APA YANG KAU CARI SEBENARNYA DI SINI?

APA YANG KAU CARI SEBENARNYA DI SINI? | Yaaa apa yang kau cari sebenarnya di sini? Lama dah Sis perhati, kau taip www.sislin76.com kemudian bila dah bukak view, then kau baca satu tajuk, kau klik. Habis baca kau scroll, kau scroll lagi sampai ke bawah.

Habis scroll kau turn back, kau bukak balik dari atas, kemudian kau buka lagi satu tajuk, kau baca dengan dahi berkerut..then kau turn back semula..

Kau scroll lagi, kau baca lagi, dah baca eh kau gelak pulak..

Kau baca lagi sampai habis, dah habis kau turn back balik, then kau scroll atas balik, kau buka lagi tajuk lain...

Bila ada satu tajuk tu, akan kau baca dengan perasaan menyampah, menyirap darah kau membacanya, sebab? Mungkin kau jeles! Tapi kau baca lagi sampai habis..

Habis baca satu tajuk, kau tak puashati, kau buka lagi, kau baca lagi, memang menyakitkan, tapi kau baca lagi dengan satu perasaan ingin tahu..

Hinggakan semua gambar kau zoom paling habis, semua kau belek, dan ada ketika juga, kau siap print skrin lagi, oh! kau memang ada masaalah jiwa..

Tapi kau scroll lagi dan baca sampai habis.

Tiba masa kau geram, kau nak klik X dan tutup...tapi kau jenis suka amik tau, so kau teruskan membaca, baca lagi sampai habis semua tajuk terbaru semua kau dah baca.

Yerr Sis perhati aje, pageview semakin naik, tanpa sedari kaulah salah seorang penyumbangnya..dan tanpa kau sedari, Sis ko ni tau kau view tajuk yang mana hahahaha..

Sila-silakan membaca sehingga kau rasa puas! Sis ko akan terus menulis selagi ada cerita. Baik ceritera harian, cerita kebahagiaan, cerita makan, cerita percutian dan segala cerita ceritilah..semuanya akan Sis ko tulis di sini..

Usah risau, takde sapa yang nak marah kalau kau terus membaca di sini, dan takkan Sis ko block sesiapa yang datang membaca pun..blog ni public, satu DUNIA boleh baca dan view.

Teruskan membaca, sebab membaca itu amalan yang mulia..lagi kau suka membaca, lagi suka Sis kau nak kongsi semuanya hehehe..

Tapi....kenapa hanya membaca sahaja?

Hurmm komen mana komen...dah baca silalah komen hahahahaha..


Siapa kau?

Kau tau siapa KAU ..

Dan KAU baca je ke? Pastu buat 'report' ek, hahahahaha  *gelak Jin ...





P/S: Huhuhu pepagi Suami dah col kata 'rindu' aishhhh...terus hati jadi sedih pepagi..Sabarlah Suamiku, tanggungjawab di sana masih ada..  😭

14 comments:

  1. Alahai..ingatkan SA jer selalu hadapi benda yang sama...tak sangka sis lin juga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr @Suria, sekarang Sis ada hadapi benda yang sama macam SA tu..tapi ada aku kesah! Lantak le di situ, lagi dia baca, lagi Sis ko update hehehehe

      Delete
  2. Macam-macam perangai ye... Moga yang baik-baik kita kongsi, yang baik-baik juga datang hendaknya aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bermacam-macam Puan @Hazel, kita hati-hatilah bila ada yang tidak senang dengan kebahagiaan kita..moga kita semua dijauhkan dari manusia sebegitu...

      Delete
  3. Hi! Saya jalan-jalan je di sini

    ReplyDelete
  4. eh...dah kita terhabis baca...nak SS la...pastu nampak ayam...pastu terus lapar...haishhh...Dah SS nak gi membawang jap..banyak masa dia nak buat report..aduii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kau jangan memacam @Rohaida hahahaha tapi makaseh, ko selalu singgah dan beri komen hahahahaha

      Delete
  5. kita terpukau dengan gambar ayam tu ja

    ReplyDelete
  6. hoii...dia tu orang Israel ke? hahahahhaha #matilanak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakah sangat bijaksana wahai seketul @Sunah hahahahaha

      Delete
  7. assalamualaikum lin...kenapa gambar ayam goreng pulak lin...mmg bagi semua lihat mengancam yer...hahahaha x apa lin yg dtg scroll tu la penyumbang trafik blog kn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha Mama @Maszull..kann Mama, ramai pembaca senyap, tapi dalam diam ramai pulak tukang baca dan tukang sampai cite...kepoh hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.