BILA ANAK MASUK DAPUR MEMASAK, PENUH SATU MEJA

BILA ANAK MASUK DAPUR MEMASAK, PENUH SATU MEJA | Beginilah jadinya bila si anak dara tu masuk dapur memasak. Segala macam ada dalam peti ais kalau boleh dia nak masak. Bukan tamak, tapi dia memenuhi permintaan Emak dan Ayahnya yang nak makan menu apa.

Yang Ayahnya nak ikan kerapu stim limau, yang Emaknya nak terung lada belacan, dan yang si adik-adiknya pula nak udang butter, maka terhasillah semua menu seperti dalam gambar di bawah hahahaha.

Eloklah juga dia memasak, belajar sikit-sikit, tak tau ye tanya. Jangan kang nak siang ikan pun tak tau, Laki juga yang kena bantu huahuahua, nasib juga Laki tau, kalau dua-dua tak tau, sampai ke sudah kang tak makan ikan hahaha.... opsss...

Nak tau apa anak dara Sis masak? Ini adalah menu kelmarin 18 Ramadhan ya..


3 menu tersedia di hidangkan ..

Sambal Terung Lada Belacan.
Udang Butter
Ikan Kerapu Stim Limau.

Tertunailah hasrat Emak dan Ayah nak makan air tangan si anak hehehe alhamdulilah.

Dah boleh di pinang kakakakah *mampos kalau si kakak baca ni ....


Dan yang puasnya si adik-adiknya makan adalah Udang Butter ni haa, penuh semangkuk kuahnya. Habis di hirup-hirup kuah butternya.

Memang kesukaan anak-anak menu butter ni, kalau boleh hari-hari masak pun tak apa katanya..mak aiii lemak oiii....

Alhamdulilah ada lah juga senangnya kerja di dapur sekarang bila ada pembantu macam ni. Tapi tak lama juga tu, lepas raya si kakak dah mula sambung Masternya di MSU dan tinggallah di Shah Alam sana..ermmm tinggal lagi Emaknya seorang...

Tak apalah selagi anak minat nak belajar, kita support ajelah kan.. biar sampai ke menara gading. Moga anak-anak Emak berjaya dunia dan akhirat.

Aamiinn..untuk anak-anak korang juga ya..





P/S: Harini dapur pun OFF juga heheheh...ada orang nak belanja makan sambil tengok ikan-ikan heheheh..


8 comments:

  1. Alhamdulillah..air tangan anak ya Sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, yerr @PC, anak Sis yang sulung memasak...

      Delete
  2. Aaaa... Tengok gambar memula ingatkan udang masak lemak cili api tadi, lin. Pehhh.. Paling best kerapu stim limau tu. Umah akk jarang la masak kerapu, biasa siakap, kalau nak mkn kerapu pi kedai sbb akk sejenis takut tengok kulit kerapu, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, terkejut juga Omaknya tengok penuh semangkuk kuah butter tu Kak @Seri, tapi licinnn...
      Hahaha Akak sebenarnya sama dengan kita tau, ikan kerapulah Lin siang pakai sarung tangan getah tu, sebab geli dengan kulit dia hahahahaha

      Delete
  3. pergh..sdap2 menu2 dia..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah sedap-sedap semuanya Cik @Nor ...

      Delete
  4. Assalalmualaikum lin..Wah !! Sedap menunya lin..pasni dah boleh dpt menantu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull...hehehe senang sikit Maa kerjanya...hahaha menantu kita tunggu ajelah ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.