IKAN TAMBAN GORENG PETAI MENU PERMINTAAN LAST MINIT!

IKAN TAMBAN GORENG PETAI MENU PERMINTAAN LAST MINIT! | Gitulah dia tajuknya, menu permintaan last minit. Memang last minit masaknya, sebabnya tak plan pun nak masak. Pepagi Suami dah ajak sarapan, di kejutnya anak-anak semua, cecepat bangun si Kakak dan Adiknya Yana, terus sesiap dan kami keluar sarapan.

Bila di tanya nak makan apa, memasing tuju kat Emaknya, termasuk Suami siap tanya 'Tanya Mak nak makan apa?'..terus aje Sis jawab, 'Nak makan mee udang galah! Hahahaha terus terbeliak mata Suami, haaa siapa suruh tanyakan, memang itulah jawaban Sis.

Tapi Suami jawab, 'Boleh, petang nanti baru pergi ya', tapi si anak-anak terus mencelah, 'Mak gan Ayah je pergi, kakak dan adik tak nak ikut, malas, jauh sangat', haaaa tu jawaban si dua beradik tu hahahaha. Memang jauh di Sungai Rambah, Pontian sana, tapi kesedapan dia tu, perghhhh puashati! Suami aje yang suka layan apa Sis nak makan hehehe.

[Baca sini] : https://www.sislin76.com/2018/04/mee-udang-galah-sg-rambah-pontian.html

Selesai sarapan semua, dan kemudian uruskan urusan anak,Yana di Proton, Suami ajak pergi berbelanja barang dapur, so ke Econsavelah kita. Memang Sis belanja sekali sebulan terus, ada ke takde lagi barangnya, Suami memang kata beli aja, biarlah jadi kedai runcit pun, janji nak guna ke nak pakai ada stok.

Habis belanja, terus ke KipMart belanja barang basah plak, tang ni memang Suami hulur Sis duit, Sis yang beli ikan ke atau lauk apa-apa ajelah dan lain-lain bahan masak kat Sis, Suami hanya ikut dan tolong bawa barang aje.


Settle semua, balik rumah mengemas, konon kata Suami lepas Zuhur kita keluar. Sambil Suami nengok Netflix, Sis kopek ikan bilis...dan tiba-tiba suara Suami kata, 'Sedapnya masak petai tu kan dengan ikan bilis'..hahahaha Sis ko dah taulah ayat Suami tu minta masakkan dia menu tu.

Jenis Sis tak sampai hati, akhirnya, berperanglah Sis di dapur memasak. Kebetulankan baru belanja, so Sis keluarkan ikan kembong dan goreng kunyit aje, kacang panjang Sis goreng belacan, dan rencahkan dengan udang dan tomato, dan kebetulan masih ada lagi ikan tamban yang Suami beli di Paka tu, makanya Sis gorengkan ikan tamban tu dan tumis bawang lada dan masukkan petai kedalamnya.

Maka terjadilah menu last minit semuanya.

Dan bila dah masak, makan, kenyang, maka.....korang fikir Sis ko rajin nak keluar makan lagi? Hahahahaha, memang idok lerr. Suami tanya pun, 'Nak pergi ke tak?', Sis jawab, 'Nasi belum turun lagi' hahahahah gelak Suami..'Takpelah next time kita pergi', kata Suami..


Tapi...malamnya Suami ajak ke kedai mengeteh juga, aiyaaaa...dah ler Sis ko tengah cut sugar ni, makanya jadi menyuam (air suam) aje laaa hahahaha...balik ngeteh pi Family Mart, apa-apa aje entah di beli Suami, semua benda makanan. Balik sambung tengok Netflix lagi sampai ke 2 pagi hahahaha gasak laki bini ni macam burung hantu hahahaha.

Apa? Cite cempedak?

Nantilah Sis cite di lain post ya..hahahahaha..
Cempedak hampeh!

Ikan Tamban Goreng Petai

Ikan Tamban
Bawang besar
Lada merah

Goreng ikan tamban tu sampai garing.
Kemudian ketepikan ke tepi kuali, tumis bawang merah, lada merah yang telah di hiris sampai layu.
Masukkan petai dan Gaul kesemuanya .
Masukkan sikit garam, serbuk lada putih atau hitam sebagai bahan perasa.
Sedia di hidang.

Makan dengan nasi panas, kompom 2 pinggan! Hahahaha macam Suami Sis 😆



P/S: Yerr dah 10 hari Sis ko cut sugar ni, aishhhh gian kopi dah ni!

10 comments:

  1. Replies
    1. Apalagi Kak @Seri, silalah masak hehehehe

      Delete
  2. sedapnya...lama tak makan ikan tamban ni... lagi tambah petai...aduiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, menjadi-jadi makan bertambah nasinyaa @Rohaida hehehe

      Delete
  3. Suka ikan tamban kering tu...sedappp...dulu masa preggy kan anak dara tu..itu la menu yang selalu makan...sampai akhir preggy..ni dah lama x makan..nak kena pi cari semula la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni besar sikit, ada tu kecilkan @Suria, sebab tu kena goreng garing-garing...tapi memang sedap!

      Delete
  4. hahahah ada lagiii ikan bilis nak dikopekkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada @Sunah, Abang beli lagi sebungkus hahahaha

      Delete
  5. Assalamualaikum lin..mmg sedap kalau goreng mcm tu...bertambah2la nasi tu kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull..yer Maaa, memang sedap, makan dengan nasi panas, sekali dengan telur mata pun sedap...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.