PENING KEPALA HARI-HARI FIKIR NAK MASAK APA

PENING KEPALA HARI-HARI FIKIR NAK MASAK APA | Iyaaalah kepala ada juga pening hari-hari mau fikir mau masak apa lor. Walaupun lauk ada, tapi otak ni belum berhubung lagi mau masak apa, makanya engko nengok ajelah ikan di dalam sinki tu hahaha.

Curi masa sekejap menaip update blog ni, sekejap lagi mau keluar merambu jalan-jalan makan angin, dengan siapa? sorang ajelah, anak-anak? memasing bizi dengan hal memasing. Suami? Dah mula bekerja dah. Kebetulan harini nak hantar anak ke studio so Sis amik peluang keluar sekali berjalan. 

Surirumah ni bagi duduk 3 hari je kat rumah, lepas tu dah macam cacing kepanasan kalau tak dapat keluar hahahaha. *itu Sis ko laa*. Ada orang mungkin suka duduk rumah, dan mungkin, susah nak bergerak atau mungkin juga, takde sapa nak bawak atau tak tau memandu. Biasanya itulah sebabnya. 

Alaaa buat apa nak pening head laaa, duduk rumah pun seronok, macam-macam boleh buat. Sis ko surirumah dah 25tahun, dulu duduk rumah aje jaga anak, urus anak, semua buat sendiri, baru ni la anak-anak dah besar, belajar luar dan ada yang dah bekerja, so barulah ada 'Me Time' untuk diiri sendiri. 

Duduk rumah masak dan makan ..dah tu tido, takde sapa nak marah. Jimat pun jimat. Kalau dah keluar kang, niat nak beli hanger masuk ke 2N, sekali kang nampak watson, ko masuk, habis kopak duit hahahaha. Kalau bawak anak, haaa nampak jajan telur tu, aje gile membayo, 4 anak? dekat doploh hengget okay, hanya dek sebiji jajan telur ntah apa-apa jadah tu. 

Kenapa ek mahai kedaung jajan telur Kinder B.....ntah apa la namaya ntah...


Muffin seketul rm6.90 hahahaha

Makanya harini hantar anak, lepas tu nak santai-santai, jalan-jalan cari makan, mencari ilham, minum kopi, sambil makan kek RV (mesti korang tau Sis nak lepak makan mana kan), nikmatnya kan hahahaha. Kerja rumah dah siap, Tinggal kain baju aje nak melipat erghhhh stress nengoknya ๐Ÿ˜ฃ .

Apa nak buat, kerja rumah ni memang tak pernahnya habis. Selagi celik mata, ada je kerja yang nak di buat. Cuba tutup mata, berdengkur terus hahahaha.

Okaylah.. Dari pening fikir nak masak apa, simpan baliklah ikan dalam peti ais, dan kita mencekik kat luar aje la harini hahahaha. Lagipun harini anak semua takde, so kita makan untuk diri kita aje laa. Dont peming-pening. Enjoy your day ๐Ÿ˜ .

OkBai..nak bersiap..







P/S: Sebelum keluar, niat nak pergi potong rambut dan syampoo rambut (bestnya urut-urut kepala), so kita tengok, Sis buat ke tak hahahahaha. Kang kelain pulak buatnya hahaha :p


4 comments:

  1. banyak betul aktiviti tu, akhirnya da melencong jauh dari nak masak...hahahah..enjoyyyy your day sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha aktiviti makan sesajerr @Sunah..rezeki plak harini orang belanje makan walaupun bukan review hehehehe

      Delete
  2. HAHAAHHAAA..kenapaa ain bacaaaa macamm tengahh dengar sis tengah bercakappp....ain pun tak suka duduk rumah... kalau boleh nak selalu berjalan keluar....kalau duduk rumah haaa gitu ler jadinya , tido nengok Youtube gelak sorang2...makan mencekik..hahhaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha bagus, baca dengan penuh perasaan namanya @Farahain hahahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.