SEDAP CORNER NAMA KEDAINYA, MASAALAHNYA SEDAP KE ?

SEDAP CORNER NAMANYA, MASAALAHNYA SEDAP KE ? | Selalu pertanyaan Sis akan bermain dalam otak kalau ada nama kedai restoran namanya sebegini. Nama sedap corner, masaalahnya sedap ke? Hehehehe. 

Ya memang sedap! . Jujur ...memang sedap!

Seiring dengan namanya, makanya semua menu yang sebelum ni dan semalam Sis makan, semuanya sedap. Anak pun kata sedap. Sebelum ni makan dengan Suami pun, dia kata sedap juga. Jadi sesuailah namanya tu Sedap Corner 👍 

Semalam anak kurang sihat, dah 2 hari tak bekerja, dan kebetulan juga semalam Sis nak ke KPJ Abu Samad beli ubat Ayahnya, jadi anak ajak sekali keluar jalan-jalan cari makan. Kami berdua ke KPJ dulu, settle urusan ubat, perut pun lapar, dan malas nak cari jejauh kedai makan, terus aje singgah di Sedap Corner tepi jalan belakang Thistle Hotel tu. 


Terima kasih anak, belanja Emak .

Masa kami sampai, ramai orang, penuh juga semua sudut, sebab time lunch kan. Belek punya belek menu, Sis makan mee hoon goreng set bersama dengan ayam goreng . Anak Sis makan Nasi putih set bersama asam pedas ikan. Order side menu, tahu seafood goreng.

Minuman pula, teh ais limau dan juga caffee latte. 


Mee Hoon Goreng + Ayam Goreng 

Yaaa sedap! Memang sedap! Mee hoon gorengnya terasa sangat udang keringnya, di sertakan sekali tomato, timun dan juga papadom. Ayam goreng pulak, kemain besau seketul. Anak pun tegur 'besarnya ayam' hehehehe. Sedap ayamnya, goreng garing berempah, bukan ayam goreng biasa tu. 

Boleh cuba. Harganya....ermm Sis ko dah lupa hahahaha..


Dan menu anak Sis, nasi putih set bersama asam pedas ikan. 

Ikan tu ikan siakap. Rasa asam pedas dia sedap uii. Bukanlah tahap sedap sangat sampai kalah masakan Emak Sis, tapi sedap dia tu, rasalah asam pedas, bukan rasa asam rebus hehehe. 

Kuahnya pekat, ada bendi dan tomato. Nasi pula set sekali dengan timun, tomato dan juga papadom.Nasinya pun lembut, tidak kering. 

Harga dia? Ermmm lupalah sebab resit dalam bag dah buang hahahaha. 

Apa-apa pun semua menunya pun semua sedap. Sebelum-sebelum ni pun dah datang banyak kali makan di Sedap Corner, makan menu lain, pun sedap juga. Kena le dengan nama kedainya tu Sedap Corner. Tapi tu tekak Sis, tekak korang Sis tak tau ler yer. 

Ada banyak cawangan Sedap Corner ni, korang bolehlah mencubanya. 
Dan yang bestnya korang try cendol dia, mabelesss..
Semalam tak order cendol, kang kena bebel dengan anak 'Mak ni asyik minum manis aje', haaa tak ke perit dengok telinga..huhuhu 

Lepas ni Sis kalau datang makan lagi di sini, nak try menu western dia pulak. 
Nak tengok sedap ke tak sedap heheheh. 

Okay stop dulu, nak bersiap-siap, kang nak pi openhouse CNY di Regency dan ada appoinment di sana. Sambung lagi nanti ya . 
OkBai !







P/S: Tekak harini sangat-sangat terasa nak makan Cheesecake, apakah kena mencarinya nanti? Mana lagi kalau tidak Moonlight. Jommmm! 


SEDAP CORNER NAMA KEDAINYA, MASAALAHNYA SEDAP KE ? SEDAP CORNER NAMA KEDAINYA, MASAALAHNYA SEDAP KE ? Reviewed by Sis Lin on Thursday, February 14, 2019 Rating: 5

18 comments:

  1. sedapnya asam pedas. pebret tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup sedap asam pedasnya @Eeca, rasa asam pedas..

      Delete
  2. Assalamualaikum lin...sedap kena ckp sedap jugakan...bila sedap boleh dtg lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull. Ye Mama, sedap tu maksud, menu dan makanannya semua ada rasa dan berbaloi. Memang kalau sedap, akan datang banyak kalilah ..

      Delete
  3. Kita dah lama giler tak makan kat SC ni. . Dulu masa dia kat Danga City Mall adalah jugak singgah sbb nak cuci kete, smbil tggu kete siap smbil makan, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang Danga tu dah takde dah Kak @Seri, sebab Danga tu pun dah tutup kan. kalau yang ini besau kedainyaaa..

      Delete
  4. Macam pernah pergi tapi macam ada cawangan lain ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Tuan Haji @Yazid, ada banyak cawangan dia kat Johor ni. Yang Saya makan ni kat belakang Thistle tu ...

      Delete
  5. ku ingatkan nasi .rupanya mee...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha mee hoon goreng @Rohaida hahahaha

      Delete
  6. wow...nampak sedap ni..wajib cuba lepas ni..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus pergi @Mama3D, jangan lupa minum cendolnya hehehehe

      Delete
  7. Kita suka lauk sweet n sour dia and carrot cake dia.. :D Tapi memang makanan kat sedap corner almost semua kat situ sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sweet Sour tu masa dengan Suami Sis, anak saudara KL tu makan, sedap juga katanya @Farah. Nasi lemak dan soto dia pun sedap..

      Delete
  8. lama x gi sedap corner. feveret menu kita.. beef kue tiaw.. yumssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha engko sama dengan adik Sis laaa @Hernee hehehe

      Delete
  9. sedap corner ni kita selalu buru mochi dia je..hihihihi..pernah gak makan meal berat2 tapi tak ingat dah rasa macam mana..kalo ingat nanti boleh rekemen kat sis..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time kita pergi je sesama okay @Sunah ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.