SATU KEGILAAN SIS KO SEKARANG, ASYIK BELI PINGGAN DI NINSO RM2.10

SATU KEGILAAN SIS KO SEKARANG, ASYIK BELI PINGGAN DI NINSO RM2.10 | Tau tak apa tu Ninso? Dah pergi? Yaaa dia macam kedai 2N dan Eco juga, semua barang yang di jual rm2.10. Ninso di tempat lain Sis tak tau, tapi Ninso yang kira dekatlah juga dengan Sis, hanya ada di hadapan Giant Plentong, dan tak lama lagi akan dibuka di Eco Tropics Kota Masai, lagi dekat hehehe.

Kalau dah dekat, siaplah, habislah Sis ko kejenya membeli pinggan aje hahaha. Sebenarnya bukanlah pengumpul pinggan mangkuk pun, pinggan yang sedia ada pun Emak Sis yang bagi tapi Sis suka sebab pinggan di Ninso ni plain color, dan simple. Lagi-lagi Sis kalau nampak pinggan warna putih, memanglah gerammm. 

Geram sebab apa tak tau, bila nampak pinggan warna putih, memang boleh gila nak membeli, kalau boleh nak borong semua design pinggan dia hahahaha tapi ada kang Suami membebel berbakul. Bukannya apa, nak letak mana dik oiii. Lemari semua dah full, tu pun ada certain dah susun tepi je tu atas dapur . 

Meh tengok pinggan putih apa yang Sis beli baru-baru ni.


Yang ni jenis mangkuk. Rumah ni macam kurang mangkuk, kalau nak makan megi ke atau lauk berkuah, habis segala mangkuk tupperware Emak dia, anak-anak keluarkan. Dan Sis plak, memang pantang kalau guna tupperware Sis buat makan harian hahahaha.

Jangan gelak, korang pun mesti sayang tupperware ko kan hahaha.


Isi rumah ni ada 5 orang, so Sis ko beli 5 mangkuk. Tak payah rebut, sorang satu pakai. kalau pecah, kita beli lagi hahahaha.

Puashati dapat beli mangkuk putih. Dari haritu pergi menahan nafsu, kali ni dapat beli hahahaha.


Yang ni pulak design macam ni, ada telinga kat tepi heheheh. Boleh buat pinggan hidang lauk. Kalau nak buat pinggan makan tak sesuai okay. 

Pinggan hidang lauk kalau warna putih ni, cantikkk. Sebab kalau letak je lauk dalam pinggan tu, meyerlah gitu lauk ko hahahaha. Nampak seksi kan..


Yang ni beli 5 juga tapi bukan sebab isi rumah ada 5 orang tapi kebiasaannya masak lauk hampir 5 jenis, so senang nak hidang sama warna pinggan semua hehehe. 

Haah rumah Sis ni kalau semua balik dan semua ada, kalau masak lauk memang macam-macam. Mana tak, yang sorang ni nak makan ni, yang sorang nak makan itu, so Emaknya masak aje semua. Sonang. 

Puashati Sis ko, dah dapat beli hehehe. 

Suami pun dah tau dah, Sis tunjuk gambar, dia nak cakap apa, Sis beli duit sendiri, bukan ribu-ribu hengget punnn hahaha. Tapi nanti nak minta claimlaa hahahaha. 

Yang belum pernah pergi, silalah pergi, pastikan bawa duit selebihnya bukan secukupnya ye hehehehe. 

Klik le AKU Sis Lin tu kalau nak tengok lagi gambar-gambar di NInso ya .. 
Okay nanti sambung lagi. Harini banyak kerja rumah nak settlekan. Nak cuci lantai luar yang penuh dedaun kering. Musim angin dah datang. 
Sambil tu nanti nak masak kari ikan versi mamak's .. 
Korang masak apa? ..
OkBai..
P/S: Bangun pagi ni nasib baik selimut tak hancur, manalah tau mimpi makan salmon INI haa hahahaha
SATU KEGILAAN SIS KO SEKARANG, ASYIK BELI PINGGAN DI NINSO RM2.10 SATU KEGILAAN SIS KO SEKARANG, ASYIK BELI PINGGAN DI NINSO RM2.10 Reviewed by Sis Lin on Saturday, February 16, 2019 Rating: 5

16 comments:

  1. Hahahaha ako pun skrg suka tgk brg2 mcm ni tp nK beli mmg xde la sbb nak letak kat mana dah kan.. lain klu ada umah sndri hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn sekali masuk, berpuluh-puluh hengget di bawa keluarnyaa @Retna hehehe

      Delete
  2. Allah sejenis geram tengok pingan mangkuk murah jugak hiii, tapi tahan napsuuu nak beli, nanti mak bebebllll samapai ke pagii parah telinga dok dengar :D .. murah gilerr, design pon lawaaaaa .tapi sini x de ninso tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan @Wani, Sis pun sama, geram nampak pinggan plain macam ni. Harga pun murah, menahan nafsu tapi akhirnya beli juga hehehe

      Delete
  3. cantik pulak pinggan bertelinga tu sis...buat makan pun boleh tu, makan megi goreng kongsi da orang...macam cite2 korea romantik gitu...wakakakkaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha apa yang ko meleret tu haaa @Sunah hahahaha

      Delete
  4. Allah, kalau sha masuk sini pun mesti tengok pinggan mangkuk hahaha jap nak search kat kedah ada ke tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Shafyqah, sepinggan rm2.10, gile tak beli hahahaha berdozen boleh rembat hahahaha

      Delete
  5. skrg masih blm ada simptom2 ni. taktaulah in future nanti hahaha blh jadi pinggan hoarder gak rasanya nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekekeke kumpul sikit-sikit @Eeca, nanti lama-lama lain pulak design yang datang hehehe

      Delete
  6. cantik la kak walaupun RM2.10..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn walaupun rm2.10 tapi design dia sangatlah simple and plain @Normi ...

      Delete
  7. Alamak, Sis Lin ni! Dia buat entri ni pulak. Habislah saya. Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tersampuk juga kee @Afzani hahahaha

      Delete
  8. Hari tu sempat beli sikit je sebab org berkerumun.. Tunggulah dah lega skit, baru nak pegi lagi.. Amik yg mangkuk tu je.. Anak pulak sbuk kt machine toy.. Tu yg nak memangkah ke sana klu dgn anak.. Umi xsempat nak jeling lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ko dah beli juga yer, macam-macam pinggan mangkuk ada kan @Rohaida. Sis ko pun ada target satu lagi ni nak beli heheheh.
      Bebudak memang terjah ke mesin tu aje huhuhu

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.