RESEPI KARI IKAN KACI STYLE MAMAK YANG SEDAP

RESEPI KARI IKAN KACI STYLE MAMAK YANG SEDAP | Kenapa Sis kata style mamak? sedangkan ada letak santan? sebab kuahnya yang pekat dan tersangat rasa kekariannya hahaha bahasa apa daaa ...Ye laaa mestilah cakap style mamak, takkan nak letak style Sis Lin pulak, melampau beno rasa. Korang biasakan makan dan tengok nasi kandar punya kari tu, haaa macamtulah kepekatan kuahnya yang Sis ko masak ni. Nak kata sama tidak, tapi rupa ada sama hahaha. Tapi memang sedap gilerr. 

Sendiri masak sendiri pujilah hahahaha. 

Kalau masak kari ikan, tambah pulak ada kepala seketul, mesti kena masak pekat-pekat, kalau cair macam tak kaw! Pernah Sis masak cair aje, Suami sampai tegur, kenapa kuahnya cair beno, dah macam masak asam rebus katanya, so dah taulah dan belajar dari situ, kalau nak masak kari kepala ikan, kena kuahnya pekat kaw-kaw punya, baru ada umph!. 

Ikut style dan cara memasinglah kan. Ini style Sis, kalau yang tak suka dan ada lain cara, terpulanglah yer. Air tangan memasing gitu..Style Emak Sis pun lain juga hehehe mana nak sama dengan anaknya, ye dakk...


Ikan kaci ini adalah ikan hasil pancingan Suami sebelum dia balik Johor baru-baru ni, siap bawa balik nak bagi Isteri dan anak-anak rasa katanya, memang besar giler ikannya. Jenuh Sis ko menyiang ikannya semalam. Rezeki Suami, dapat juga Sis masakkannya kari ikan kaci ni dan dapat dia bawa balik buat bekal untuk sahur semalam, alhamdulilah, puas rasa hati ini. 

Siap aje masak semalam untuk berbuka, tapi Suami tak sempat nak berbuka sama, makanya sebelum bergerak balik ke Paka, Suami minta bekalkan dia nak bawa nak buat makan Sahur nanti. Sis bekalkan dia 2 bekas, sekali dengan kawannya yang menumpang balik sama. 


Nak resepi? meh ler lihat resepinya yer..ni anggaran aje untuk seekor ikan yang Sis masak, sukatan tu ikutlah kalau korang punya besar ikan macam mana ye. 

Resepi Kari Ikan Kaci Style Mamak

Bahan-Bahan:

Seekor ikan kaci (boleh di gantikan dengan ikan lain)

Bahan untuk di tumbuk atau blend :

3 ulas bawang merah*
3 ulas bawan putih*
1 inci halia.*
1/4 biji bawang besar*

Bahan untuk di tumis : 

Minyak masak
1 batang kecil kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit daun kari

Bahan-bahan lain : 

2 cawan santan cair (Ikut anggaran besar ikan)
1 cawan santan pekat
1 paket rempah kari ikan (Sis guna Babas)
1 sudu besar serbuk cili
1 biji tomato di potong 4
5 batang bendi
garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

- Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda *
- Bancuhkan serbuk kari dan serbuk cili menjadi paste yang pekat
- Panaskan minyak dalam periuk, tumisan bahan tumbuk kasar bersama bunga lawang, kayu manis, daun kari hingga naik bau.
- Masukkan paste serbuk kari dan cili, tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan, tunggu hingga mendidih. 
- Masukkan 2 cawan santan cair, biarkan sehingga mendidih lagi, kemudian masukkan satu cawan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan tomato dan bendi selama 2-3 minit atau hingga bendi masak.
- Siap dan sedia dihidangkan.





So selamat mencuba ya ! Harini dapur OFF ..bawa anak-anak makan di luar.
Alhamdulilah rezeki ..






P/S: Menu Sahur harini pun Sis makan kari cecah dengan roti dan juga susu kurma.. 


12 comments:

  1. uiiii...besar betul ikan tu..hobby husband sis sama ngan abah SA..dulu duduk PD dia layan laut..la ni duduk Seremban dia layan sungai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr besar @Suria, bayangkan nak menyiangnya haa, habis luka-luka kecil di jari huhuhu

      Delete
  2. hebat suami sis.Unung dapat makan ikan fresh ni.Manis isinya kan.. Ermm,dulu abah ina selalu turun ke laut.Ni sejak bot dah dijual,kurang dah dia ke laut.Tumpang orang jelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah @Azlina. Rezeki laut katanya. Ada dapat 3 ekor, tapi di bawa balik sekor aje, lain sedekah kat kawan di sana.

      Delete
  3. selamat berbuka kat luar sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat bersahur @Sunah Sakura hehehehe

      Delete
  4. Perghhh syok dapat ikan beso .. hari tu saya gi mancing muara dapat ikan Tetanda je. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Tuan @Hasrul, sekali dapat besar puashati kann. Ikan tanda pun sedap, Saya ada nampak Tuan post haritu ..

      Delete
  5. Sedap buat kari, terutama kepala dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr sangat sedap, dengan mata ikan pun hilang kalau makan @Warisan Petani heheheh

      Delete
  6. Replies
    1. Sangat sedap @Ejulz, lagi pulak masak sendiri hehehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.