AKU DAN MEREKA 2 HARI 1 MALAM DI EAGLE RANCH RESORT PORT DICKSON

AKU DAN MEREKA 2 HARI 1 MALAM DI EAGLE RANCH RESORT PORT DICKSON | Sebelum panjang-panjang nak bebel, biar Sis bagitau dulu, percutian kali ni Sis hanya 'menumpang' baucer percuma dari orang, jadi bab berapa harga pakej ke bilik ke penginapan ke, korang jangan tanya dan komen dulu, nanti Sis sertakan linknya di bawah, korang boleh nengok.

Jumaat dan Sabtu lepas, selepas selesai event di Legoland, Sis, Sunah, anak Sis dan juga Sheida (1 kereta) terus gerak ke Port Dickson (PD) dan terus ke Eagle Ranch Resort ni. Suaminya Sunah, Soleh, bersama dengan 2 orang lagi dah sampai dah awal-awal di sana, siap dah check in hahaha.

[Baca sini] : https://www.sislin76.com/2019/07/legoland-malaysia-resort-celebrates.html

Sunah dan suaminya amik penginapan Kampung House. Ermm entah dengar macam menarik aje kan, tapi sampai sana, mana dia yang di kata kampung house tu hahahaha. Dalam kepala Sis, ku fikir rumah kampung, ada reban ayam, ada itik angsa bagai oii hahahaha. Rupanya rumah atas air yang keruh gitu. Tapi okaylah bolehlah nampak kampungnya sebab depan kandang kuda hahahaha.



Haa itulah dia Kampung Housenya. Tempatnya macam dah lama tak di bersihkan. Tengok airnya takut Sis, rasa macam banyak beno jentuk-jentik oii. Sebab Sis ko dah berapa kali kena gigit dek nyamuk belang-belang huhuhu..

Untuk nak merasa duduk di sini, bolehlah. Kalau tak, tak tau suasana dia macam mana, ye dakk. Keluasan bilik dia 200sq ft, ada 1 queen bed dalamnya. Untuk suami isteri bermadu-madu kasih sayang, bolehlah, bukan untuk suami bawak madu yer, nak cari pasal, haaa tu kena celup madunya dalam air tu bagi makan jentik-jentik hahahaha..



Dan ini bilik Bandwagon (Upper room) yang Sis, Shieda dan anak Sis menginap. Dalamnya seluas 117 sq ft dan ada 2 katil single aje, ada loteng atasnya tapi hanya kosong aje. Bolehlah malam tu kami tidur himpitkan katil dan tido bertiga hehehehe.

Ada ekon, ada water heater, ada tv, almari, kira okaylah buat geli-geli. Cuma tandasnya agak tidak selesa sikit. Mungkin resort dah lama, so korang faham-faham aje laa.



Dan yang ini penginapan jenis Tepee berkeluasan 124 sq ft dan hanya ada 1 queen bed sahaja. Agak kecik, sesuailah untuk bujang dua orang tu hehehehe.

Dan kami sempatlah bergambar sakan di hadapan Tepee ni tanpa menghiraukan orang lain hahaha. Duduk bersila atas rumput dan posing sana sini di situ. Pstt sempat juga pebedal buah rambutan di tepi sana nuuu hahahahaha..



Selesai aje cehck in semua dan memasing dah posing di penginapan memasing, kami semua pun merondalah satu Eagle Ranch ni untuk melihat-lihat apa yang bestnya di sini. Dan semestinya kata mereka, buah-buahan yang ada di sini semua, kita boleh amik dan makan. Ermmm tapi yang banyaknya buah pelam aje la hahahaha.

Buah durian? Puas si Shieda dan anak Sis meronda satu dusun, hampeh! Bau aje ado hahaha. Sis dan Sunah ajelah yang sakan duk kutip dan ganggah buah pelam tu, siap esoknya beli pisau dan makan buah pelamnya hahahaha. Macam kat Johor takde ek hahahaha.



Then petangnya tu kami semua keluar mencari makan dan memasing sepakat nak makan King's Char Kuey Tiaw. Sis is follow, dan wazenya adalah Shieda hahahaha. Sempat kami singgah di Pantai Cahaya Puteri sebentar melihat matahari turun senja.

Tak jauh juga kedai makan King's Char Kuey Tiaw ni, memang senang nak jumpa sebab dia tepi jalan aje. Bagi Sis okaylah, tapi rasanya ada lagi sedap kot Sis makan dari ini, tapi kalau takat nak makan, boleh sangat! Harga pun berbaloi. Ada macam-macam menu. Ikutlah pilihan korang. Tekak pun memasingkan hehehe.



Dan selepas makan, kami semua sepakat nak lepak di kolam renang dan main UNO. Tapi ada kejutan buat Sunah dari Suaminya,Soleh. Alhamdulilah apa yang Suaminya Sunah rancangkan, semuanya berjalan dengan lancar dan terjadinya 'SURPRISE' !!!!...happy birthday in advance katanya!!

Akhirnya Sunah terkejut juga dengan surprise dari kami semua yang di rancang oleh Suaminya. Kau ingat senang nak buat Sunah tu terkejut? Macam nak nangis Sis ko nengok Sunah tu tapi dia kontrol hahahahah. Cuma tak memasal kena 'bodoh' dalam video dek sebab terkejut! kakakakakakakah 😆

Sedap gile kek yang dibeli oleh Soleh. Kami makan sambil main UNO malam tu. Lawak nak mampos, memekak tengah malam kami semua di tengah kolam hahahaha. Memang sporting habis korang! ...



