MENU SAHUR YANG SEDAP : TELUR MATA TUMIS BAWANG, LADA DAN KICAP

MENU SAHUR YANG SEDAP : TELUR MATA TUMIS BAWANG, LADA DAN KICAP | Oii takkanlah telur mata tumis bawang dan kicap pun korang nak minta resepi. Hampeh betul rasanya soalan ko kan hahaha. Sis ko mampu gelak aje dalam group bila kami kongsikan secara berjemaah menu bersahur pagi tadi di group, dan masing-masing minta resepi Sis ko ni haaa..lawak sungguh !  hahahaha. 

Menu Telur Mata Tumis Bawang, Lada Dan Kicap ni adalah menu yang akan sering kali di masak ketika bersahur, itupun permintaan anak-anak dan Suami. Dan seperti pagi tadi sahur, tanya Suami nak sahur apa, dia jawab 'Masak telur mata goreng bawang kicap', hehehe kannn, senang aje dia memudahkan kerja isterinya. Tapi kenalah gorengkan dia ikan masin peberet dia sebagai menu pelengkap rasa, juga sayur kacang dan kebetulan ada petai. 


Telur Mata Tumis Bawang, Lada Dan Kicap 

Tak susah mana pun nak masak telur mata ni. Goreng telur sebiji demi sebiji, kemudian hiris bawang dan lada. Panaskan kuali, tumis bawang dan lada hingga layu wangi, masukkan serbuk lada putih sikit, dan tuang kicap kipas udang ikut kehitaman masing-masing, kacau-kacau, kemudian tuang terus atas telur mata tu haa. 

Sis punya style tak tumis sekali dengan telur masa tuang kicap, Suami dan anak-anak tak suka, nanti katanya telur tu jadi lembik sangat. So hanya tuang atas telur aja. 


Makanya, bila jam begini ko nampak menu ni pun, ko rasa dah macam nampak nasi arab kan hahahaha...harap bersabar ajelah yer..

Lagi satu menu kalau ketika sahur jadi pilihan kami anak beranak adalah, Ikan Bilis, Lada Hijau, Bawang besar, korang tumis kemudian masuk kicap, perghhh mabelesss..kalau rajin tambahkan kentang yang dah di goreng..pun sedap! Memang akan buat nanti. Tungguuu..

Menu berbuka harini agak special, dalam keadaan demam pun kena masak, dan harini hari pertama nak masak berbuka untuk anak-anak dan Suami. Menu apa? Yaaa tungguu..

Selamat berbuka puasa korang ..





P/S: Macam nak pergi PARAM cari kuih kole kacang, tapi ngeri....kang bukan kuih aje, memacam kang Sis ko soping...errrr minta anak ajelah belikan..  😓


MENU SAHUR YANG SEDAP : TELUR MATA TUMIS BAWANG, LADA DAN KICAP MENU SAHUR YANG SEDAP : TELUR MATA TUMIS BAWANG, LADA DAN KICAP Reviewed by Sis Lin on Wednesday, May 08, 2019 Rating: 5

8 comments:

  1. mak aiii...cantik sangat gambarnyaaa menu sahur je pun..boleh jual gambar ni...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha benggong ko @Sunah...gambo telur pun nak di jual hahahahaha

      Delete
  2. mak aiiii...sahur esok pagi nak nak buat ikan bilis goreng kicap la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerrr yang itu pun sedap, nak sedap kena lada hijau @Suria..perghhhh ngencessss

      Delete
  3. ni pun dah sedap sis lin oiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangattt sedap @Rohaida, makan licin pinggan hahahaha

      Delete
  4. Telur style masak macam ni anak-anak saya sukalah. Kadang tu ganti kicap dengan sos ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan anak-anak Saya Tuan @Hasrul, semata makan lauk ni pun boleh...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.