LAMANYA DAPURKU TAK BERASAP

LAMANYA DAPURKU TAK BERASAP | Tiba-tiba rindu kat dapur sendiri, sebab rasa lama betul dapurku tak berasap woo. Mana taknya sibuk ke sana ke sini, kalau tak di Johor, ke Paka, so bila masanya Sis ko nak masak? Hehehehe.

Itu adalah salah satu sebabnya. Lagi pulak di rumah takde siapa nak makan, memang ada anak-anak dua orang tu di rumah tapi memasing pun entah ler, bukan diet tapi suka makan yang senang dan simple. Contoh, bakar rotilah, goreng nuggetlah, kadang si Yana balik kerja belikan Kakaknya burgerlah, beli kepcilah, so memang tak masaklah si kakak tu juga kat rumah.

Sis pulak, kalau dah ke Paka, memang akan pergi 4 atau 5 hari, lauk basah memang ada je dalam peti ais, kotlah kalau anak nak masak, tapi takdenya, balik je nengok, sama je, kalau ayam tu ada la juga luaknya, si Kakak rajin goreng makan ratah aje, kadang ada juga makan dengan nasi, goreng telur dan kicap. Pun dah okay katanya. Memang telur berpapan belinya buat stok.

Cuma masak beriye tu lama beno Sis tak masak. Terus rindu nak masak asam pedas, masak lemak, dan semua jenis lauk pauk biasa Sis masak..alahaii rindu sangat!!..tapi, siapa nak makan ek? Ermmm...

Bizi sangat tu tidak, tapi memang bizilah hahahaha. Kalau ada event tengah hari, dah sesiap makan, membawa ke petang, then malam terus je makan di luar dan terus balik, kat rumah tak makan dah. Kalau penat sangat, memang balik terus tidur aje macam semalam.

Semalam letih giler, dari pagi keluar membawa ke tengah hari, sampai ke malam Sis ko di luar bersama seketul Sunah hahaha.

Ada event di Renaissance, then malamnya ada meeting Jocom, sebab malas nak balik rumah, tu yang lepak aje terus menunggu sampai ke malam. Balik rumah dua-dua macam bateri kong, terus tido tanpa ucap selamat malam hahaha..

Pagi ni bangun memasing blur dengan apa yang jadi semalam, nampak sangat keletihannya semalam hahahah dengan perut-perut sekali rasa penat hahahaha.

Tapi alhamdulilah, kami bukan buang masa dengan benda tak berfaedah, nak mmebawang jauh sekali, banyak kami kongsi mengenai bagaimana nak naikkan trafik blog, belek sana belek sini, tengok blog orang, baca blog orang, macam ni macam tu, then banyak yang kami share pasal hal memasing.

Harini agak free sikit, memang dah plan dengan Sunah, kita buat IF Fasting dulu, tengah hari nanti baru keluar nak ke pasar belanja barang dapur untuk potluck esok dan balik nak masak then sesiap bahan untuk masak esoknya. So ada 'asap'lah dapurku harini hahahaha..


[Baca Juga] : https://www.sislin76.com/2019/07/aku-dan-mereka-2-hari-1-malam-di-eagle.html

Okaylah panjang pulak membebel hujung minggu ni, bukan ada sapa nak baca pun hahahaha. Yelah memasing sibuk pergi bercuti dan settlekan kerja rumah dan urus anak-anak kan? Hehehe..

Selamat beristerirehat korang!
Have a nice day 👪



P/S: Makan nasi padang sedap gak kann...Jom Sunah!!

4 comments:

  1. heyyy saya baca ni!!! hahahah! oi jom lerrr bersiap beli barang!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha oiii bangun, jomm sesiap nak masak ni @Sunah ..

      Delete
  2. Replies
    1. Hahahaha kann Kak @Seri, rindu nak memasak dah ni...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.