ALLIANZ MALAYSIA JOHOR BAHRU RAIKAN PERPINDAHAN KE SOUTHKEY MOSAIC

ALLIANZ MALAYSIA JOHOR BAHRU RAIKAN PERPINDAHAN KE SOUTHKEY MOSAIC | Allianz Malaysia Berhad cawangan Johor Bahru telah meraikan perpindahannya secara rasmi ke SouthKey Mosaic hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad Zakri Khir bersama dengan ahli-ahli pengurusan kanan telah merasmikan pembukaan cawangan tersebut di Blok C, Komersil SouthKey Mozek dengan pemotongan reben dan persembahan tarian singa. Pemindahan dari Jalan Serampang di Taman Pelangi telah berlangsung pada 12 April 2019.

Sebagai pejabat gabungan, cawangan Johor Bahru ini menjadi pusat operasi untuk Allianz Life Insurance Malaysia Berhad dan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Mempunyai ruang seluas 14, 726 kaki persegi, cawangan perkhidmatan penuh ini menawarkan pemandangan yang lebih mesra dan bertujuan untuk menambahbaik pengalaman pelanggan. Cawangan ini juga merupakan rumah bagi pejabat jualan Allianz Life, hab tuntutan Allianz General dan cukup dilengkapi dengan dua bilik latihan untuk memenuhi keperluan seperti latihan ejen dan juga sebarang majlis.


Perpindahan ke SouthKey ini tiba pada waktu yang sesuai kerana kita perlu memenuhi keperluan pelanggan, ejen, broker dan rakan niaga yang semakin meningkat. Cawangan Johor Bahru ini merupakan cawangan paling besar di kawasan selatan tanah air yang berkhidmat untuk lebih daripada 100,000 pelanggan dan hampir 800 ejen. Dengan lokasi baharu ini, kami berharap memberi pengalaman pelanggan yang terbaik, kepuasan perkhidmatan yang unggul kepada semua pelanggan ,” kata Zakri Khir.

Allianz telah mula beroperasi di Malaysia pada tahun 2002 dan hari ini, Allianz Malaysia mempunyai 33 buah cawangan di seluruh Malaysia. Di Johor, bersama cawangan Johor Bahru, Syarikat mempunyai hab tuntutan rantau di Johor Bahru serta empat cawangan lain bertempat di Kluang, Segamat, Muar dan Batu Pahat.

Cawangan Allianz Malaysia Johor Bahru terletak di:

#03-01, Level 3
Block C, Komersil Southkey Mozek
Persiaran Southkey 1
Kota Southkey
80150 Johor Bahru

Tel: 07-338 3285 (Allianz Life) / 07-338 3790 (Allianz General)
Pusat Panggilan Allianz: 1300-22-5542

Waktu operasi adalah dari Isnin hingga Jumaat, dari jam 8.45 pagi ke jam 5.45 petang.
Allianz Life juga dibuka pada hari Sabtu, dari jam 9 pagi ke 1 tengah hari.



P/S: Semakin maju dan sibuk di Southkey . Tahniah Allianz Malaysia!!

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.