16 MAY - SELAMAT HARI GURU 2019

16 MAY - SELAMAT HARI GURU 2019 | "Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi", tema Hari Guru 2019. Selamat Hari Guru diucapkan kepada guru-guru seluruh dunia dan semua guru di Malaysia khasnya yang tanpa jemu-jemu mengasuh, mendidik dan mencurah ilmu, bakti dan keringat. Walau siapa pun kita dari Raja hingga ke pembantu pejabat, peranan guru amat hebat. Jasa sumbangan guru dalam pendidikan modal insan negara amat besar dan sentiasa diingat.

..dan juga guru-guru yang pernah mengajar Sis dan juga guru-guru yang telah mengajar anak Sis .. Semoga Allah akan membalas cikgu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah akan membalas cikgu dengan balasan yang terbaik.

Terima Kasih Cikgu !!


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


oleh USMAN AWANG
16 Mei 1979






P/S: Rindu pulak zaman sekolahlah...ermmm tengok papan hijau tu teringat pulak kes Sis ko jadi tukang pemadam papan ajee...tak taulah kenapa Cikgu suka beno suruh Sis ko ni padam papan hijau huhuhu...agaknya sebab ketinggian Sis kot ...ermmm


12 comments:

  1. Assalammualaikum Cikgu.Selamat pagi Cikgu.Terima kasih cikgu.Rindu dengan ungkapan-ungkapan itu Sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu ucapan-ucapan semua tu @PC ....huhuhuhu

      Delete
  2. Selamat hari guru pada guru2..

    ReplyDelete
  3. Selamat hari guru sis...guru katak..hahahhaha

    ReplyDelete
  4. sungguh besar pengorbanan seorang guruh selamat hari guru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn.,..memang patut di raikannya kan @Mamapp ...

      Delete
  5. Selamat Hari Guru 👨‍🏫👨‍🏫

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Guru buat semua pendidik

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.