AKU DAH MAKAN DAH AYAM GORENG MCD EXTRA SPICY 3X PEDAS TU. KORANG DAH CUBA?

AKU DAH MAKAN DAH AYAM GORENG MCD EXTRA SPICY 3X PEDAS TU. KORANG DAH CUBA? | Haaa korang dah cuba belum? Kalau belum silalah mencuba, ternyata memang pedas 3x ganda dari sebelumnya tapi 2x ganda sedapnya dari sebelumnya.

Memang mulanya teragak-agak Sis nak mencubanya, sebab banyak baca feedback dari mereka yang dah makan kata pedas, ada yang selepas makan sakit perut, ada yang cirit birit sampai ke hospital, phewww ngeri juga baca thread pasal ayam goreng McD 3x pedas ni. Tapi Sis ko tetap juga nak mencubanya hehehe.

Kelmarin malam, selepas pergi dobi dengan si Kakak, Sis bagitau Kakak, Mak nak try ayam goreng mcD 3x pedas tu, mulanya anak tak bagi, sebab bimbang kang sakit perut masuk hospital kang lagi susah, dah le Ayah takde, katanya...okay Sis diam kejap. Selepas tu Sis bersuara lagi, then Kakak kata 'Ye laa, kalau sakit sendiri tanggung' hahahaha. Yes!

Maka ke drive thrulah kami...


Ayam Goreng Mcd Extra Spicy 3x Pedas 

Akhirnya...dapat juga membeli dan mencubanya ayam goreng mcD 3x pedas ni. Sekali pandang, terdetik kata, 'kenapa dalam iklan tu kemain merah gile colornya, bila beli, ermm macam biasa aje ek?'..Betul, color dia takde la seperti mana macam dalam iklan tu haa, dah macam ayam goreng mcD yang biasa tu jee..

Takpelah, apa-apa kita rasa dulu, pedas dia pergi macam mana..hehehehe


Pedas Ke Tidak? 

Angkat seketul paha masuk dalam pinggan, sekali nengok, perghhh ngeri gak nak gigit ni hahahaha. Anak 2 orang tu duk gelak je nengok Maknya nak makan tak makan-makan hahahaha..Dan tiba-tiba....krup krap krup krap...nom nomm nomm....yumss yumss yumsss...

Wowww okay, gigitan pertama, masih okay, kunyah-kunyah dan telan. Gigitan kedua, dah terasa pedasnya di lidah, masih bertahan, kunyah-kunyah dan telan. Gigitan kedua, fuhh fuh fuhh kunyah-kunyah telan, teguk air sejukkkk secawan hahahaha pedasss oiiiiii....adeiii


Memang Extra Spicy 3x Pedas !

Boleh tahan pedas oii 3x ganda dia, siapa yang tak tahan pedas memang tak boleh makan, atau kalau yang kata tak pedas tu, korang makan seketul je kot, kalau makan seketul memang tak rasa sangat le pedasnya, ko makanlah 2/3 ketul, haaaa baru ko tau togakkk air sejuk sebotol hahahahaha...

Yerr pedas! Memang pedas. Sis yang tahan pedas pun rasa pedas. Memang minum air banyak sekali bercawan-cawan, nasib baik makan dengan sos tomato, kalau dengan sos cili? lagi pedas kot..heheheh harap maklum Sis tak makan sos cili yaa...

Setakat ni Sis berjaya makan 2 ketul ayam goreng McD extra spicy 3x pedas.
Yes! Misi berjaya hahahaha..

Dan keesokkannya....

Tiada kes ulang alik ke tandas atau sakit perut, alhamdulilah,tido lena, mungkin perut Sis tahan kepedasannya. Atau mungkin perut dah banyak disaluti lemak barangkali hahahaha mereka bergaduh dalam perut, tak bagi keluar, so berduet lah si lemak dan si pedas ayam dalam perut hahahaha 😆


Haaa korang bila lagi nak cuba?

Cubalah sendiri dulu, jangan duk baca apa yang mereka tulis, kalau berani tanggung risiko, haaa sila mencuba!! ...TAPI JANGAN bagi anak makan, melainkan kalau anak tu tahan betul pedas ya!

3 ketul RM 15 ...sekian..



