MAKAN-MAKAN SEMPENA HARI JADI EMAK

Sis Lin
30
MAKAN-MAKAN SEMPENA HARI JADI EMAK | Alaa nama je makan-makan tapi bukanlah makan besar mana pun, cukuplah sekadar makan sederhana tapi dapat kumpul adik beradik sempena menyambut Hari Jadi Emak Sis yang ke 63 tahun pada 19/2/2020 baru-baru ni.

Plan dengan adik-adik dah lama dah, cuma adik yang nombor tiga je tak dapat nak join sebab tak dapat cuti. So hanya kami bertiga beradik aje yang ado.

Kami semua sepakat rancang buat makan-makan ni sebelah petang, sebab siangnya Sis ada jemputan kahwin kawan anak Sis merangkap anak angkat Sis di Perling sana, lagipun Suami Sis pun kena settlekan kerja dulu pagi tu, so tengah hari Suami balik dari kerja, terus ke jemputan kahwin kemudian terus ke rumah adik Sis di Austin Perdana.

Yang bestnya Emak tak tau kami semua berkumpul nak surprisekan dia, mulalah Sis ko ni sampai je sana berlakon konon adik Sis,Lily yang mengajak datang sebab dia masak Mee Kari, then adik Sis,Julie plak beli sesenyap otak-otak, pepes dan satar untuk di bakar petang tu.

Sis sempat juga belikan sikit udang dan beli bahan ramuan nak buat Oden. Yaa dah sepakat nak buat Oden, konon nak merasmikan periuk baru si adik tu kakakakah. Akhirnya menjadi juga Oden kami semua.



Taraaa, inilah menu utama kami Oden yang kami buat secara berjemaah. Bukan susah pun nak buatnya. Beli je bahan ramuannya yang dah siap tu kat kedai frozen, then kalau rajin, korang cucuk-cucukkan macam Sis buat tu, kalau pemalas, campakkan aje dalam periuk bila dah mendidih.

Sebelum ni dah pernah buat dah Oden ni. Ala masa tu sibuk viral Oden Family Mart tu ha, so lepas tu, orang mula mencipta resepi Oden ni. Korang nak try? Sila klik link di bawah ni.

[Baca Sini] : Resepi Homemade Oden ala Family Mart 



Selain Mee Kari dan Oden, macam biasalah, adik ipar Sis mesti beli otak-otak, pepes dan juga satar dan dia jugalah yang tukang kipas dan bakarnya hehehe. Dulu kini dan mungkin selamanya, itulah kerjanya hahahaha. Mesti masa bakar-bakar ni kan, Emak Sis pelik dan tertanya-tanya, apsal rajin nau anak-anaknya buat semua ni hahaha.

Meriah kalau makan reramai macam ni, benda sikit pun macam rasa banyak, yang banyak pun jadi cukup, tak membazir. Bukan senang nak kumpul bersama, bila dah ramai-ramai jumpa, haa memacam cerita keluar. Tu belum adik yang nombor tiga ada, kalau ada, lagi riuh rumah hahaha.



Kenal tu siapa yang duk tengah tu? Haaa tu le Mia, dah kurus dah dia sekarang tau, sangat kurus huhuhu. Rindu dengan pipi dan badannya yang gebu. Mungkin sebab sejak dah sekolah, penat dari pagi sampai petang, so badan pun naik kurus melidi. Tinggi dah dia macam Mama dia. Tapi mulut, still kepoci hahaha.

Mia kata dia taknak gemuk lagi hahahaa tu yang tak boleh tahan tu, nasib baik dia tak kata Ayyom dia gemuk, cuma dia kata 'Ayyom pun kurus macam Mia' kakakakakah..kembang punggung Ayyom hokay!!..

Mama dia kata makan kuat juga, susu lagi kuat, memang badan nak kurus agaknya. Takpelah Mia, dah besar, kenalah cantik-cantik. Senang dah Mama awak nak beli dan cari baju dah, kalau tak seksa nak cari saiz hehehe.

Mana gambar Emak Sis? Takde Kek ke?

Hahaha malas nak upload dek Emak duduk tak senonoh sampaikan gambar Kek pun ada bayangan kaki Emak terjulur hahahaha adeii ...memasing lupa nak kasi adjust kaki Emak atau Atuknya, duk excited tengok kek buah selambak atas kek hahahaha.

Suami sempat gak belikan Emak bag tangan hadiah birthday Emak. Kata Suami, 'bag raya' hehehehe. Makaseh Suamiku..

