RESEPI HOMEMADE ODEN FAMILY MART

RESEPI HOMEMADE ODEN FAMILY MART | Iyerrr Oden yang duk sakan korang suka sangat makan kalau ke Family Mart tu, tapi ni buat aje sendiri, puashati makan, dari ko beli tu, mahai oii secucuk. Bukan berkira, tapi nak bayar kenalah kira berapa banyak cucuknya hahahaha. 

Asal usul sebenarnya Oden .

Oden (ใŠใงใ‚“) merupakan sejenis makanan musim sejuk masyarakat Jepun yang terdiri daripada bahan-bahan seperti telur rebus, lobak daikon, konnyaku dan kek ikan yang diproses dan distew dalam sup soya dashi yang ringan. Bahan-bahan adalah berbeza mengikut kawasan dan kediaman. Karashi (Mustard Jeoun) seringkali digunakan sebagai bahan perasa.

Oden sebenarnya berasal daripada misodengaku atau hanya digelar dengaku; konnyaku atau tauhu direbus dan dimakan bersama miso. Kemudiannya, dengan menggantikan miso, bahan-bahan tersebut dimasak di dalam dashi dan oden menjadi terkenal.

Tidak seperti kebanyakan makanan semangkuk yang lain, bahan-bahan oden boleh ditambah pada bila-bila masa. Oden selalunya dijual di gerai-gerai mobil di Jepun, dan boleh juga didapati di kedai runcit yang diletakkan di dalam bekas-bekas mereneh pada musim sejuk. Terdapat banyak jenis oden yang dijual, di mana pilihan oden yang terdiri daripada satu jenis bahan dijual pada harga serendah 50 yen.

Dan kini mula viral di Malaysia di kesemua kedai Family Mart dan juga Jusco AEON .


Resepi Oden Family Mart 

Sebenarnya Sis pun tak tau dari mana datangnya resepi Oden versi Malaysia ni, dah banyak sangat yang share, tak tau mana sumber asal yang pertama cuba. Tapi sebab dah viral, so Sis ko pun nak cuba jugalah. 

Seperti dalam gambar tu, yerr tu je bahan kuahnya.
2 paket perencah asam pedas Adabi dan juga 4 sudu besar pes tomyam . 

Pes tomyam tu ramai yang share guna brand Adabi juga, tapi sebab kat rumah ada pes tomyam, so Sis takdelah beli, guna aje mana yang ada di rumah. 


Bahan-bahan Resepi Oden Family Mart 

Bahan-bahan untuk isi Oden Sis guna aje paket steamboat yang jual di supermarket tu. Dalam paket tu semua ada siap. So tak payah pening nak cari satu-satu. Tapi Sis tambah juga fishcake dan juga fishbal, nak bagi meriah seperiuk hehehe. 

Lain-lain ada juga cendawan 2 warna, isi ketam dan juga brocoli. Ini pun cuma tambahan. Bahan semua tu ikutlah suka memasing nak letak dan tambah apa, Nak letak seafood pun bolehlah. hahahaha. 

Dan nak makan dengan mee/meggi pun boleh juga. 


Dan semestinyalah bahan utamanya, periuk dan dapur steamboat untuk memasaknya. 

Kebetulan memang Sis ada periuk dan dapur elektrik tu, tak silap hadiah Suami lucky draw dulu. Tu yang kadang Sis ko anak beranak rajin masak steamboat sebab ada dapurnya hehehe. 

Nak masaknya pun senang. Korang just bukak dapur elektrik tu, tekan menu steamboat, dan masukkan air dan semua pes. Kemudian biarkan dahulu sampai mendidih. Bila dah mendidih, masukkan semua bahan yang korang nak makan. Jangan masuk semua, just masuk dan masak yang mana korang nak makan aje dulu. 

Sebab apa, nanti kalau masuk semua kembang lee semua bahan, bila dah kembang, haaa ko pun taknak makan kan, sebab terasa diri pun kembang macam tu hahahaha..


Bila dah masuk, tunggu mendidih dan bahan masak. 

Oh ya, untuk kuahnya Sis takde tambah bahan perasa dan garam, sebab rasa dia dah okay. Untuk tekak korang tak taulah. 

Bila dah masak, dah boleh makan, dan korang turunkan api perlahan, sebab kuah dah panas, so bila nak makan just masukkan aje bahan-bahan. 

Seronok tau makan steamboat ni kalau ramai-ramai, sambil masak sambil berborak. Memang masa Sis buat ni, Sunah, Ain dan Suzlin pun ada sekali. So memang enjoy laa makan. Licin habis semuanya. 

So korang kalau nak cuba, silalah. Senang dan mudah. 

Kalau takde dapur tu, korang masak aje dalam periuk, dan masuk semua bahan, kemudian makan sekali jalan hehehehe. Pun boleh. 

Okay next time nak try buat shellout sendiri pulak, belum pernah try lagi. Nantikan ya.

OkBai..Jom dolan-dolan cari cendol. 






P/S: Hajat hati nak nengok Misteri De'laila, tapi banyak sangat review sana sini, veri 1 laa versi 2 laa, so takpe, kita tunggu je versi Astro hahahahaha. ๐Ÿ˜œ . #SisBukanKakiWayang 


RESEPI HOMEMADE ODEN FAMILY MART RESEPI HOMEMADE ODEN FAMILY MART Reviewed by Sis Lin on Sunday, February 24, 2019 Rating: 5

12 comments:

  1. Replies
    1. Yer sedap, buat sendiri lagi puashati Cik @Nor ..

      Delete
  2. ha jap lagi sampai bawak mangkuk tingkat ea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha dah licin dah oii @Julia hahahaha

      Delete
  3. Hahaha. . Terbaik tggu versi astto. Oden ni samalah mcm steamboat, yong taufu tu sume kan. . Tak pnh try la klu yg nakanya oden

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn banyak beno versinya Kak @Seri hehehe..
      Iyer macam steamboat tapi versi Malaysia, kalau kat Jepun, memang bukan macam steamboat hehehehe

      Delete
  4. Assalamualaikum lin...mmg best kalau mkn ramai2 kat rumah ni,sambil mkn leh bersembang2...bahan2nya lebih kurang mcm buat steamboat juga yer lin...kalau nak masak shellout pun best juga tu lin...lama juga mama dah x buat shellout ni,kalau anak2 ada semuanya nanti boleh juga buat lagi...

    P/s http://maszull.blogspot.com/2017/01/bershell-out-kita.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull..
      Yer Maa, makan reramai best sangat. Puas makan buat sendiri.
      Nanti bolehlah try shellout macam Mama plak ...

      Delete
  5. kalau makan reramai memang syok ni..kita dua ketul je kat rumah..next bergathering ngn adik beradik boleh la buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr @Rohaida..makan ramai-ramai baru syokkk...

      Delete
  6. jom la tengokkkkkk misteri dilaila versi 1 pulakkk..tapi kat bukit indah...hahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.