DAH MASUK TENGAH HARI TAPI MASIH PENING FIKIR NAK MASAK APA, HURMMM ..

DAH MASUK TENGAH HARI TAPI MASIH FIKIR NAK MASAK APA, HURMMM .. | Duduk termenung ke tu Kak oi, masih fikir nak masak apa ke? Hahahaha aishhh tiap kali kalau nak masak, macam gini le jadinya, pening head nak fikir nak masak menu apa. Padahal bukanlah ada ramai sangat dalam rumah, beli atau masak sejenis pun dah boleh settle. 

Tetapi sebab tekak Sis ko ini hari nak makan menu antara daging atau ikan, so makanya kenalah masak. Daging dan ikan ada dah di keluarkan dari peti ais tu. Sebenonya, bukan rajin sangat nak masak harini tapi sebab nak makan air tangan sendiri, jadinya kenalah masak walaupun lambat hahahaha. Bila kau dapat masak, rasa puas gilerr, makan berulang-ulang bertambah-tambah gitu. Kalau ko beli, sebungkus dah habis, ko jilatlah jari ko. Hehehe

Harini rasa free masa banyak sikit, kerja rumah dah settle, depan, belakang, atas semua dah settle! walaupun hujung minggu Sabtu haritu rasa stress giler di sebabkan elektrik rumah ada masaalah. Kena panggil orang wirering datang buat wirering baru, jadi stress. Suami pun sampai bosan menunggu kat rumah aje, dia terkilan sebab dah berjanji dengan Sis nak bawa makan mee udang, tapi sebab menunggu orang wirering siap, jadi tergendala semuanya. 

Dari pagi sampai ke petang baru siap. Masa habis menunggu di rumah katanya. Takpelah, next time kita pergi ye Suamiku. Berkali-kali dia minta maaf, takut Isterinya merajuk hahahaha. Tapi kita faham, takde rezeki namanya. Cuma nampaklah muka terkilan dia tu. Asyiklah pandang muka Sis dalam keadaan serba salah 😥 .

Harini kita masak ajelah ikan bakar cecah sambal asam. Memang nak makan sangat menu tu. Sekejap lagi kita masak yer. Nasi dah siap masak dah tu. Sayur pun semua dah siap bahan, tinggal nak tumis masak aje. Sayur kacang goreng aje dah. 

Korang masak apa? Ada tu pepagi dah siap masak kan, bagus, terus makan tengah hari, dah siap semua dah boleh rehat dan tidur hehehehe. 

Okaylah jom laaa kita siap sedia, kejap lagi Zuhur, selesai Zuhur baru nak masak. Jomm kita..

OkBai, sambung nanti ya..


Ini dia mee udang yang Suami janji nak bawak tu. 
Di mana? Boleh baca di SINI 







P/S: Macam nak buat bubur som som petang nanti, sedapnyaa lahai..*kalau ngajin hahahaha..


10 comments:

  1. Oh tidakkkkk...kenapa terpandang mee udang tu...sis bagi idea nak masak apa untuk bekal pi office esok..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha mee udang sebagai penarik mood kalau tak tau nak masak apa @Suria hahahaha

      Delete
  2. saya kalau balik kg kna mask sblm zohor sbb lpssolat zohor ayah balik nak makan..hehe..sdapnya mee udang tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnyaaa Cik @Nor..yee mee udang tu memang sedap!

      Delete
  3. macam-macam ada dalam kepala otak..nak buatnya tu yang malas .amik masa weh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha samalah aku, tapi tak taulah nak mulakan yang mana dulu @Rohaida ...

      Delete
  4. dengan kite2 pon pening head nak masak apeeeee..tapiii nak habiskan stok daun limau purut dengan seraiii lalu kite masakk jelahhhh tomyamm kapkumpkap yer..hhahahahahha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha masak tomyam le paling sonang @Farahain, campak je semua hehehehe

      Delete
  5. semalam bangun lewat lepas hantar adik ke airport..jadi bangun2 tu masak megi je..hahahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maggi pun sedap, pecah telur goyang @Sunah ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.