, Selangor. 

Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, 
Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh, 
Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak di Kuala Muda, Pemandangan Indah di Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Kedah.

Bukit Besar di Kuala Terengganu, Bukit Geliga di Kemaman, Pulau Perhentian di Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.

Bukit Peraksi di Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram di Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak di Kota Bharu, Kelantan.

Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berincang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan, Pahang; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru di Simpang Empat, Perlis.

Esplanade Luak di Miri, Teluk Bandung di Kuching dan Tanjung Batu di Bintulu, Sarawak; dan Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan serta Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah di Kampus Antarabangsa Labuan, Sabah.

Sumber : Bernama 




P/S: Semakin terasa bahang Syawal... korang dah berapa peratus siap persiapan raya? Sis? 30% jer, ko ngase? 

8 comments:

  1. Tertunggu2 pengumuman anak bulan kelihatan atau tak walaupun dah tau tarikh raya, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kannn Kak @Seri, tapi pernah terjadi dulu kan, harini umum, esoknya raya, haruuu riuh satu rumah hahahaha

      Delete
  2. Tak buat persiapan apa pun lagi Sis..disebabkan cuti raya cuma dua hari..jadi mood pun lain macam..selalunya dapat cuti seminggu..takpelah..rezeki segitu..alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu samalah kita @PC, Sis pun masih dalam 30/40% jer, ni hujung minggu baru nak settlekan kemas rumah ...

      Delete
  3. tengok kat tv jelah sis lin, senang kan hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyoo sambil ngadap kukis raya sebalang kan Cik @Lily hehehehe

      Delete
  4. Teringat kecik2 dulu, time ni la semua kumpul depan TV nak dengar pengumuman raya...nostalgia betul...

    Kita 15% je...hahahahhahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kannn, bersila semua depan tv sambil pegang daun ketupat @Sunah hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.