NASIHAT 15 - BARANGSIAPA YANG MERASA AMAN DENGAN DUNIA

NASIHAT 15 - BARANGSIAPA YANG MERASA AMAN DENGAN DUNIA | Bukankah dalam peristiwa Israk Mikraj itu telah dizahirkan oleh Allah swt kepada Baginda Rasullullah saw akan suatu yang ghaib iaitu termasuk hal ehwal syurga dan neraka. Bahkan yang ghaib sebegitu pernah dizahirkan ketika mana jasad Baginda Rasulullah saw masih di dunia.

Pernah suatu hari, ketika Baginda Rasulullah saw bersolat jemaah bersama para sahabat, Baginda telah mengerakkan tubuh ke hadapan seakan-akan tangannya ingin mencapai sesuatu.

Setelah itu Baginda berundur ke belakang sehingga langkah mengundurnya Rasulullah dari tempat berdirinya menjadi imam menyebabkan berundur jua para makmum dari tempatnya berdirinya mereka. Ini kerana para sahabat ketika itu khuatir jikalau ada sesuatu terjadi dan disyaratkan oleh Rasulullah untuk mereka mengundur ke belakang.

Para sahabat radhiyallahu anhum ketika itu turut mendengar Rasulullah saw mengucapkan, "A'ana minhum?" iaitu bermaksud adakah saya sebahagian daripada mereka di situ?.

Kemudian setelah selesai solat, Baginda Rasulullah bersabda, "Dibukakan kepada aku tentang syurga. Aku dapat melihat keindahannya termasuk pokok dan buah yang aku ingin petik untuk tunjukkan kepada kamu".

"Kemudian, dizahirkan kepada aku juga bagaimana api neraka dan betapa lahapnya api di neraka itu". Betapa jelasnya yang dilihat oleh Rasulullah itu sehingga api itu akan seakan-akan menghampiri Baginda yang menyebabkan Baginda undur ke belakang.

Lalu saat itu diucapkan oleh Baginda, "A'ana Minhum?" iaitu seperi yang ditanya oleh Rasulullah.

Sebagai seorang rasul yang sudah pasti mempunyai keyakinan iman yang sempurna kepada Allah, masih mengungkapkan pertanyaan sebegitu bagi mengajar umat bahawa perlunya ada perasaan untuk tidak berasa aman dengan ketentuan Allah.

Tidak berasa aman di sini beerti seorang itu tidak menganggap dengan asal keturunannya, ataupun dengan amal-amal kebaikannya seperti pergi ke mesjid dan solat, maka mesti diperolehnya syurga.

Ketahuilah, orang-orang yang berasa sedemikian itu adalah tanda iman yang masih belum sempurna. Bilamana Rasulullah saw mengungkapkan daripada rasa takutnya kepada Allah swt. Kerana Allah telah menjamin, orang yang ada rasa takut di dunia, akan aman di akhirat.

Manakala yang aman di dunia, akan takut di akhirat.


Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri 




P/S: Harini sibuk dari pagi hingga ke malam. Alhamdulilah ..

8 comments:

  1. Betapa bersyukurnya kita menjadi ummat Nabi Muhammad.Nabi terakhir yang Allah pilh menerima wahyu untuk memperbetulkan kesilapan terdahulu agar tidak diikuti dan berulang lagi.Setiap wahtu yang diterima disebarkan untuk kita hingga ke hari ini..hingga kiamat berlaku kelak.Allahu.Tiada satu pun yang baginda sembunyikan.Kalaulah Rasulullah SAW yang telh Allah jamin syurga tempatnya..diampunkan segenap dosanya..lantaran diangkat menjadi kekasih Allah pun masih berasa sakitnya sakaratul maut..takutnya dengan api neraka..mengapa kita tidak begitu.
    #terima kasih Sis perkongsian
    #salam Jumaat indah dan barakah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar @PC ..moga kita semua takut akan api neraka dan mengejar syurga Allah ..
      Salam hujung minggu buat PC ..

      Delete
  2. bila fikirkan apa akan jadi di sana, rasa takut..Moga Allah swt membuka pintu taubat dan menerima taubat .Diberikan hidayah di hari yang mulia ini untuk terus membuat kebaikkan dan beribadah kepadaNya...Insyallah..Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn...moga kita semua kejar dan mencari redha ALlah ya @Rohaida ..

      Delete
  3. assalamualaikum lin..perkongsian yg bagus...semoga kita diberikn hidayah kn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull...aamiinn

      Delete
  4. semoga kita semua menjadi ahli syurga amin

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.