PENGALAMAN SELAMA 9 TAHUN MEMAKAI IMPLAN DI LENGAN KIRI

PENGALAMAN SELAMA 9 TAHUN MEMAKAI IMPLAN DI LENGAN KIRI | Ikutkan malas nak cerita pasal benda ni, bukan malas menaip tapi takut jadi isu sensitif, tapi selepas update di facebook, ramai yang PM bertanya, so Sis tanya Suami, boleh share tak di blog, Suami kata okay, so takpe, untuk kali ni Sis akan kongsikan pengalaman Sis memakai Implan buat ibu-ibu yang ingin mencubanya yer.

Diam tak diam, sudah 9 tahun Sis menggunakan Implan atau Implanon ini sebagai alat mencegah kehamilan. Ianya di tanam di sebelah kiri lengan Sis. Alat sebesar batang mancis itu setelah di masukkan ke dalam lengan, ianya mencegah kehamilan sehingga 3 tahun.

Dan risiko untuk TERmengandung adalah 90% sahaja berbanding alat cegah hamilan yang lain-lain. Dan korang tak payah susah-susah nak fikir nak makan ubat ke, nak pergi buat injektion ke, takut hamil ke, semuanya okay aje bila korang pakai Implan ni.


Dan soalan yang biasa Sis dapat bila kata pakai Implan ni adalah :

Tak sakit ke? 

Sakit! Siapa kata tak sakit. Walaupun ianya sebesar batang mancis aje Implannya Tapi sakit dia sewaktu kena bius aje, lepas dah bius, bila Doktor potong dan masukkan Implan tu, kemudian jahit, dah tak rasa. So biasa aje rasanya, cuma lepas tu, adalah rasa sakit sikit, berdenyut di tempat jahitan, tu jer.

Berapa harga? 

9 tahun dahulu, masa mula Sis pasang, harganya hanya rm350 sahaja, dan selepas 3 tahunnya, naik sikit harga ke rm500++ then selepas 3 tahun kemudiannya, cecah hingga rm680 sehingga kini yang terbaru Sis pasang. Tapi mungkin juga harga di klinik-klinik lain berbeza harganya . Cubalah tanya di tempat korang dan bezakan harganya yer.

Berapa lama untuk sekali pakai?

Sekali pasang, untuk 3 tahun. Dan Sis pasang, then sebulan sebelum tarikh tempoh habis, Sis pergi bukak dan terus masuk yang baru. Ada juga terbabas sebulan dari tarikh tempoh, alhamdulilah still selamat hahahaha. Kalau yang terlewat bukak dari tarikh tempog tu, dan korang rasa was-was, sebelum pasang, mintalah Doc scan, manalah tau takut sangat TERmengandung ke hahahaha..so far okay aje Sis ni ..

Buat di mana? 

Sis pasang di Poliklinik Gan di Taman Sentosa Johor. Sudah biasa dan terbiasa dengan klinik tu. Doktornya (lelaki) pun peramah. Buat kerja cekap dan pantas. Korang jangan takut, sangat profesional kerjanya. Tapi di Klinik kerajaan pun ada juga dengarnya, cubalah tanya.

Kesan Sampingan ada tak? 

Pertama dulu Sis tanya Doktor 'Doc, nanti badan gemuk tak?' hahahaha. Then Doktor kata hanya 10% aje badan akan naik. Tu pun tengok pada hormon sesaorang. Macam Sis, kalau makan pil badan naik kurus kering, ngeri nengok, dah macam jerangkung. Kalau buat injektion 3 bulan tu, kuss semangat naik badannya, macam donut gebu hahahaha. So far guna Implan, alhamdulilah walau nampak gebu, tapi maintain aje hehehe..

Kitaran Haid? 

Yang ini memang haid akan tidak teratur, ada masa tidak akan datang haid langsung dalam beberapa bulan. Ikut hormon badan memasing. Dan ada ketikanya datang haid hanya sikit-sikit aje, tidak normal seperti kebiasaannya. Ada pernah tanya Doktor, tapi Doktor kata biasa aje, hormon katanya. Ada juga terus tak datang selama 3 tahun tu. Pun ada juga.


Okay, rasanya itu je soalan yang biasa di tanyakan dan Sis dah jawab dah tu hehehe. Kalau korang ada lagi nak tanya, boleh email aje Sis ya. Jangan malu jangan segan. Benda boleh bincang, malu apa Boskurrr,,...

