AISKRIM BOBA TEA BROWN SUGAR THE BLACK WHALE SEDAP!

AISKRIM BOBA TEA BROWN SUGAR THE BLACK WHALE SEDAP! | Yaaa sedap! Itu tekak Sis ko, tekak korang Sis tak tau. Kang Sis kata sedap, ko kata tak sedap, so sendiri kena cuba okay.

Korang tau tak The Black Whale Boba Tea tu? Alaa kalau peminat hunting boba tea, mesti tau kan?.

Baru-baru ni Sis bersama anak dan geng Visit Johor ke Permas Jaya untuk sesaja merayap mencari kedai makan dan minum. Pakat semua memang nak ke Permas, sebab di sana kemain banyak woii kedai boba tea. Tapi kami semua makan dulu di Tea Garden. Selesai makan baru kami pi cari boba tea.

Mulanya kami nak minum di Tea Signature atau lebih di kenali di Permas dengan nama JTL Container atau Jurassic Cafe (Yang ni nanti Sis update kemudian). Tapi dalam pada sewaktu nak mencari, ternampak pulak kedai boba tea The Black Whale ni sebelah The Alley, yang baru di buka 4 hari.

So apalagi, memasing gedik-gedik nak mencuba sesuatu yang baru hahahaha.


Tapi sampai aje depan kedai The Black Whale ni, Sis ko terus tersuka nak mencuba aiskrim dia. Nampak ada sorang tu order, bila Sis nengok je wowww sungguh menyelerakanlah! So Sis order aiskrim, anak-anak yang lain semua order boba tea.

Banyak pilihan yang ada, dan semestinya kalau nak mencuba boba tea, kena cuba menu signature dia dulu ya. Apalagi kalau tak Brown Sugar Boba Tea.


Dia ada 2 saiz cawan yang korang boleh order. Kecik dan besar. Kalau agak muatan perut korang besar, orderlah yang besar yer hahahaha. Macam anak-anak ni semua memang gile minuman boba, so semua order saiz besar kedaung tu hahahaha. Sis ko je makan aiskrim.

Masuk order dulu kat depan, then nanti dapat resit nombor, cari tempat duduk dan tunggu nombor di panggil. Ala-ala panggilan nombor macam hospital tu, cuma ni belum nak ke hospital, so korang ingat-ingatlah ye time nak minum tu hahahahah...


Aiskrim dia memang sedap woo, nama dia entah apa ek, tapi Sis tau brown sugar cokelat ke apa ntah, ko tengok gambar macam ni, haaa itu laa dia. Asyik boba tea je kan, so kita cubalah aiskrim pulak kan. Rasanya The Black Whale ni je kot ada aiskrim, ke ada boba tea lain ada aiskrim?

Mahal? Harga dia rasa biasa je, sama je dengan boba tea lain-lain. Nak murah, bancuh milo kat rumah je yer.

Halal? Bab ni tak berani nak komen. Tepuk dada, ikutlah kata hati. Tapi di depan kaunter tu ada di pamerkan sijil halal bahan-bahannya.


Korang tengok, kedai dia siap ada patung whale tu, cuma semua biru, takde pulak black whale hahahaha.

So kalau korang nak pergi, waze aje, kalau tak jumpa dan nak senang, waze aje The Alley Permas, kedainya betul-betul sebelah The Alley..hehehehe.

Atau nah alamatnya:

The Black Whale Permas Jaya
No. 43, Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor

Di buka setiap hari dari jam 12pm hingga 1am .

Facebook : https://web.facebook.com/theblackwhaletea/
Bubble Tea Malaysia : https://www.bubbleteamalaysia.com/black-whale




P/S: Kat Paka ni ada CoolBlog aje, kalau tak, Sis ko dah serang gak ni hahahaha ke ada ek?

10 comments:

  1. serius nampak sedap sangat aiskrim tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr memang sedap, nanti kita try ye @Sunah ...

      Delete
  2. nampak sedap sis aiskrim tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu baru nampak, belum rasa lagi @Dilah hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. Yerr sangat sedap @Mawar, boleh cuba nanti ...

      Delete
  4. Moga-moga kat Paka ada..kalau tak ada boleh buat permohonan di adakan cawangannya Sis..kadang mereka fikir takut tak ada sambutan..bila ada yang bersuara tak mustahil diadakan..betullah..aiskrim tu menarik-narik untuk dicuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kat Paka tu ada coolblog aje @PC, sana tak hipster macam di bandar, bukan ada apa di Paka, pekan kecil ajer hehehehe

      Delete
  5. Nampak sedap soft aiskrim tu. Bila agaknya saya boleh hasilkan aiskrim selembut begitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa sedap @Ahmadi..insyaAllah satu hari nanti jika ada ilmunya ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.