AKU PALING SUKA KOPEK IKAN BILIS

AKU PALING SUKA KOPEK IKAN BILIS | Yaa memang kegemaran Sis dulu hingga kini hehehe. Maksudnya dari bujang sampai dah kawin, kalau kata Emak suruh kopekkan ikan bilis tu, memang cecepat sepantas kilat Sis ko buat hehehe. Tak tau kenapa, memang suka!

Dan bila dah kawin ni kalau nampak je ikan bilis yang cantik bersih sekor-sekor tu, Sis mesti beli, then bila ada masa free je, duduk depan tv kopek ikan bilis tu sampai habis, selagi tak selesai, geramm rasa hahahaha.

Ada siapa sini macam Sis? Tapi korang panggil apa? Kopek ke Siang ke? Buang taik ikan bilis ke? Kalau Sis memang panggil kopek ikan bilis hehehe.


Lagi pulak dapat ikan bilis yang bersih macam ni, bestnyaaa!

Iyerr ikan bilis ni Suami Sis belikan di Paka sana. Kat Kampung Nelayan tu ada jual ikan bilis gini, sekilo rm25 tak silap Suami kata. Memang segar, bersih dan kering. Besar-besar sedang, memang kalau kopek sedap sangatlah gitu!

Senang tau bila dah kopek-kopek sesiap, nak masak tinggal cekut jer. Sis akan simpan dalam bekas tertutup dan masuk peti ais. Nak masak je cekut. Lagi pulak kalau nak buat jejemput, perghh best betulkan kalau dah kopek camni.


Dah berapa kali dah Suami beli, baru ni pun Suami belikan untuk Emak sekali. Siap dapat ikan tamban kering lagi. Goreng garing-garing masuk bawang, lada hijau dan kicap sikit, then makan dengan nasi panas, makk aii sedap melampau okay!

Ni pun ada separuh lagi Sis belum siap kopek, sakit pinggang oii duduk kopek, masa ni pun sesambil nengok Netflix dengan Sunah dan sesambil juga dera si Sunah tolong siang Taugeh untuk menu Laksa Sarawak esoknya hahahaha.


Haa nampak tu, kopek depan tv ko hahahaha. Bukan duduk atas meja okay. Mana tak kematu pinggang kalai nak habiskan sekilo tu hahahaha. Tapi takpe, kalau dah suka berapa kilo pun boleh siap tau!

Sambil kopek, masuk molot gak hahahaha..sedap oii...dan kepala ikan bilis tu Sis simpan, nanti nak buat sup sayur ke sup fishball ke, rebus kepala ikan bilis tu then tapis. Sedap nanti kuah supnya tau! Tak caya yer cuba. *Tu Atuk cina Sis yang ajar.

Sos, korang ada yang macam Sis? Kalau ada give me five!!..
Okaylah, banyak benda nak update ni, tapi sesambil buat kerja rumah pepagi ni, so perlahan-perlahan update ya.

Nanti sambung..
OkBai..



P/S: Mood masak datang. Nak masak Ikan Kaci asam pedas. Suami kirim dari Paka ikannya. Nanti dah siap masak, nak wahtsapp gambar bagi Suami hahahaha.  ๐Ÿ˜œ

28 comments:

  1. hihi terbalik.. kalau kite paling malas kopek ikan biliss.. hehehe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe Sis paling suka kopek ikan bilis, geramm nengok ikan bilis @MisDiarios ...

      Delete
  2. kita pun suka..Kalau dah ngadap tu memang tak buat benda lain dah..Tapi tak suka kopek yang kecil² tu... Kopek siap² ni senang, kalau nak masuk cekut je kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Rohaida, geramm nemgok ikan bilis yang besar bersih , selagi tak habis kopek selagi tu gerammm...