Buat korang yang nak pakai Implan ni, ingat! Pergi ke klinik yang berdaftar dan bertauliah yer, jangan main pergi pasang aje. Nanti dapat risiko ke apa ke, jangan salahkan Sis yer.

 Dan pastikan dapatkan nasihat Doktor dulu dan check tahap kesihatan korang dulu sebelum menggunakannya. Jangan cakap hakak tak payung ar..

Okay, nanti sambung lagi ya..
*masih di KL lagi ni..hehehehe..





P/S: Mengandung lagi? Tak payah le, umur dah 43tahun ni, dah masa untuk berehat dan honeymoon dengan Suami aje heheheh.. Kasi can korang mengandung dulu yerr hahahaha...

22 comments:

  1. klinik gan dekat jalan besar tu kan sis, makin lama makin mahal sekarang ni kan...tapi untuk keselamatan kenalah pakai...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul @Rohaida, Klinik yang tak pernah kosong, ramai giler orang kalau pergi huhuhu

      Yer mahal pun tetap daku pakai hahahaha langkah jaga-jaga

      Delete
    2. Salam. Nk tny berapa ya harga latest pasang implan di klinik gan? Igt nk pasang jgk ni

      Delete
    3. Waalaikumsalam @Liza, kalau bukak dan pasang, Sis kena rm680 Liza..kalau pestime pakai, harganya murah sedikit ...

      Delete
  2. dilah dah setahun ni masih plan sendiri je.. pk jugak nak guna perancang apa.. bila yg last ni takut terbabas jugak.. haha.. tgk implan mcm senang cuma mahai la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wowww hebatnya kamu, yakinnya kamu hahahaha @Dilah...kalau okay dan pandai, boleh je rancang sendiri...tapi Sis tak berani amik risiko hehehhe

      Delete
  3. bestnya kalau dpt mengandung lagi...tp umur dh 41 ha...calon plak xde..org duk mengata mengeji....sampai ke sudah la anak sorang je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer fikir dah banyak umur ni rasa adeiii ngeri nak bersalin dan amik risiko @Suria..takpelah cegah aje laaa..

      Delete
  4. Boleh tahan murah la harganya banding ngan nak bela baby lain, hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa ini ayat kita yang selalu kita fikir Kak @Seri...hehehehe

      Delete
  5. ek ehhhh..macam ngeri je...takde kekuatan lagi nak pakai implanon..hahahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca je ngeri, bila dah pakai okay jeee @Mama3D

      Delete
  6. eii..takut la plk bila baca pakai implan ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah jangan takut Cik @Nor, sakit sekejap aje, ada bius hehehe

      Delete
  7. Assalamualaikum lin..ngeri juga guna implan ni ek...kalau okay teruskn jer la lin...mcm mama ni alhamdullilah selama ni x ada alat apa pun yg digunakn masih x termengandung jer tapi risau juga mana tahu Allah bg rezeki anak lelaki ke hahahaha gelak beso ni dlm usia dah maduk 5siri ni kihkihkih.. dlm dah berusia ni cukuplah 3 org tu walaupun x ada rezeki anak lelaki... hahahaaaa tapi setakat ni alhamdullilah masih x guna apa2 pun...dpt hadap cucu sekejap pun cukup la tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Mama @Maszull..Yer Mama dah 9 tahun pakai, okay aje, ni baru pasang untuk 3 tahun akan datang ...

      Kann Mama, mengandung dah banyak usia pun risiko gak, sebab tu fikir banyak kali kalau nak merancang sendiri ni huhuhu

      Delete
  8. dana ngeri nk pasang2 benda gni kak... bt masa nih merancang sendiri je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kalau yakin selamat, okay je @Norhidana..hehehehe

      Delete
  9. Kawan-kawan PC yang bekerja majoritinya guna implan ni kak.. Tak banyak fikir katanya. Kalau makan pil atau injection risau lupa dan tak istiqhomah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..tak payah fikir apa @PC, pakai then bior je le dalam tu hehehehe

      Delete
  10. Wohooo pernah terpikir nak guna ni jugak.. tapi dah serasi dgn injection..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo kalau serasi dengan injection, teruskan aje @Syiera...macam Sis kalau injection, badan gebu macam donut hehehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.