Begitulah cerita kami adik beradik, keluarga kecil tak besar, tapi kami cukup bahagia, janji jangan ada yang mengganggu kebahagian kami semua. Dan di cemburui keakraban kami..tak elok begitu kan..ciptalah kebahagian sendiri tapi bukan atas derita orang lain.

Sekian..


P/S: Alhamdulilah..terima kasih Allah ..

Post a Comment

30Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Replies
    1. Yaaa Wak, meriah, padahal plan last minit je..

      Delete
  2. sekali sekala kumpul-kumpul macam ni seronok jugak. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Aien, meriah rasa walaupun tak cukup semua ada..

      Delete
  3. Bagus bila anak-anak ingat hari jadi ibu. Pasti ibu amat menghargainya apabila anak2 ingat. Alhandullilah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenalah ingat Kak, kalau tak ingat, takut nanti bila dah takde orang tuanya, mau terkilan...

      Delete
  4. kurusnya si Mia tu sis, aduii.dulu kemain semangat badannya kan,tapi tetap comel.Kita suka budak² yang semangat ni, geram tengok.Sesekali dapat makan sama dengan adik beradik memang best and happening

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Eda, sangat kurus, rindu badan dia yang gebu tu...

      Delete
  5. rindunya nak makan roti aiskrim! dulu masa study selalu beli dekat bhaiya. Best bila berkumpul ramai2 ni, banyak benda boleh cerita sama2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr Farhana, si Mia tu paling suka makan roti eskrem, boleh habis dia makan sorang hehehe

      Delete
  6. Meriahnya majlis makan-makan ni tengok semua makanan banyak lak tu semua sedap-sedap belaka hehehe terutama Oden tu buat sendiri bestnya kita pun nak buat makan-makan dengan keluarga lama tak makan meriah macam ni hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Maha, Oden tu buat sendiri aje puashati. Kalau beli kang memang tak puas makan...

      Delete
  7. bestnya !! atie suka gathering cam ni kak.. hee~ time ni lah dapat berborak dengan adik beradik yang lain.. semoga panjang umur buat mak akak dan dilimpahi kasih sayang yang tak berbelah bahagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Atie, sambil makan kita berborak hal memasing, gelak jangan cakap le, takut jiran je sound hahahaha
      Makaseh Atie..

      Delete
  8. Bestnya sis lin ada gathering2 mcm nie. Yelah, bila semua dah besar2 and berkeluarga, aktiviti mcm nie lah yg boleh utk kumpulkan adik beradik selain hari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe best Zharif, kadang yang last minit plan le yang menjadinya hehehe

      Delete
  9. Wah meriah buat makan makan macam ni. Sesekali berkumpul dengan family macam ni memang seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Mimie, tak payah tunggu raya, bila-bila je boleh kumpul dan makan-makan hehehe

      Delete
  10. menarik ni = ala2 oden FM :)
    ok ok la oden FM tu, sis. sis buat ni lebih nampak menarik!
    buat sendiri, muai skit makan nyer kan.
    berkumpul ramai2. best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Aida, buat sendiri lagi puashati makan. Nak letak apa, nak pedas macam mana semuanya boleh adjust sendiri hehehe

      Delete
  11. YaAllah, terliur kita dibuatnya sis. boleh mengidam kita macam ni tau. btw teringin sangat nk lepak or travel dgn sis mesti meriah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...gitu laaa kalau dah memasing berkumpul Madi..
      Jom Madi kita plan travel sesama...

      Delete
  12. alhamdulillah best, meriah suasana ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Umi, meriah sangat..bukan senang nak kumpul sesama gini..

      Delete
  13. Best sesekali berkumpul makan2 dengan adik beradik. kitorang pun selalu buat, tapi biasanya tak complete pun semua org sebab adik beradik kitorang ramai & duduk di pelbagai negeri. Nak kumpul semua sekali payah sket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kann, susah nak cukup semua, kadang dah cukup semua, ada je yang takdenya hahahaa time raya pun kadang susah gak kann..

      Delete
  14. Udang tu besar betul. Mmg nampak meriah walaupun sambutannya sederhana. Seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah tahan besarnya Ayu, sekilo RM34 hengget..janji semua happoy dan cukup makan..

      Delete
  15. Memang seronok dapat berkumpul buat makan2 dgn family! Happy birthday yg ke 63 emak sis Lin❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee sesekali jumpa kumpul begini memang happening..makaseh dear..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!