MAKAN-MAKAN SEBELUM ANAK-ANAK BALIK UNIVERSITI

Sis Lin
12
MAKAN-MAKAN SEBELUM ANAK-ANAK BALIK UNIVERSITI | Makan-makan laa apalagi nak buat, nak bawa gi shopping, ada kang terbeliak mata Ayahnya membayar hahaha. Bukan anaknya aje kang, dengan Emaknya numpang sekaki shopping hahaha.

Kan dah pernah kata, dah pernah Sis post, kalau bab makan, Suami Sis ni memang tak kedekut, tak berkira dengan anaknya. Makanya laaa Suami dah janji dengan anaknya nak bawa makan malam dan esoknya nak bawa pi belanja dapur dan nak belanja makan Shushi Mentai tu sebelum anak-anaknya balik sambung study ke Universiti selepas habis cuti raya tahun baru cina. Ermmm Emaknya? Follow jer ler...walaupun Emaknya tak berapa gemar makan Shushi ni huhuhu.

Yang Kakaknya nak balik MSU, yang anak bujang Sis plak balik Politeknik,Mersing, so memang akan tinggal bertiga ajelah Sis bersama Suami dan anak Sis yang nombor dua tu,Yana. Nasib baik juga ada Yana, kalau tak, berdua ajelah Sis dan Suami...Gitulah kalau anak tak ramaikan hehehe.




Satu malam tu kami keluar makan, duk pusing-pusing mencari kedai makan di sekitar Johor Jaya. Kedai TomYam yang biasa Sis makan tu, kesahnya tutup pulak, mungkin cuti raya cina lagi, so nak taknak, anak Sis kata SDS aje la hahaha. Makanya ke sana aje kami makan malam.

SDS ni memang Sis suka, bukan Sis aje, Suami dan anak-anak pun suka. Suka sebab banyak pilihan menu dia. Dan semua menunya sedap-sedap. Kalau boleh semua nak di order dan makannya hahaha. Ikutkan malam tu Sis nak makan menu kegemaran Sis, Mee Goreng Mamak, tapi anak-anak dan Suami kata 'Mak dah takde menu lain ke nak makan? Asyik Mee Mamak aje', hahahaha..

Terus Sis ko order menu lain..dalam hati aishhh merungut tak habis, sebab tak dapat makan Mee Mamak SDS hahaha. Nasib baik menu yang Sis order tu pun sedap. Entah apa namanya entah, lupa hahahaha. Nengok aje le muka tak puashati tu haaa hahahaa.

[Baca Juga] : Sis Bukan Duta SDS Bakery & Cake Ya 




Dan esoknya seperti Ayahnya janji pada anak-anak, selepas aje belanja barang dapur, Ayahnya bawa makan di Shushi Mentai di Johor Jaya. Ini adalah salah satu tempat kegemaran anak-anak, sebabnya harga Shushinya lebih murah berbanding Shushi King, so memang puas giler laa anak-anak makan Shushi. kalau Suami Sis makan set Bentonya.

Sis? Kalau makan Shushi ni, Sis makan Bento gak tapi kali ni Sis makan aneka Shushi yang berjalan atas tu, nak sebut tak reti hahahaha. Hampir 5 pinggan juga Sis ko bedal hahaha aje gile tambah kalori ek, ada Mak kesah!..

Bila dah habis makan semua, makk aii penuh berpinggan-pinggan ko atas meja, hahaha lupa nak tangkap gambar, Ayahnya gelakkan aje masa anaknya duk susun pinggan. Gelihati nengok gelagat anak-anak, tapi sangat menghiburkan..

[Baca Juga] : Jangan Kedekut, Itu Rezeki Anak-Anak

Itulah keluarga kecil Sis. Peluang yang ada akan kami isi sepenuhnya dengan kegembiraan, lupakan segala masaalah kerja dan penuhi masa dengan anak-anak. Sibuk macam mana pun Ayahnya, kalau dah berjanji tetap akan cuba tunaikan. Alhamdulilah. Kadang-kadang sedih kalau fikir, dan tertanya-tanya, 'Macam mana nanti bila anak-anak dah berkahwin, tinggallah Sis dan Suami berdua' ...aishhh tak boleh nak fikir, akan mengalir airmata...

Selalu cakap benda yang sama dengan Suami, nanti Suami kata 'Takpe, selagi ada hayat kita bersama, kita tinggal berdua pun takpe', huhuhu ayat nak  sedapkan hati Sis je tu..tapi Sis tau, dalam hati Ayahnya tu pun ada taman berbunga-bunga..mau tak sedih gak kannn....

Tapi ya, kena terima, redha, one day anak-anak pasti akan tinggalkan kita jugakan, dan punya keluarga sendiri dan akan jarang-jarang bersama kita. Sedihnya lahai...sebab itu Sis suka kongsi kisah kegembiraan kami di blog Sis, supaya nanti dah tua, Sis boleh baca semua kenangan manis ini semua. Lantakkan aje yang dengki dan khianat dengan kegembiraan kita, Allah kan Ada, semua dengki khianat tu pasti ada kifarah untuk mereka nanti.

Moga Allah lindungi keluarga kami ..aamiinn..


P/S: Ada yang dengki ke? Kalau takde Sis tak kata..maka berhati-hatilah..

إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alhamdulillah..luangkan Masa bersama keluarga.... Moga kekal bahagia selamanyaaaa ..Takoe sis...kawen nanti..sis dapat cucu lah pulak...kahhhhhhh.nenek Vogue gihtuuu 😃

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah Nona, moga doa Nona di makbulkan Allah...
      Hahaha cucu? Sila jaga sendiri hahahaha

      حذف
  2. Besa dah anak sis.. Aien baru nak follow sis Lin ni. ^^

    ردحذف
    الردود
    1. Iyeee Aien..yang sulung dah 27tahun, no2 dah 24tahun dan bongsu dah 20 tahun dah hehehe

      حذف
  3. Alhamdulillah keluarga happy, biaq ja kat orang lain. Kalau mulut tempayan, boleh la kita tutup 😝

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, sekarang lagi orang dengki, lagi Sis tunjuk hahahaha...

      حذف
  4. Sushi Mentai dalam list tapi tah bileee nak pergi cuba. menarik !!

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe pergi jangan tak pergi, harga murah giler...

      حذف
  5. memang murah sangat tu reganya...bole la nanti ajak dak2 ni makan sushi mentai lak...

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha oo ko pun pestime ek baru tahu...nanti kita gi yokk...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!