BUFFET RAMADHAN 2019 : BERBUKA PUASA DI TAMAN TEMA LEGOLAND® BERTEMAKAN SPICES OF NUSANTARA INTERNATIONAL BUFFET

BUFFET RAMADHAN 2019 : BERBUKA PUASA DI BRICKS FAMILY RESTAURANT LEGOLAND® BERTEMAKAN SPICES OF NUSANTARA INTERNATIONAL BUFFET | Hampir beberapa hari aje lagi Ramadhan bakal menjelma. Namun kemeriahan bulan mulia tersebut sudah mula terasa. Restoran dan Hotel mula sibuk menyediakan resipi menarik masing-masing untuk disediakan sebagai santapan pelanggan sewaktu berbuka puasa nanti. 

Baru-baru ini Sis dan ahli geng JDT Blogger yang lain juga media menerima jemputan daripada Legoland Bricks Family Restaurant untuk sesi review buffet Ramadhan di restorannya. Memang teruja! Memang sudah diketahui semua bahawa Legoland adalah sebuah taman tema yang 'gah' di Johor dan sudah tentunya ianya menjadi lebih hebat dalam bab penyediaan makanan terutama untuk di sajikan pada bulan ramadhan nanti. 



Bertemakan Spices Of Nusantara International Buffet, sudah semestinya ianya menjanjikan hidangan yang sungguh sedap dan lazat untuk pengunjung merasainya. Lebih dari 150 hidangan yang akan disajikan dan pelbagai jenis masakan juga 'live station' yang akan bersiaran ketika buffet berlangsung. 

Buffet ramadhan ini akan bermula pada 6 Mei sehingga 6 Jun 2019 dari jam 6 pm hingga ke 10 pm. Sis berkesempatan juga merasai aneka juadah yang di sediakan. Antara menu yang ada yang tersedia sewaktu Sis dan rakan-rakan media lain membuat liputan review kesini..
 Jomm kita lihat apa yang menariknya..




Pada Ramadhan tahun ini 2019 pihak restoran ini akan membuat kelainan dengan menyediakan hidangan menu dari Asia. Ini termasuk menu-menu asli daripada negara kita Malaysian, Singapura, Indonesian, Thailand, Vietnam, IndoChina, Philippines, Indian dan tidak ketinggalan menu daripada 'International Flavours'. 

Antara menu 'kick' yang ramai akan serbu dan merasainya antaranya Ketam Black Pepper, Rendang Udang dan juga Salmon Lemon Sauce. Menu yang 3 ini memang sedap! Serius memang Sis kata sedap sebab Sis makan banyak sekali menu ni hehehehe. Korang cubalah yang ini. Tapi jangan lupa mencuba yang lain-lain juga ya. Memang banyak pilihan menunya. 





Untuk 'Live Station' di ruang luarnya pula, ada bahagian BBQ, antaranya Ayam Golek, Gulai-gulai Kawah, Pasta dan Spageti (minta baru mereka masak), juga Sate, Udang dan otak-otak bakar. 

Memang banyaklah pilihan kalau di ruang live station ni. Haaa jangan lupa merasa Rendang Tok tu, sedap kemain !! ..




Juga terdapat pelbagai pilihan Kuih Muih Tradisional dan juga aneka Biskut Raya dan Bubur Lambuk versi Johor pun ada. Tidak lupa aneka Kurma untuk pembuka puasa. 

Di sini juga ada pelbagai Sup, seperti Sup Kambing, Sup Cendawan dan juga Bubur Kacang Merah dan Bubur Pulut Hitam . Piliha ajelah nak makan yang mana yer..




Di sini juga mewah dengan aneka pencuci mulut atau Dessert yang bakal menambat hati korang. Comfirm korang blur termenung nak pilih yang mana kesukaan korang. Tapi rata-rata kemain suka dengan Green Tea Cake tu. Sis ko lebih suka Mango Cake tu hehehehe.  Juga ada Pesembur, Cucur Udang dan juga Durian Gulung. 

Dan tidak lupa bahagian Buah-buahan, aneka Jeruk, minuman panas dan sejuk, juga aneka jenis aiskrim yang semestinya menjadi penutup tatkala korang makan buffet, 





Jadi bagi korang yang ingin merasai berbuka puasa di taman tema , ayuh bawa anak-anak dan juga family kesini ya. Oh ya, alas meja dia tu, memang boleh di conteng untuk anak-anak, akan di sediakan pensil warna sebagai menghilangkan buhsan anak-anak semesntara menunggu masuknya waktu azan. Menarikkan.. 

Masih tidak terlambat lagi jika korang ingin membuat tempahan awal sekarang sehingga 5 Mei 2019, korang akan dapat harga Dewasa RM118.00 nett & Kanak-kanak RM58.00 nett.

Harga Biasa selepas 5 Mei 2019 :
Dewasa RM148.00 nett
Kanak-kanak RM78.00 nett

Untuk membuat tempahan boleh email kepada : admin.fnbhotel@legoland.my atau hubungi +607 560 3808/3884 .


Parking khas di Hotel buat pengunjung yang makan di restoran hanya RM8.00 nett per entry .



Enjoy at South East Asia’s only LEGO-themed restaurant environment BRICKS Restaurant LEGOLAND Hotel ..

5 May – 6 Jun 2019 | 6pm -10pm

Here’s a gastronomic experience harvested straight from the lavish food culture of the archipelago for you and your family to indulge in. A succulent spread is not only laden with the finest of Indonesian one-of-a-kind local flavours, but also sprinkled with international delights, including cuisine from both the Oriental and Western hemispheres.
Bon Appétit!





P/S: Oh ya!! Jangan lupa Sealife akan di buka pada 6/5/2019 ya!! Bawa anak-anak ke sana okay!! Legoland menjanjikan keriangan buat semua !! ..


BUFFET RAMADHAN 2019 : BERBUKA PUASA DI TAMAN TEMA LEGOLAND® BERTEMAKAN SPICES OF NUSANTARA INTERNATIONAL BUFFET BUFFET RAMADHAN 2019 : BERBUKA PUASA DI TAMAN TEMA LEGOLAND® BERTEMAKAN SPICES OF NUSANTARA INTERNATIONAL BUFFET Reviewed by Sis Lin on Saturday, May 04, 2019 Rating: 5

4 comments:

  1. Macam mana pun PC suka tengok dessert Sis...hehehe..parah PC ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kemanisan sangat tau @PC ni, macam orangnya , manissss

      Delete
  2. wow...semua hdangan nampak menyelerakan...cuma masalah banyak mana la mampu SA makan kan.perut kecik..makan sikit je je dah kenyang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr semua sedap dan menyelerakan, sampai tak tau nak makan mana @Suria hehehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.