PEMAKANAN UNTUK WANITA SELEPAS JALANI PEMBEDAHAN FIBROID ATAU CYST

PEMAKANAN UNTUK WANITA SELEPAS JALANI PEMBEDAHAN FIBROID ATAU CYST | Lepas operate, memang kita perlu pantang. Tapi pantang ni banyak kepercayaan. Pantang cara orang tua lain, cara moden sekarang pun lagi lain. Dan kalau pantang doktor, pun ada lain juga.

Macam kes dan pengalaman Sis sebelum ni banyak ikut pantang dari Doktor dan pantang orang dulu-dulu. Tak kisahlah bedah apa sekalipun, kalau dah namanya bedah, so kena berpantang. Luar nampak elok, tapi dalam? Kita mana tau kesembuhannya.

Jenis Sis memang penakut oi tang sakit dalaman, memang kata kalau kena pantang, memang akan Sis pantang. Lagi pula kalau di jaga oleh Suami, nampak je Suami Sis tu gitu, tapi kalau membebel bab pantang ni, ermm menanah telinga oii dengo..Tapi tu laa, untuk kebaikan bersama.

[Baca sini] : https://www.sislin76.com/2018/05/pengalaman-pembedahan-laparoscopy.html
[Juga sini] : https://www.sislin76.com/2018/07/kesan-selepas-5-bulan-jalani-pembedahan.html

Banyak debat pasal pantang ni. Tapi kali ni Sis nak share mengenai pantang khusus untuk kesihatan rahim selepas pembedahan, yang di kongsikan oleh Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat.


DERMOID CYST PADA OVARY KIRI

Kandungan cyst ialah cecair berminyak, lemak dan rambut.
Menakutkan juga bila melihat rambut tumbuh dalam kilang telor.

Satu jenis keajaiban, tidak terfikir rambut boleh tumbuh dalam ovary. Kejadian Allah, apa-apa boleh berlaku atas KehendakNya.

Masih ada peluang hamil, ovary kanan dan tiub kanan masih normal.
Lepas bedah perlu amalkan cara gaya hidup sihat.


MAKANAN UNTUK WANITA SELEPAS BEDAH

1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunti untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.

2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir , baca quran 3/4 muka setiap hari. Kurangkan pendedahan kepada toksin, jauhkan menghidu asap-asap beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan-bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.

3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain. Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung, contohnya: donut, kueh-kuih, ice krim , chocolat dan lain-lain yang berkaitan. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

4. Makan 70% bahan-bahan mentah dan segar , iaitu buah-buah dan sayur-sayur. Makan lebih buah-buahan tempatan seperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dan lain-lain. Digalakkan makan ulam-ulam, sayur-sayur bayam, bendi, terong, kangkung, cekor manis, daun turi dan keledek merah.

5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery . Atau 1/4 buah papaya dan ¼ Nenas (khas sminggu dalam waktu haid). Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.

6. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus, lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara. Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.

7. Makanan selingan (tea dan coffee break) - jauhkan makanan bergula dan karbohadrat. Makan buah-buah atau segenggan campuran kacang-kacang almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

8. Makan tengah hari - Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis carbohydrate

9. Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan. Atau buat rojak/pecal dari sayur kangkung, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan, ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai . Gantikan nasi putih kepada brown rice.

10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU, Habatus sauda. Makan juga goji beri, lain-lain jenis berries, spirulina, rumpai laut.




P/S: Yang dah pernah laluinya mesti jadi fobia, termasuk Sis. Memang mimpi ngeri masuk bilik bedah tu oii..kalau boleh janganlah berlaku lagi. Sama-sama kita menjaga kesihatan.

8 comments:

  1. serius, rambut tu tumbuh sampai Panjang bergumpal macam tu ya, seram pulak melihatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Kak @Seri, jangan sampai jadi gumpulan rambut tu...sebab tu di sarankan pergi scan rahim, untuk sebarang kemungkinan dan dapat kesan awal Cyst atau fibroid..

      Delete
  2. Apa tanda2 awal yang boleh dikesan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Posting untuk tanda awal Cyst atau fibroid ni Lin belum ada post lagi Kak @Azita, cuma ianya berbeza ikut sesaorang tu, macam Lin, rasa sakit pinggang dan bahagian ari-ari sengal-sengal sakit...kena scan rahim baru tau ye atau tidak..

      Delete
  3. Replies
    1. Iyerr sangat takut @Wak...seriauu kalau dah pernah alaminya..

      Delete
  4. tu la takut..kadang perut buncit kita tak sedar sebenarnya ada cyst dalam perut kita....Allahu...moga dijauhkan la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @Sunah ...*sambil gosok-gosok perut gak ni...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.