JOM BERBUKA PUASA DI THE STRAITS KOPITIAM NSK ULU TIRAM JOHOR

JOM BERBUKA PUASA DI THE STRAITS KOPITIAM NSK ULU TIRAM JOHOR | Tinggal dalam lebih kurang 4 hari aje lagi kita nak berpuasa. Dan tarikh melihat anak bulan pun telah di tetapkan pada 5hb Mei ini. InsyaAllah 6hb Mei kita dah mula berpuasa. Allahuakbar, cepat betul masa berlalu kan, rasa macam baru aje sambut raya, tup-tup dan masuk ramadhan lagi. 

Macam mana persiapan korang? Mesti dah stanby macam-macam menu dan idea masakan sahur dan berbuka kan? Tambah lagi dah sesiap belanja barang dapur, penuh satu peti ais tu kan, hehehehe tu Sis ko ler biasanya, minggu pertama penuh peti ais, masuk mingu kedua, dah mula slow masak cincai-cincai, masuk minggu ketiga, tumpang dapur kedai, masuk minggu keempat, tapau makan kat rumah je hahahaha.

Dan bagi mereka yang merancang dan tengah mencari port-port nak berbuka puasa bersama yang tersayang dengan harga dan tempat yang selesa, haaa Sis nak kongsikan dengan korang satu tempat makan yang santai dan sekali 2in1, lepas makan korang boleh soping terus barang dapur dalam NSK tu hahahaha senangkan. 

Di mana? Di The Straits Kopitiam NSK Ulu Tiram Johor. 



Sis berkesempatan pergi sewaktu majlis perasmian kopitiam ini baru-baru ni. Meriah susananya, di raikan sekali dengan anak-anak yatim dan geng-geng JDT blogger dan juga group media lain. Hujan pula turun waktu tu seakan memberi rezeki kepada tuan punya kopitiam ini. Konsep yang di berikan pada kopitiam ini mengenangkan kembali zaman waktu 80/90' dahulu kala. Hitam putih  'old scholl' tema untuk The Straits Kopitiam ni. 



Kalau korang datang sini berbuka puasa, jangan risau pasal menu-menunya, ada bermacam menu yang tersedia dan juga yang sedang hangat di promosikan adalah menu dari makanan utara Penang, antaranya Penang Laksa ikan sekoq, Mee Udang Penang, dan ada lagi menu-menu lain. Tak silap ada rojak juga. 

Tak lupa juga menu orang Johor, Laksa Johor, nasi ambang, nasi beryani dan juga pelbagai aneka kuih muih dan juga minuman panas dan sejuk. KopiO dia best kaw gileee! Kuning gigi jadinya sekali hirup ko! Hahahaha...Yang bestnya ada ais jelly woo...Puasa-puasa kalau dapat ais jelly memang nikmatlah rasa anak tekak kan...



Dan tidak lupa juga menu hot di sini iaitu ais kepal dan cendol. Korang pernah makan dan rasa ais kepal tu? Kalau zaman Sis memang dah merasa dah. Dulu balik sekolah mesti singgah beli, makanlah hirup dengan kertas minyak zaman tu, kalau kena pada baju sekolah putih, balik rumah duk kepit-kepit baju tu ko, pastu pi tandas duk nyental sirap tu hahaha sebelum Emak membebel hahaha. Dulu baru 50sen sebiji tu, sekarang mana dapat 50 sen oiii...dapat air sirap jee hahahaa

Dan kalau korang nak merasanya, mai le ke The Straits Kopitiam, cuba dan rasainya. Bawa anak-anak, mereka pasti teruja dan suka. Yang tua bangka pun jadi jakun, lagikan bebudak hahahaha.
Cendol dia pun sedap, walaupun Sis ko hanya dapat hirup air cendol santannya aje, hahaha sebab duk layan ais kepal, tau-tau cendol dah cair hahahaha..



Seperti yang Sis tulis di atas tu, menu Johor di sini ada nasi ambang kan, yaa untuk istimewa ramadhan ini, The Straits Kopitiam telah melancarkan menu Nasi Ambang Berdulang (set) yang boleh di makan seorang (kalau tangki perut besar) atau berdua (kalau jenis tak kuat makan) yang berharga RM9.80 dengan PERCUMA air Sirap Limau Selasih.

Sis dah rasa dah nasi ambang tu, memang sedap, lengkap semua bahan dalam tu, laju sungguh Sis ko makan sampai tak toleh kiri kanan dan depan yang slow gile makan..hahahaha..


Atau satu lagi menu istimewa ramadhan set Rewang Beryani (untuk 3/4 orang makan). Yang ni ko jangan makan sorang, ada kang kompom solat terawikh terduduk hahahaha. Menu ni pun makan berdulang juga, dah macam ala-ala zaman sekolah dulu, ingat lagi dulu, time maulud nabi, Sis beratur amik dulang pegang tangan kawan, then duduk makan berempat, datang pulak 2 orang lagi kawan yang kita tak kenal makan sekali, pastu kuat pulak dia makan, kita duk jeling je tauuuu....cepat-cepat kaut nasi kita ketepi hahahaha...tu duluuuuuuu... hahahaha...

Jangan-jangan lepas ni, semua takut nak makan dengan Sis ko hahahahah...wekkk :p 
Oh ya! Harga untuk set Ramadhan Rewang Briyani ni adalah RM58.80. Dalam set tu ada Nasi Briyani, papadom, Briyani Udang, Briyani Sotong, Briyani Kambing, Ayam dan juga PERCUMA air Sirap Limau Selasih. Ermm dahmacam pesembur plak kan hahahaha...

Takpelah, korang kena cubalah, Sis pun nak cuba gak Beryani tu, macam menarik plak kan..Kalau sedap, jangan lupa datang balik sini komen nanti ya, kalau tak sedap, ko komen jugalah yer..

THE STRAITS KOPITIAM

Lot No 16,KM 20,Jalan Kota Tinggi
81800 Ulu Tiram Johor
Cari aja McD Tiram tu, NSK tu betul belakang McD tu ya. 







P/S: Sis ko belum ada idea lagi nak berbuka puasa di mana, yang pasti...tahun ni puasa suasana berbeza, sebab makan berbuka akan kurang satu kursi dalam satu meja. i hate this feeling!!! ..


JOM BERBUKA PUASA DI THE STRAITS KOPITIAM NSK ULU TIRAM JOHOR JOM BERBUKA PUASA DI THE STRAITS KOPITIAM NSK ULU TIRAM JOHOR Reviewed by Sis Lin on Thursday, May 02, 2019 Rating: 5

10 comments:

  1. laksa johor tu nampak best la sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr best dan sedap @Dilah ..Sis ko makan 2 pinggan hahahahah

      Delete
  2. damnnn everything looks so good. hiii new followers here #1620

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe hai @Ray..thank ypu drop by here ..

      Delete
  3. Hari tu makan kat Kg Melayu boleh terjumpa lagi dengan cikgu dan anak2 Yatim tu, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ke Kak @Seri, mereka ada event ke ?

      Delete
  4. insya'Allah nanti nak datang sini dengan housemate kuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaa roger-roger laaa yeee @Sunah ...hehehe

      Delete
  5. Nak rasa beryani dia pulak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Rohaida kann..samalah...mesti sedapkan..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.