HASIL MEMANCING, SUAMI DAPAT IKAN SIAKAP SEBERAT 7.70 KILO

HASIL MEMANCING, SUAMI DAPAT IKAN SIAKAP SEBERAT 7.70KG | Alhamdulilah. Balik dari Paka kelmarin, sampai Johor jam 1am, terus Suami kata nak pergi kolamlah mancing, nak tengok ramai ke tidak, sebabnya betul-betul malam raya cina. Atau takut kolam tutup. Masuk aje rumah, terus bergegas prepare semua barang pancing dia, dalam hati Sis tak penat dan mengantuk agaknya, tapi...ermmm mananya penat, sepanjang jalan tidur, Sis ko yang drive oiii..hampeh! Hahaha..

Okaylah, kasi 'can' kali ni, pergilah mancing, sambil bacakan doa, moga balik dapat bawak ikan besar. Tersenyum Suami hahahaha. Suami ajak ikut sekali, tapi malaslah pulak, so dia pergi jelah sorang. Mata Sis pulak tak boleh nak tidur, terkebil-kebil bijik mata. Mesej Suami, buka ke tak kolam, kata dia buka, so dah selamat le campak joran dalam kolam. Akhirnya mata terlelap, dalam jam 5.30am Suami hantar gambar. makk aii kus semangattt besaunyaaaa ikan. Tebeliak kejap mata nengok. 

Jam 8am lebih Suami sampai rumah, keluarkan barang semua, dan di tunjuknya ikannya. Gulp! Besar ya rabbi ko. Ikan siakap, seberat 7.70kg, tak ke besau. Terus duk fikir nak memotongnya. Erkkk..


Tengok tu, besar ke tak besar hahahaha. Berat 7.70kg wuuu..
Kalau nak menyiang sendiri, memang idok lerr, parang tu ada, tapi uishhh tak de maknanya, kang habis semua jejari Sis ko luka dan sopek duk kerjakan ikan ni, so marilah kita hantar ke kedai aje. 

Suami hulur rm50, dia pun kata penat, nak tidur dulu, Sis terus bawa ikan tu ke kedai belakang rumah.  


Nasib juga kedai belakang rumah ni buka dan dia boleh tolong potong, sebab tak ramai pelanggan, so terus je dia nyiang. Semua kat kedai duk nengok dan bertanya hahaha. Satu kerja Sis ko nak menjawab semua pertanyaan. Hahahaha.. 

Proses pertama kenalah buang semua sisiknya dulu. Dia punya sisik je sebesar duit syiling 50sen, besau gile. 


Dah siap bersih sisiknya, mulalah di kelar-kelar ikut saiz. Nak besar ke nak kecik ke. Sis suruh dia potong sederhana aje. Tu pun nampak besar juga erkkk..

Sambil dalam kepala, duk fikir menu-menu yang akan dan bakal di masak hahahaha. Lomak cili api sudah tentu hehehe. 


Satu persatu isinya di kerat menjadi bahagian kecil. Dah kerat sepotong, dikeratnya pula tengah, sebab besar sangat. Jadi sekeping bahagi 2. Dah bertambah banyak jadi ikannya hahahaha. 

Segar fresh ikannya. Geram nengok. Rezeki juga seorang makcik tu, Sis bagikan dia 4keping isi ikan tu, sebabnya tak sampai hati terdengar dia tanya pada budak kedai tu, berapa sekilo isi ikannya, siap kata nak masak kari,sedap. Lalu Sis bungkuskan dia 4 keping dan bagi aje padanya. Berkali-kali ucap terima kasih. Rezeki dia. 


Mulanya Sis kata pada budak tu, 'Kepala ikan tu awak amiklah, Akak taknak', sekali budak tu jawab 'Kak, amik Kak kepalanya, nanti saya potongkan kecil-kecil, Akak masak sup ke kari ke, sedap' . Erkk memang sedap, tapi biasanya besar sangat kepala tu, jadi susah nak masak seketul. 

