SURAU DI SOGO MIDVALLEY JOHOR SANGAT LUAS, SELESA DAN BERSIH

SURAU DI SOGO MIDVALLEY JOHOR SANGAT LUAS, SELESA DAN BERSIH | Yaa Sis memang terkesima terpegun melihat surau di Sogo Midvalley di Johor ni, sangat selesa, besar dan luas suraunya, kalau di Sogo Midvalley tempat lain Sis tak tau, sebab tak pernah plak masuk solat.

Rasanya kalau di shopping mall di Johor ni, surau Sogo Midvalley ni yang Sis rasa paling luas dan bersih. Mungkin sebab tempat baru tapi tak kisahlah baru atau lama, janji pihak berkenaan memang mengutamakan pembinaan khas untuk ruang surau yang sangat luas dan besar.

Tidak berada di ceruk laluan belakang atau susah nak di cari. Tapi surau Sogo Midvalley ni, dari perjalanan menuju ke surau hingga masuk ke dalamnya, memang sangat luas dan selesa. Itu yang di utamakan. Termasuk kerusi-kerusi ruang menunggu penuh sepanjang menuju ke suraunya.


Pertama kali menumpang solat di surau Sogo Midvalley ni, waktu nak mencarinya memang agak susah juga, berpandukan pada papan tanda, tapi tak ada nampak papan tanda surau, cuma Sis diberitahu dari rakan, suraunya ada di tingkat 2.

Dalam pada dah tau di tingkat 2, tapi untuk bagi keyakinan samaada betul atau tidak sebelum meneruskan pencarian, Sis dan Sunah bertanya pada security di situ, oh! betul suraunya ada di tingkat 2 sebelah hujung sana. Hujung mana nanti Sis bagitau.

Maka pergilah kami berdua ke tingkat 2 dan mencari. Sampai di tingkat 2 korang akan nampak papan tanda menunjukkan arah surau. Berdepan surau ada kedai buku Popular. Haa itulah hujungnya, so kalau korang nak cari surau, pastikan pergi tingkat 2 dan hujungnya yang ada kedai buku popular.

Masuk aje ke ruang menuju surau, Sis terus wowwww...dinding-dinding di sajikan dengan lukisan seolah berada di negeri Mesir daaa...cantik sangat, sampai ada juga yang berOOTD masa kami sampai.

Then masuk aje ke pintu masuk, terus rasa Ya Allah besarnya, luas dan bersihnya. Ekonnya pun sejuk. Baik ruang solat, ruang amik wudhuk dan juga telekung dan sejadah yang di sediakan, sangat selesa! Sejadah dia sangat tebal, empuk dan wangi telekungnya.

Sampaikan bila dah bentang aje sejadahnya, alahaii rasa nak baring tido sekejap masa tu hehehehe. Di sudut ruang dinding juga ada plug di sediakan, kotlah sementara korang nak solat, korang nak caj handphone ke kan, tapi agak-agaklah yer, pepandailah beringat tujuan asalnya.

Sejujrunya yerr inilah surau yang Sis rasa sangat luas dan selesa yang Sis pergi di shopping mall. Rasanya di hotel besar yang Sis dah pergi pun takde sediakan ruang solat sebesar begini tau.
Memang sangat luas!

Tahniah Sogo Midvalley Johor!

Mudah-mudahan ianya menjadi kemudahan solat yang selesa bagi pengunjung di sini dan tiada alasan lagi untuk susah mengerjakan solat.

Korang boleh klik facebook pages Sis di bawah ni untuk lihat gambar-gambar keadaan suraunya.



Kalau korang cari tak jumpa, jangan malu bertanya. Malu bertanya sesat jalan ya..

Post ni hanya pengalaman Sis yang pergi ke surau di shopping mall, dan ini yang Sis rasa paling luas dan selesa. Mungkin ada lagi yang lebih luas dan besar...cuma ini yang pertama bagi Sis.. 
InsyaAllah kalau ada tempat lain lagi, Sis sharekan yer,. 

Komen Sis: Elok di perbanyakkan lagi papan tanda surau di setiap tingkat, supaya mudah pengunjung tau di mana letaknya surau. 




P/S: Korang kalau ada juga pengalaman macam Sis, kongsikanlah. nanti paste linknya yer.. 

16 comments:

  1. apa Sogo Midvalley...Midvalley Southkey lah! ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. BUkanlah Midvalley Megamall laaa @Sunah hahahahaha...janji faham sudah!

      Delete
    2. Heheheh.. Kita pun tergelak baca Sogo Midvalley, hihi.. Sogo Midvalley hnya di JB tau. Kat KL Sogo & Midvalley lain2 mall.. Ke cane?? Janji faham sudahhhh

      Delete
    3. Hahahaha janji faham sudah kan Kak @Seri hahahaha..ada sogo, ada midvalley, sothkeynya je takde hahahaha tapi Johor ada hahahaha

      Delete
  2. kat Johor ada midvalley ? baru tahu ..hhihi igt kat KL je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr adaa @Mawar, Midvalley dia Southkey sana...lebih mudah panggil Sogo heheheh

      Delete
  3. Belum sampai lagi...masa fasa tgh buat tu adalah pergi meeting sekali. Pastubkena terminate....tak dtg dah....hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah one day sampailah tu lagi @Azian, dah siap sepenuhnya dah ...

      Delete
  4. belum berkesempatan pergi, hihi okay bila sis ckp mcm ni, semangat sikit nak pergi, sebab kdg2 sesetengah mall, besar yakmat, tpi surau mcm tin sadin, kecik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begoitulah terujanya Sis bila nengok surau di soping mall luas begini @Munirah, itu sebab Sis share di sini...sebab pengalaman pertama kali merasa surau yang luas dalam soping mall...

      Delete
  5. surau kat Midvalley KL sempit. Harapkan mall je beso. Tapi syukurlah masih diperuntukkan tempat untuk kita solat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, memang hargai ada surau di sediakan, tapi tulah, kenapa surau kadang mereka sediakan sempit yee, kan @Shiela ...

      Delete
  6. Assalamualaikum lin...bagusnya kalau la setiap shopping mall sediakn bilik solat yg beso mcm ni kn bagusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull..kann Mama, kalaus emua soping mall dan juga hotel-hotel suraunya besar begini, memang bagus dan selesa juga untuk pengunjungkan Maa...

      Delete
  7. Dh ada kt Johor midvalley..
    Nmpk bersih surau dia. . Terjaga elok ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh iyerr dah adaa, Sogo Mid Valley @Zarul hehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.