NASI LEMAK SOTONG DI PEKAN PAHANG RM15, MAHAL TAPI SEDAP!

NASI LEMAK SOTONG DI PEKAN PAHANG RM15, MAHAL TAPI SEDAP! | Pernah makan? Pekan Pahang, di tepi sungai yang ada tempat park bot-bot orang nak pergi memancing tu. Betul-betul depan pam-pam minyak tepi jalan. Kalau tak pernah cuba, haaa Sis rekemen silalah cuba. 

Tapi situ ada banyak kedai. Yang Sis makan ni, kedainya betul-betul sebelah tepi sungai yang ada bot tu. Kalau korang park kereta kat dataran tu, so korang kena jalan ke depan sana, dan kedainya ada tepi sungai yang ada bot tu. Haaa faham tak? Kalau tak faham, pergi dulu, nanti sampais ana mesti faham hehehehe. 

Semalam waktu balik dari Paka, dan usai solat maghrib di Pekan Pahang, Suami ajak makan dulu, Sis on aje. Memang biasa, kami berdua akan makan di tepi sungai ni, sebab kalau malam, dapatlah lihat bit-bot besar dan kecik park situ. Nasib kalau ada baik (macam semalam), dapatlah tengok orang baru balik memancing dan punggah ikan. Tang ni Suami memang sukalah dia. Sampai tinggalkan nasi lemak dia kejap, dan pergi ke bot tengok hasil tangkapan mereka. 

Sis? Duduk je mencekik sampai habis hahaha. Syhhh ada gak 'mencuri' seketul dua sotong Suami kat pinggan dia hahahaha. 


RM15 di kira mahal, tapi bila dah rasa, puashati makan! Sedap..

Bergulung-gulung isi sotong tu kan, geramm pulak kita nengok hahahaha.
Tapi memang sedap! Serius cakap. Baik nasinya, sambalnya dan semestinya sotongnya. Sepinggan rm15 sahaja. Mahal tapi puas makan. Siap ada papadom lagi. 

Kedai makannya pun ada jual menu lain. Nasi ayam penyet ada, goreng-goreng panas ada, dan juga minuman panas dan sejuk. Servis pun cepat. Yang Sis suka, sotong gorengnya tu kurang minyak, jadi nak makan tu rasa kering je, terasa sotong dan tepungnya. Ada sesetengah tu, berminyak tang tepung tu, hilang rasa sotong, sebab tebal tepung aje. Betul tak? 

Ini kali ke-3 makan nasi lemak sotong ni, cuma baru kali ni dapat amik gambar sebab duduk tepi sungai dan di bawah cahaya lampu, kalau tak, sebelum ni, amik gambar, gelap gulita, macam makan kat gua hahahaha. Ni pun Suami yang tegur 'Amik gambar, tunjuk kat adik (anak Sis,Yana)' hahahaha.

Macam biasa air kopiO tetap menjadi pujaan hatiku. Buat hilang mengantuk tika drive dari Paka ke Jb. Alhamdulilah selamat sampai tengah malam tadi dan Suami pun terus pergi memancing malam tadi overnight. Dapat ikan besau ko. Nanti Sis tunjuk hahahaha.

OkBai. Nak kemas dapur jap. Baru siap masak.







P/S: Dah masak dah siap semua kerja rumah. Suami masih tidur, so jomlah kita blog walking hehehehe..


16 comments:

  1. Kita salu singgah Pekan utk makan cendol h mee mamak tu je. Pekan ni antara tmpat yg mknnnya mahal, pnah sekali benti makan capati cicah keema piring kecik punyalah mahal tak sedap plak tu. Kalu yg sis makan ni mahal logik jugak sebab sotong kan, mmg bergulung2 tu isinya. Rm15 klu sedap mmg berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Kak @Seri, daerah Pekan ni memang mahal semuanya, tapi yang nasi lemak sotong ni memang rekemen. Mahai tapi sedap! Sotong dia besar ...

      Delete
    2. Sis... kedai tu kt mana?? Nk try la..

      Delete
    3. Ada seperti yang Sis bagitau tu dalam post tu..kedainya di Pekan, berdekatan dengan tepi laut park bot dan berdepan dengan stesen-stesen minyak Pekan ..

      Delete
  2. terliur plak SA ha...x pnh sampai lg area tu sis...RM15 tu kira murah tu sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyeee @Suria, one day nanti boleh try kalau ada ke sana..mahai tapis edap..

      Delete
  3. serius bergulung-gulung sotong tu..hahhahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, sotong sana besau-besau @Sunah..puashati makan walaupun rm15 henggett..

      Delete
  4. Kalau mahal sedap berbaloi sis. ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul @Farah ..berbaloi, puashati dan kenyang makan hehehe

      Delete
  5. oooi ni i is tergoda ni menu2 cemni. sanggop bayar mahai kalo sedap xpaaa xde complain. dapnyee nampak !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Siti, bayar mahal takpe janji puashati dan berbaloi dengan apa yang kita bayar...kannn

      Delete
  6. melaparkan sungguh..ehh sis dah mcm buat magic kejap sana kekap sini hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha macam biskut kann @Hernee, kejap ada kejap ilekkk hahahaha

      Delete
  7. pehhhhhhhhhhhh wpun harga diaa.... tapii memang nampak menyelerakan betulllll...kak sunah , faraaa dina jommmm.hahhahahahaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ajommm kita pergi jommm @Farahain...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.