MAKAN DURIAN DALAM KERETA. PERNAH CUBA?

MAKAN DURIAN DALAM KERETA. PERNAH CUBA? | Hahaha kalau baca tajuk aje, Sis ko dah mula rasa pening dan mual oii, teringat akan mabuk durian suami isteri hahahaha, adeii sendiri carik pasal haaa..

Tak pernah di buat dek orang, makan durian dalam kereta, tapi haritu, Suami Sis datang hangin dia, bagi signal hijau pulak kat Sis, boleh makan durian dalam kereta. Kau ngase? Nak tolak? Memang tak laaa, laju aje laa Sis kau ngadap!

Mulanya kami berdua ke Mersing, hantar anak bujang Sis balik ke Poli, then settle urusan hantar anak, Suami dah sebut, jom cari durian kat Pontian, Sis kau apalagi, terus sebut 'Jom Mee Udang' hahahaha, pantang kan dengo Pontian! Tapi tak dapatlah nak makan Mee Udang Galah Sungai Rambah, sebab Kedai Manja tu buka jam 4pm, lambat beno.

Sis sampai Pontian tengah hari, then petang Suami dah nak balik Paka, mananya nak sempat makan. Makanya Suami bawa makan Mee Udang Tanjung Bin tu ha. Jadilah dari takde kan..lepas niat.

[Klik sini] : https://www.sislin76.com/2019/07/wordless-wednesday-mee-bandung-udang.html


Habis makan je, terus pusing satu bandar Pontian, Suami bawa jenjalan ke Kukup. Uii lama tak ke Kukup, dah berubah weii Kukup, dah maju ke depan! Siap ada kedai-kedai bangunan bertingkat. Kalau dulu peniaga hanya jual tepi jalan je oii..

Suami kata nak makan seafood tak? Sis pandang Suami, 'uii kan baru lepas makan mee udang, dah tak boleh masuk seafood dah, nanti udang gaduh!', berdekah Suami gelak hahahahaha...

Next time laa ye kita makan, kata Suami, baiklah!

Dah bagitau Suami, nanti jumpa jer durian, berhenti, terus beli, jangan tunggu-tunggu, ke depan depan lagi, lama-lama sampai Pasir Gudang tak dapat durian hahahaha. Dan akhirnya jumpa satu gerai ni, kami berhenti. Suami kata tunggu dalam kereta je, panas ni.

Nampak dari jauh Suami pilih-pilih, makanya murah dan elok le tu duriannya. Dan nampak Suami bungkus dan bayar. Yeaaah dapat durian!


Dan yang gelihatinya, Suami naik aje kereta, dia hulurnya satu bungkusan dan kata 'Nah hadiah special', hahahaha hadiah apa? Suami kata bukaklah..nak kata special, dah terang-terang pegang je Sis ko dah tau itu durian, so apa yang specialnya oii hahahahaha. 

Yang Suami duk gelak je tengok Sis. Sis pun bukaklah. 

Bila bukak, wowww kus semangat! Duriannya kuning, cantik elok dan isinya rasa panas oiii...Perghhh...fresh gile!!..Suami kata 'Kan dah kata special, baru jatuh tu, makanlah'. Sis pun pandang Suami, betul ni makan? Suami kata, makanlah, sambil usap pegang kepala Sis..alahaiii special sangat kan!..


Sis ko apalagi, amik seulas terus makan...dalam pada masuk mulut tu, terus tutup mata secara spontan, sebab menikmati kesedapannya durian ini. Kata Suami ini durian tembaga. Ya Allah sedap tak terkata!! Ini barulah durian!!..

Sampai berkali-kali Suami tanya sedap tak? Sis suruh Suami rasa, dia kata makanlah dulu puas-puas. Then dalam beberapa minit, dan hanya tinggal beberapa ulas, barulah Suami amik makan. Memang sedap katanya...

Sis tanya harga, tak jawab pulak dia. Terima kasih suamiku..

Lepas selesai sebiji durian tu, udara keliling dalam kereta mula terancam hahahahaha. Sis ko dan Suami mula rasa mabuk dan pening, haaaa tu lerr makan lagi dalam kereta, melekat oii bau dia. Terus buka tingkap sepanjang perjalanan balik hahahaha. adeii lawak! tapi puashati...

Memang macmtulah kami yang hantu durian. Pantang nampak! Kalau dah suka, haaa bedal terus dalam kereta hahahha.
Korang cubalah ๐Ÿ˜†





P/S: Ni Suami dah kata, datang Paka, makan durian Paka pulak..hahahah baik!! Memang isterimu tuntut!!..

20 comments:

  1. saya tak mkn durian..tp suami hantu durian la pulak. cuma dia yg pening nnt kalau bau durian dlm kete...sy ok je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha oo sayangnya rasa kalau dengar orang tak makan durian ni tau @Azian...cubalah hahahaha

      Delete
  2. makan aiskrim durian dalam kereta pernahlah, hahahah.

    Eh, yekan, lambat beno gerai manja tu buka, sakit pulak hati asal lalu, tutup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha lepas ni cubalah Kak @Seri, lepas tu senoneng laki bini hahahahaha

      Delete
  3. Takp pernah lagi makan durian dalam kereta...hehehe...takut pening ngan bau dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaah iyerr @Suria, Sis ko dah kena, mabuk laki bini bau durian hahahaha

      Delete
  4. makaan dlm kereta tak pernah, tapi bawak dr pasir gudang ke rompin pernah, tu dah cukup seksaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghh jauhnyaaaa bawa duriannya @Munirah...mau tak pening sepanjang jalan ...

      Delete
  5. uih...elok tu tengok isi duriannya..Orang kata durian kat sana best²... lama dah tak ke Pontian..sejak dah takde kena mengena ngan orang Pontian...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakah ayat ko @Rohaida, orang mana pulak tu oiii...
      Jom le kita ke Pontian yokkkk...pi Kampung Sawah kalau nak cari durian ..

      Delete
  6. Makan durian dalam kereta belum pernah lagi Sis..bawa dari kampung..berhenti makan di hentian rnr ada..orang tengok je..pulak baunya menyeru-nyeru gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha itu lagi rare bawak makan kat rnr ramai orang tu @PC, kena yang tak tahan bau, mau lariii hahahaha

      Delete
  7. Tak oernah cuba makan duria dalam kereta. Bau dia mencucuk gitu kalau dalam kereta.. hha. Wah isi duriannya nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr mencucuk sampai ke dalam kepala mabuk bau sepanjang jalan @Syaza...sajer cari pasal kannn hahahahhaa

      Delete
  8. Boleh mabuk kalau pasang ekon.
    Orang sendawa durian dalam kereta pun dah nak pengsan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha itulah @Warisan, takde keje cari pasai hahahaha

      Delete
  9. hahahaha saya pernah satu masa tak boleh bau durian...pening betul kepala..masa tu konon2 tak suka durian la...sekarangggg haaaa hambekkkk hantu pun takut nak pinjamkan nama hantu durian...hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sengal ko @Sunah...durian pun takut nengok ko hahahahaha

      Delete
  10. Replies
    1. Sedap, gilerr tak sedap @Hernee hehehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.