BUFFET RAMADHAN 2019 : BERTEMAKAN 'BALIK KAMPUNG', JOM BERBUKA PUASA DI TANJONG PUTERI GOLF RESORT

BUFFET RAMADHAN 2019 : BERTEMAKAN 'BALIK KAMPUNG', JOM BERBUKA PUASA DI TANJONG PUTERI GOLF RESORT | Seronoknya bila baca 'Balik Kampung' tu, ianya mesti melambangkan suasana dan juga makanan kampung-kampung air tangan Emak Atuk kita kan. Semestinya hidangan tradisional melayu yang akan di hidangkan. Ulam-ulaman dan juga kuih-muih tradisional. Sangat melazatkan. 

Bagi merealisasikan suasana Balik Kampung itu, Tanjong Puteri Golf Resort telah menyediakan hidangan Buffet Ramadhan 2019 kali ini dengan bertemakan Balik Kampung itu. Pengunjung akan di sajikan dengan lebih dari 100 menu yang di ketuai oleh Chef Razali bersama team masakkannya, ianya menjanjikan hidangan yang membuat pengunjung akan terkenangkan masakan kampung mereka. 

Antara yang menjadi pilihan menu yang disediakan adalah Nasi Beryani bersama Kambing Panggang, Gulai Daging Kawah Ibunda, Ikan Tempoyak Sri Mersing dan juga Opor Ayam Sri Medan.




Tempat makannya terletak di ruang lobby masuk di Cafe Golf di aras bawah aje, tak perlu nak naik lift atau tangga. Dan pengunjung akan nikmati suasana sekeliling dengan kehijauan padang golf yang hijau mata memandang sambil makan berbuka puasa.

Di sini mereka ada 2 ruangan tempat mengambil makanan. Bahagian atas, menu-menu berlauk, hidangan pemanis mulut, minuman panas dan sejuk, juga bahagain buah-buahan, Manakala bahagian bawahnya pula adalah di mana 'Live Action Stalls'. Di mana di situ terdapat hidangan masakan panas. 




Menu-menu panas yang di sediakan termasuklah Kambing Golek yang di bakar menggunakan 16 jenis ramuan remopah ratus, dan di bakar sepenuhnya menjadikan rasa kambing itu sangat juicy dan sangat lembut. Sis makan banyak juga hahaha. Yang taknak makan nasi, ada juga Char Kue Tiaw dan juga Mee Hoon Goreng. 

Juga ada Gerai Mee Rebus, Popia Basah, Roti Canai, Kebab Ayam, satay dan juga Kuih Goreng-gorengan iaitu : Karipap dan juga Popia. Termasuklah Durian Goreng dan juga Durian Pancake. *Menu ini akan bertukar-tukar ya, bukan setiap hari menu yang sama. 




Tidak di lupakan juga, bahagian ulam-ulaman dan sambal-sambal. Beraneka ulam dan jenis sambal yang di sediakan, termasuk juga Rojak Mee. Bagi yang berdiet katanya, boleh juga makan Bubur Lambuk . Diet ke ? Hahahaha

 Istimewanya Bubur Lambuk di sini, ianya adalah Bubur Lambuk Seafood dan Sayur. Sangat sedap. 2 mangkuk Sis ko makan hahaha. Juga ada Sup Fishball Vege dan juga Seafood in Ice . 




Di bahagian pencuci mulut dan juga kuih muih tradisional, korang akan dihidangkan dengan pelbagai jenis kuih muih melayu, termasuklah Pulut Inti, Kuih Seri Muka, Lapis Labu/Durian, Kole Kacang, Bingka Bakar, aneka jenis Kek, Tart Buah, Dadar Kelapa, dan bermacam lagi .

Aneka jenis Buah-buahan juga ada di sediakan . Termasuk juga Puding Berkuah dan juga Dadih .




Minuman sejuk dan panas juga ada tersedia. Korang jangan lupa try Teh Tarik kaw dia, perghh power gilerrr rasa dia hahaha. Sis ko minum 2 cawan ko hahahaha..

Dan juga Ais Kacang dan Cendol juga ada di sediakan.



So korang jika masih tercari-cari tempat nak berbuka puasa harini atau akan datang, bolehlah cuba di Tanjong Puteri Golf Resort Pasir Gudang Johor ini ya. 

Dan yang menariknya, setiap kali korang datang makan, akan dapat nombor cabutan bertuah, dan cabutannya akan di cabut setiap minggu. Jika korang adalah pemenangnya, korang akan di hubungi. Menarikkan, siap dapat hadiah lagi pergi makan. 

Buat tempahan sekarang!

Jom berbuka puasa di Tanjung Puteri Golf Resort, Pasir Gudang Johor .
Jalan Tanjong Puteri 1, Tanjong Puteri Resort (6.95 km)
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia

Harga Buffet walk in : 

RM98 Nett Dewasa 
RM48 Nett Kanak-kanak & Warga Emas (11tahun kebawah Percuma).

Untuk tempahan boleh call 07 – 259 6136/32 atau email kepada enquiry@tpgr.com .



Untuk lebih banyak lagi gambar, korang sila ke Page Facebook @akusislin ya .






P/S: Review Sis: Menu dia semua okay, sedap, terutama Kambing Golek dia dan Bubur lambuk dia juga roti canai, memang Sis makan banyak hehehe . Korang kalau ke sini kena cuba ya . Alhamdulilah . 


12 comments:

  1. scroll laju2 hehehe sbb dh terliur nengok satu2 hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee memangs emuanya sedap-sedap @Norhidana hehehe

      Delete
  2. bubur lambuk dia memang sedap..Kambing golek pun sedap... laki aku kata bubur lambuk memang cenggini!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn...bubur lambuk dia lain dari yang lain kan @Rohaida ...

      Delete
  3. sedapnya ais kacang dgn cendol waktu2 ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha bahaya ni buka baca time puasa kann @Mamapp ...

      Delete
  4. Apeeeeeee, durian gorenggggggg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr durian goreng dan juga pancake durian @Sunah hahahaha

      Delete
  5. wahhh sungguh menyelerakan makanan dia

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.