Tapi memang budak ni pandai potonglah, habis kepala ikan tu yang besar, di potong kecil-kecil, jadi mudah nak masak lepas ni. Memang biasa potomg ikan budak ni. Terror beno. Dah senang kerja Akak dik.

Bayar upah nyiang ikan tu sedekah rm20. Budak tu kata bagi jelah berapa-berapa Kak .. :)
Rezeki ko la dik..baki rm30 tu Sis simpan, rezeki ko la Sis hahahaha...syyhhhhhh


Siap sudah potong ikannya. Tengok tu, itu hanya separuh saja dari sekeping badan ikan yang di kerat, jadi korang bayangkanlah betapa besarnya ikan tu sekeping hahahaha. Sebesar tapak tangan Sis kan. hehehe. 

Alhamdulilah rezeki dari Allah, makanlah ko menu ikan memanjang sepanjang bulan Feb ni hahahaha. Dan semalam juga sudah Sis masakkan Suami ikannya. Sangat sedap okay!.


Ikan Siakap Bakar masak Sambal Hijau. 

Tengok aje dah sedapkan, apalagi memakannya hahahaha. Suami yang tidur sampai terjaga dek sebab terbau tumisan sambal tu, terus turun menuju ke dapur hahahaa. Isi dia lembut, fresh dan tidak keras. Ada orang kata, ikan kalau besar isinya keras, yang ini tidak, lembut sangat isinya.

Yer ikan kolam, tapi rasa dia okay aje. kami anak beranak makan tak memilih, makan apa yang ada, ikan kolam ke laut ke, pasar ke, bagi kami anak beranak sama je, bersyukurlah masih ada makanan yang nak di makan. Jangan merungut walaupun hari-hari makan ikan hahahahah. 

Ada yang suka memancing ke? Kalau di Johor, boleh la cuba memancing di sini, Suami memang suka memancing di sini. Harga pun murah dan kadang ada jackpot katanya hahaha. 

Bukan main muka Suami masuk dalam page hahahaha. 
Okay cukup dulu, nak settlekan kerja rumah dulu, nanti Sis sambung lagi yer. Harini Sis oFF memasak, harini tumpang dapur orang hahahaha. :p
OkBai. 







P/S: Hari-hari makan limau, perut rasa lapang je, banyak ruang kosong hahahaha. Korang suka ke tak makan limau? *limau apa? limau raya cina lerr..

14 comments:

  1. makkkk oiii kemain besarrrr kauuu ikan nyaaaaaaa.... ๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, apalagi meh la datang sini makan dan masak-masak @Farahain hehehe

      Delete
  2. Beso betul ikannya tu sis, ingatkan menu pertamanya asam pedas, tersasar terkaan kuuu..

    Pak Inche tak pandai mancing, sauk kat kedai pandai laa. . Hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sebab ada Suami, dia tak berapa sangat dengan asam pedas, dia lebih suka masak cili macamtu Kak @Seeri, so ku cilikan dia hahahaha

      Delete
  3. Assalamualaikum lin..rezeki tu lin ,dpt ikan beso...mmg puas la mkn ikan kali ni yer lin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull..Ye Maaa, rezeki, tak kisah datang dari mana pun..puas le makannya...

      Delete
  4. Besar gilaaaaaa oiii!

    Sedapnyaaaa siakap masam manis, siakap 3 rasa, siakap stim limau, siakap goreng, siakap...siakap...siakap...hahhahahaha abis aku senaraikan senarai menu untuk sis sebulan ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sebulan makan ikan aje, terlebih protein le gamaknyaaa @Sunah hahaha

      Delete
  5. mak aiiii besarnya kak...Abah SA pun pernah dapat ikan besar macam tu..memang penuh fridge dgn stok dia je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Suria, besau, terkejut kita heheheh..nasib kedai boleh nyiang...

      Delete
  6. Besar gilerr ikan tu sis.. puas la makan ikan saje bulan ni.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, kalau jiran sebelah, kita dah bagi dah juga sikit @Dilah heheheh

      Delete
  7. wow...besar yakmat...sebulan boleh makan ikan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyooo besau gilee @Rohaida, makan sebulan ke gamaknya tu ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.