ASAM PEDAS IKAN KACI DALAM KUALI

ASAM PEDAS IKAN KACI DALAM KUALI | Yaa laaa mestilah dalam kuali sebab Sis ko masak dalam kuali hehehehe. Kalau dalam periuk, Sis tulis dalam periuk, sebab malas nak alihkan ke dalam mangkuk, maka Sis posingkan aje dia dalam kuali DIY huahuahua...

Akhirnya terlaksana juga nak masak asam pedas, tak kisahlah ikan apa janji dapat masak air tangan sendiri asam pedasnya. Lama benar tak masak asam pedas, bila dapat je masak, nikmatnya hanya anak tekak Sis aje yang tahu heheheh..

Walaupun bahan tak cukup, takde daun kesum, Sis guna daun limau purut aje, dan bendi pun takde, just masak kosong aje, tapi pun sedap! Janji dapat masak.

Kebetulan ada ikan, ikan tu pun dari kiriman Suami dari Paka. Suami kirim pada kawannya yang balik ke Johor dan kawannya hantar sampai ke rumah. Alhamdulilah ikan hasil memancing Suami. Hari-hari boleh dikatakan Suami pergi memancing, mancing laut ada, mancing kolam pun ada, asal mancing dapat ikan, di tunjuknya kat Sis, geramm nengok ikan segar.

Di sana kalau Suami dapat je ikan, mereka masak beramai-ramai, seronok kata Suami..

Takpelah janji memancing itu memberi ketenangan dan hilang stress kerja, Sis tumpang bahagia. Kerja sana katanya stress, banyak benar nak jaga kerja, kadang sian nengok Suami, sampai kadang pun Sis nak ke sana pun jadi serba salah, sebab Suami sibuk dengan kerja, mana nak layan Sis, nak settle kerja tapi...dah Suami yang suruh ke sana, Sis penuhi ajer permintaannya..


Ehh panjang pulak bebelnya kat atas tu hahahaha. Hilang cite asam pedas ๐Ÿ˜†

Korang biasa masak dalam kuali ke periuk? Kalau Sis memang suka dalam kuali. Kena pulak jenis kuali tak lekat camni, memang kalau tumis sambal tu, tak takutlah melekat ke atau hangus kann. Lagi satu, memang baguslah kuali DIY ni, walaupun murah tapi bagus gilerr! Baru rm53.90 jerrr...

Memang puashati masak sendirikan, kena pulak ikan segar, dah siap masak aje, terus makan dengan nasi panas, goreng telur mata sebiji, then Sis makan beserta kuah banjir asam pedas tu, perghhh...yumsss sangat!

Resepi? Tak payah nak letak resepilah, memasing semua tau dah masak asam pedaskan, sama je memana resepinya, kalau nak lebih power pi skodeng blog Mat Gebu sana, situ banyak resepi oii.. ngajin tak ngajin je laa korang nak membuatnya hehehehe.

Oh! Ya nak cite sikit pasal isu update surau di facebook Sis semalam tu.

Maaflah kalau post tu ada menyebabkan sesetengahnya tak suka, tapi niat Sis ikhlas dan bukan review berbayar ya. Itu sekadar perkongsian pengalaman Sis pergi ke surau di dalam soping mall yang luas dan selesa, tak ada niat nak datangkan isu apa-apa.

Harap maaf kalau ada yang kurang senang dengan post itu . Dan lebih menyedihkan, kawan Sis tu dah unfren Sis di facebook. Tapi takpe, kalau dia ada membaca ni, Sis nak bagitau 'Kau tetap kawan Aku' ..

[Baca sini] : https://www.sislin76.com/2019/07/surau-di-sogo-midvalley-johor-sangat.html

Okay, jom sambung kemas rumah, banyak cadar nak cuci ni..phewwww..
OkBai!



P/S: Post pasal surau pun jadi masaalah, tak tau dah kenapa hati manusia ni..ermmmm

20 comments:

  1. first time dengar nama ikan kaci.
    Selalu dengar anak-anak je nyanyi lagu kaci kaci ni bila dorang tengok kartun CJ7.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa ikan kaci spesis macam ikan merah je rupanya @Shiela hehehe

      Delete
  2. menggoda asam pedas ikan kaci ni... nampak pekat kuahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengoda gila, lagi pulaks endiri masak, tentu sedapkan @Mawar hehehe

      Delete
  3. Ini kali pertama PC dengar nama ikan kaci Sis..ketinggalan sungguh la PC ni.Jakun pulak jadinya.
    Kalau isu surau tu PC rasa bukan satu masalah besar untuk dikongsi atau direview..perkara baikkan.Alhamdulillah sangat tu..menghagai tempat ibadah.Rumah Allah kan.Nanti lebih ramai orang pergi..Sis pun dapat juga kebaikkannya..aamiin...aamiin..aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa @PC ikan kaci, macam ikan merah jee rupanya..
      Yup, Lin dah move on dah, lagi semangat lepas ni nak hunting surau-surau di soping mall...

      Delete
  4. bestnya ikan fresh kak... dana suka masak asam pds tak kisah kuali ke periuk pun ok je... jnji memudahkan keje...

    psl kes surau tu pun ada yg sound ye kak... kdg kita saja2 je cite tp lain lak jd nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @NOrhidana, lebih suka masak dalam kuali hehehe...
      Kes surau tu ada yang tak puashati Sis ko review huhuhu...aishh manusia hati hitam ...

      Delete
  5. Sedapnyaaaaa Asam Pedas....ikan kaci x pernah makan lagi kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap, Sis lama nak masak asam pedas, akhirnya terlaksana @Suria ..

      Delete
  6. Lin, cara kau menikmati asam pedas tu sebiji macam akak Lin, kuah banjirrrrr.. Barulah nikmattt. Act smlm akk masak asam pedas gak, tapi guna ikan pari, sama cam kau akk letak daun limau purut jer sbb daun kesom takde, pas tu letak lada hitam, perghhh... Tapi tak amek gbr la.. Sebab teringat ke Iman, dah sebulan lbh tak dpt mkn asam pedas. Aisehhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, kalau tak banjir kuahnya memang tak lengkap rasanya rasa asam pedas tu Kak @Seri.. yup, lada hitam kita guna serbuk je semalam, punya malas nak tumbuk hahahaha...

      Delete
  7. Sedapnya...tekak terliur asam pedas...tp malas nak masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha @Azian lawak laa ko hahahaha...cepat pi masak asam pedas!

      Delete
  8. uih..sedap asam pedas ikan kaci ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap @Rohaida, kena pulak ikan baru, masak pun air tangan sendiri, memanglah sedap hehehehe

      Delete
  9. Pertama Kali dengar ikan Kasi ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe Ikan Kaci Tuan @Hanafi, bukan ikan Kasi hehehehe...dia macam ikan merah, cuma tak merah aje hehehe

      Delete
  10. Replies
    1. Tu laa, ramai tak tau Ikan Kaci ni @Zarul..hehehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.