P/S: Jangan lupa McFlurry cempedak dia, tekak Sis sedap biasa-biasa aje, tapi si anak bujang Sis kemain suka bebeno!!

26 comments:

  1. aritu nak nak beli asyik sold out je sis.. 2 tempat pegi pun semua habis.. dah la beratur sikit punya panjang.. next time kena cuba jugak.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah Sis @Dilah, mula nak beli out of stock, pastu sebab nak juga rasa, maka beli juga dan akhirnya berjaya! hahahaha

      Delete
  2. Kita dah try kawan punya, hahaha. Memang pedas la, walau try sikit. Kat isi ayam pun terasa pedasnya. Mc flurry cempedak tu manis giler tapi sedap juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Kak @Seri, dalam pedas tapi sedap hehehehe.
      McFlurry tu memang manis, kita makan tak habis...

      Delete
  3. SA memang x berani la nak cuba..sebab SA ada gerd kan....pecah perut kang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, @Suria jangan cuba, sebab memang pedas SA, nanti sakit susah plak jadinya...

      Delete
  4. ada yg kata wkt makan xpedas sgt, lepas hbs baru terasa. Pas tu nt sakit perut ulang-alik toilet. Yg biasa tu pn dah terasa pedasnya ni kn extra..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul @Mysara, alhamdulilah Sis dah makan setakat harini baik-baik aja...perut tebal agaknya hahaha

      Delete
  5. Tahniah melepasi 2 ketul ayam goreng mcd.. kita cabar lan pulak.m

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha si Lan tak berani cuba, nanti muncung dia ke depan @Daus hahahahaha

      Delete
  6. assalamualaikum lin...tu la lin bila tengok iklan kat tv mmg semua kata pedas tapi kalau x cuba sendiri mmg x tahukan apa rasanya ...kalau mama makan ayam la,mmg nak juga rasa kepedasan ayam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull, yer Maa, kena cuba sendiri baru tau pedas ke tak..bab sakit perut memang tak ingat, yang tau nak cuba pedasnya aje hehehehe

      Delete
  7. Mmg tingin nk cuba kak, yg spicy biasa tu mula2 mmg pds tp mcm ketagih... yg ni ttp nk rasa, cuma xkesempatan lg nk ke mcd

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe yerrr yang ini dah cuba sekali pun, nak lagi @Norhidana hehehe

      Delete
  8. Takut nak cuba cik ash xtahan makan pedas gak ni aduhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak tahan pedas jangan cuba, sebab dia memang 3x pedas dari yang biasa tu Cik @Ash ..

      Delete
  9. tak berani nak cuba ayam goreng mekdi yang ni...yang pedas biasa tu pun dah rasa pedas... sebab pedas dia tak macam pedas cili padi...tekak tak boleh in..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr kalau tak berani jangan cuba, takut kang sakit perut alahan pedas @Azian, Sis ko ni bedal aje hahahaha

      Delete
  10. ni kalo saya makan, mau pedihh bon**t esok harinya membuang..hahahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha engko cubalah dulu @Sunah hahahaha...takut buasir kang hahahahah

      Delete
  11. Tapi waktu saya beli ayam grg 3x extra spicy ni mmg saya dpt warna kulit dia betul2 merah. Maybe x semua cawangan dpt yg mcm merah tu kut. Saya beli 3 ketul juga tapi berjaya makan seketul je haha. Mmg pedas giler

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa tu laa, pelik kenapa Sis punya tak merah macam dalam iklan tu Miss @Sasa..tapi pedas dia, memang 3x pedas dr yang biasa, tapi sedap!!

      Delete
  12. Pds x sgt tp buat perot rasa penuh padat..rasa xslsa gitu jerkk..now misi cari eno haahhahaha nak legakn rasa mcm angin tuuu ����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr pedas dia masih boleh bawak berbincang lagi @Zara kalau untuk Sis..
      Dan alhamdulilah, Sis takde pulak sakitnya perut ke...
      Moga baik-baik aje tu Zara..

      Delete
  13. terasa nak try jugak..tapi kena ada encik suamilah. sebab kalau tak larat makan dia boleh tolong selesaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe cubalah try orang kata, baru tau pedas ke tidak, tekak memasingkan @Sheila...Sis pun nak beli suruh Suami try nanti ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.