      Delete
  3. Kita sama la Sis...lagi puas hati beli macam ni dan kopek sendiri..tak tau kenapa suka macam ni...yang SA ingat mak ajar macam ni..murah tu ikan bilis RM25 sekilo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kadang kalau memang dah terdesak baru beli yang dah siap kopek @Suria, tu pun tengok macam mana ikan bilisnya, kadang tak elok..

      Delete
  4. masa kekecik dulu mama saya amik upah kopek ikan bilis. bila dah besar tak kose dah nak kopek bilis...beli je yg dah siap. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaa mesti banyak simpan kepala ikan bilis tu kann @Sheila..sedap buat sup ikan fishball..

      Delete
  5. murahnya sis sekilo rm25. kalau dilah ni memang takde masa nak kopek ikan bilis.. beli yg dah siap kopek je senang tp memang mahaai la kan.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr @Dilah, sebab tu Sis kata macam nak meniaga laaa yang dah siap kopek hehehehe

      Delete
  6. heyyy mana gambar taugeh? hahahahhaha ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tak payah masuklah, sebab ni cite ikan bilis aje @Sunah hahahahahaa wekkkk

      Delete
  7. Seronok dapat kopek ikan bilis..lagi ikan bilis besar..fuhh laju je..daripada buang ekor tauge baik kopek ikan bilis..hehehehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul @PC, kemain laju kopeknya sebab ikan bilisnya bersih dan besar...senang nak kopek..

      Delete
  8. assalamualaikum lin...mama pun suka kopek ikan bilis ni...mmg leka kalau dok hadap tv tu...mata sekejap pandang tv sekejap pandang ikan bilis...kalau best cite tu sambil pandang tv tak tengok pun ikan bilis tu terus kopek jer...lagi satu mama pun suka patahkan ekor tauge tu...dok hadap depan tv sekejap jer dah siap...simpan bila nak guna semuanya dah siap ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull..kann Mama, samalah macam Lin, pantang disuruh kopek ikan bilis dan siang taugeh, mesti laju je terus buat hehehe

      Delete
  9. Wah puas hati lepas habis kopek semua. Tapi sakit terkena jari. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn @Bella, puashati dapat kopek ikan bilis, nak masak senang, cekut ajerr hehehehe...

      Delete
  10. Perkara yg paling selalu kena buat/ tolong mak
    1. Gunting lada
    2. Siang taugeh
    3. Kopek ikan bilis

    Eh.. I pun sebut kopek okehhh

    ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa samalah dengan kitaa, tapi gunting lada tu kita tak suka, sebab kena buang biji semua, sakit mata dan hidung kita Kak @Seri heheheh

      Delete
  11. Paling tak suka kopek ikan bilis... Tetapi kopek ikan bilis merupakan sumber pendapatan saya dahulu. Ambil upah kopek ikan bilis di rumah sahaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaa ye ke @Eyma? Kenapa tak diteruskan? Sis kalau ada yang nak, Sis nak buat biz nyaa laa...hehehehe

      Delete
  12. Sambil kopek. Sambil masuk mulut. Adoii :)

    Sis Lin. Sorry tau. Tak boleh nak give me 5 lah. Ruby malas nak kopek ikan bilis. Hahaha. Sekarang Ruby suka beli yang dah siap kopek. Yang bersih2. Maklumlah anak 4 ni, jimat masa. Kiki

    Ya.Ruby pun panggil kopek jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa betul sangat, sambil kopek sambil masuk molot hahahaha...
      Kalau yang nak ringkas, beli dah siap aje senang @Rubiah hehehe

      Delete
  13. Dulu suami yang kopek ikan bilis...sekarang kak ipar duk sekali....dah sun dekat kak ipar pulak. Saya? Malehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa boleh tukar-tukar plak turn kopek ikan bilisnya ek @Azian, hehehehe

      Delete
  14. Rajinnya sis.. Kita malaihhh btul bab2 ni.. Selalu beli yg da kopek dah.. Pemalas betul kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha rajin satu hal, tapi memang suka @Alia kopek ikan bilis hehehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.