Dan esok paginya kami semua bersarapan di Cafe dan masa tulah terjumpa blogger Sally Samsiman dan juga blogger Reef. Mereka pun sama-sama juga menginap di sini. Rezeki juga dapat berjumpa dengan mereka. Selalu hanya komen-komen aje di FB dan IG. Mereka tarak sombong punya!

Habis sarapan, Sis dan Sunah pusing lagi kawasan. Siap mengutip lagi buah pelam dan Sis ko pulak memanjat hahahaha. Adoii ko jangan up gambo panjat pokok tu Sun oii!!. Then terus ke kolam renang, di mana anak Sis dan si Sheida sakan mandi kolam renang-renang di tepian, sambil Sis dan Sunah memeotong buah pelam hahahaha. Cuma dengarnya, kalau nak mandi kolam ni, kena pakai baju renang, ermm entah ler. Shieda memang dia dah stanby bawak. Sakanlah mereka.



Selsai semua check out, kami pakat semua nak makan tengah hari di PD. Suaminya Sunah, Soleh awal-awal pagi dah gerak balik, sebab ada urusan lain kena uruskan. Maka Kami terus mencari tempat makan tengah hari. Dan sepakat nak makan dan cuba lemak daging salai orang negeri Sembilan. hahahaha amekkawww kepedasan seketul Sunah sampai makan pun nak nangis hahahaha.

Kami makan di Asam Pedas Kasih Ibu .
[Baca sini] : https://www.sunahsukasakura.com/2019/07/wordless-wednesday-asam-pedas-kasih-ibu.html



Lepas aje siap makan, waktu nak balik menuju highway, kami singgah pulak ke Muzium Tentera Combat ke apa entah, gitu kot rasanya, Sis ko dah lupa hahahaha. Budak 2 orang si Shieda dan Sunah tu ajak masuk semata nak beli kopi ko. Katanya kopi tu sedap. Sis ko pantang dengar kopi ni, elergik terus hahahaha.

Cuaca dah le panas kus semangat, boleh rentung muka. Anak Sis pun tak turun, tunggu dalam kereta. Kami beli kopi Mak Orkid tu haaa. Perghh sedap bak hang dapat minum sejuk-sejuk. Pulak tu tuan kedai bagi FREE ko 3 cawan! Apalagi laju aje kami sedut. Memang rata-rata orang ke sini minum kopi tu haaa.

Kopi apa? Korang baca sendiri .
[Baca sini] : https://www.sunahsukasakura.com/2019/07/kopi-adaptogens-combat-mak-okid.html


Masuk highway semua krooohhh. Sis ko apalagi pecut lee lelaju hahahaha sambil memikirkan masaalah donia hahahaha.

Tiba-tiba....

Kami sampai Melaka hahahaha. Buat apa di Melaka?
[Baca sini] : https://www.sislin76.com/2019/07/korang-dah-cuba-cendol-kampung-hulu.html

Maka berakhirlah cerita Aku dan Mereka di Eagle Ranch Resort Port Dickson. Yerr takde part 1 part 2, tak kowser nak mengarang pepanjang. Cukup bagus nak update ni haaa hahahahaha..

Bagi korang yang nak menginap di sini, boleh ke : https://www.eagleranch.com.my/eaglevalley

Lepas ni kita sambung pulak cerita makan-makan potluck di ...... tungguuuu...

OkBai.
Mimggu yang sibuk!




P/S: Cendol tu kan, macam memanggil-manggil hahahaha..Vrrooommmm...

16 comments:

  1. uih..panjang ceritanya kan..Best pulak tengok sis menginap di eagle ranch tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sesekali panjang bebelnyaa @Rohaida hahaha...

      Delete
  2. Wah bestnya depa berjimba hihi...

    Semua nampak sedap dimata sy sis, esp nasi kampung & geng dia tu. Yg cendol durian tu xnak cakap apa2, lejen!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa alhamdulilah, berjimba dengan kawan sesuatu yang sukar dilupakan..
      Betul semua sedap, cendol tu lagi sedap Puan @Haze hehehe

      Delete
  3. SA nama jer org NS tapi x pernah pi Eagle Ranch tu...x tau kenapa x pi..tempat lain pi jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tau haritu kita pakat boleh jumpa @Suria di sana...

      Delete
  4. tempat ni view cantik.. tp air kat toilet dia kotor sikit.. yg lain ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr @Dilah, air dalam bilik air dia keruh sikit...

      Delete
  5. bestnya dapat jalan-jalan xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best sesekali dapat jalan camni @Syaza, hilangs egala stress heheheh

      Delete
  6. tempat ni nampak macam best view dia kalau diselenggara dengan baik ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat betul! Kalau di naik taraf sikit tempatnya, kompom ramai yang ke sini, sebab dah macam ala kampung ada dusun bagai @Kakak ...

      Delete
  7. wah terigin nak ke sini.. kebetulan buka blog sis lin dan sunah sekarang ni tetiba terbaca sis lin cerita pasal sunah hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe @Mamapp, cuma Sis Lin dan Sunah orang yang berlainan hahahaha...

      Delete
  8. hahahahah ok hari ni baru berkesempatan nak habiskan pembacaan...

    baru nak upload gambar panjat pokok...wakakakkakaka

    maceh siskuuu dan semuanyaaaa atas kenangan yang cukup manis! 💖

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha oiii jangan memacam aaaa @Sunah, nak up tu cover sikit hahahaha kang ada plak kena kejor dek Eagle hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.