NASI KERABU DAN IKAN PATIN GULAI TEMPOYAK DI RNR PAGOH SANGAT SEDAP!

NASI KERABU DAN IKAN PATIN GULAI TEMPOYAK DI RNR PAGOH SANGAT SEDAP! | Oh ada satu lagi, asam pedas ikan pari, pun sedap! Yaa, di RnR Pagoh. Jumaat lepas Sis sekeluarga pergi bercuti, dan dari Johor, Sis drive dan terus menuju ke destinasi. Memang kami semua tak sarapan pada pagi tu, memasing bangun awal, dan menunggu Ayahnya settle urusan di tempat kerja sekejap, barulah kami gerak. Tu yang memasing taknak makan dulu, tapi membuta semua tidur. Sis ko je melayan perasaan stering kete hehehe.

Suami macam biasa, kerja ke tak kerja ke, bunyi handphone tu sentiasa tak putus dengan call. Makanyalah sebab itu Sis lebih suka drive, so tenang sikit nak memandu dan untuk mengelak tidak membahayakan pemanduan jika Suami drive dan guna handphone. 
Sebenonya Sis memang suka drive hehehe. Otak berhubung dan macam-macam boleh fikir ketika memandu. korang sama macam Sis? 

Berbalik pada tajuk, di sebabkan semua tak bersarapan, jadi Suami kata kita stop di RnR Pagoh aje la, makan tengah hari terus. Kami yang lain ON aje. Sesampai di RnR, orang boleh dikatakan ramai juga. Maklum semua dah mula bercuti dan nak balik kampung kan. Yang pelik, melayu je ramai, orang cina tak nampak ramai pun, so siapa yang nak balik raya ni sebenonya hahahaha
 *termasuk Sis ko :p


Tengok, nampak sedapkan? Tapi memang sedap. Cuma terkilan pulak, lupa nak amik gambar gerai makannya. Maaf ya. Tapi Sis boleh bagitau yang mana satu. Korang kalau dari escalator bawah tu, naik atas then belok ke kiri, kedainya betul-betul sebelah selang satu kedai dengan tempat sinki cuci tangan tu jer. Ada banting banner tulis menu nasi kerabu, dan juga set nasi gulai tempoyak patin tu. 

Sampai aje, Sis cari tempat duduk, terus duduk, anak dan Suami yang pergi orderkan makan (memang selalu macamtu). Mata dah nampak dah nasi kerabu tu, jadi bagitau anak 'Mak nak nasi kerabu'. Tapi tak sangka pulak anak orderkan sekali ikan patin tempoyak tu, dia memang tau emaknya suka makan gulai tempoyak. Bila sampai ke meja, wowww meriahnya nasi kerabu dia. Rasa pun sedap, begitu juga dengan gulai tempoyak tu, sedap!!

Dan tanpa di duga, rupanya Suami pula orderkan Sis set nasi asam pedas ikan pari tu hahahaha. Suami tak cakap dia order, dah Sis ko dalam dilema nak makan yang mana satu hahahaha. Nasib baik Suami kata, takpe dia makan set asam pedas tu, sebab dia belum order makanan dia, so Suami suruh Sis makan nasi kerabu tu gan gulai tempoyak. Hehehehe selamat. Pun sedap weii asam pedas tu. Suami suka. Gerai asam pedas tu, selang satu kedai dengan gerai nasi kerabu tadi.

Jarang sekali makan kat RNR sedap, serius, sebelum ni Sis makan mesti tak habis, kali ni licin kami anak beranak makan. Alhamdulilah rezeki kami.

Korang kalau ada terlalu highway dan nak singgah makan, haa bolehlah cuba yaa. Pasti puashati. Ada juga menu lain di gerai tu, ikut suka hati koranglah nak makan apa.

okBai, nanti sambung lagi ya. Nak makan laksam ni Suami belikan hehehe.






P/S: Perjalanan kami dari Johor ke Sepang, alhamdulilah..lancar dan tidak ada sangkut jem . :) 


4 comments:

  1. meriah tgk nasi kerabu biru tu..:)

    ReplyDelete
  2. wow warna nasi tu biru menggoda..
    CT suka ikan patin tapi mak x.. tu jarang dapat makan patin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah uma kita @Siti, Sis sorang aje makan gulai tempoyak, sebab tu kalau jumpa kat luar, meroyan kejap nak makannya hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.