MAKAN MALAM DI RESTORAN TERAPUNG H.M SRI BAGAN, BAGAN LALANG

MAKAN MALAM DI RESTORAN TERAPUNG H.M SRI BAGAN, BAGAN LALANG | Bersambung dari entri Percutian Di Avani Goldcoast Sepang kelmarin, malamnya kami anak beranak sepakat (siap gugel) nak keluar makan seafood di kawasan luar dari Avani ni. Tak juah dari kawasan Avani, korang waze aje. 

Sebenarnya kalau korang malas nak keluar, dalam Avani ni ada dah restoran makannya. Ada menu steamboat dan juga menu buffet. Tapi harga macam biasalah, dah namanya resort mestilah harga up up. Pilihan di tangan korang, kalau jenis Sis berduit lebih, Sis makan je dalam Avani ni, hahahaha malas nak keluar-keluar cari makan, tapi... 'jauh perjalanan, luas pemandangan', tak gitu khennnn..


Kesayangan hamba, 'Tuhan jaga MEREKA untuk ku'..

Memasing dah stanby menunggu buggy/van datang pick-up untuk ke tempat parking. Yer kalau korang park di kawasan parking luar (bukan vallet), pihak resort ada sediakan buggy/van sewaktu datang dan balik untuk ke resort/tempat parking. So jangan risau takut kena jalan kaki yer. 

Anak-anak Sis memang semua hantu seafood, pantang kalau kata Ayahnya nak belanja makan, kalau tanya, majoriti tiga-tiga akan kata makan seafood. Kalau di Johor, mana lagi kalau bukan di Restoran Todak Kampung Jawa. Memang tip top! 


Restoran Terapung H.M Bagan, Bagan Lalang 

Kalau dari Avani, korang just pasang je waze, waze akan bawa korang terus ke sini. Tu waze Sis la, kalau waze korang tak taulah, jangan terjun laut sudah hahahaha. 

Tak juah dari Avani, dibuka setiap hari, Jumaat hingga Khamis, dari jam 6pm hingga jam 1am . 
Kawasannya luas dan seafood dia fresh! 


Keluarga kecilku ..

Anak-anak dah tak sabar nak makan. Masa mula kami sampai, orang agak ramai, ye laa time orang dinner, hampir penuh segala ceruk tempat, tapi masih ada lagi ruang kosong. 

Suasana dia cantik, tepi pantai, tapi kalau dah malam gelap memang ler tak nampak pantai, nampak hitam je laa hahahaha. Sampai aje, korang carilah tempat duduk, dan kemudian, jomm kita pilih pulak menu seafoodnya yer..


Korang pilihlah nak seafood apa, memacam ada, bukan macam-macam lagi tapi memacam hahaha. Harga bergantung harga pasaran juga saiz. Besor korang amik, besor le harganya yer..

Kalau dah Suami yang pilih, Sis ko mampu tangkap gambar je hahahaha..sebab dia suruh ketepi, katanya 'kotor kang bajunya' , gitulah dia selalu.. 


Yang ni bahagian seafood cengkerang hehehe. maksudnya, yang kulit keras. Sis amik pepahat tu ha (yang panjang-panjang), masak sambal tumis, sodap oii!

Mesti ada yang pelikkan dengar nama pepahat. hehehehe. silalah gugel 


Semestinya ketam jadi menu utamanya, takde ketam, bukan makan seafood namanya, kata anak-anak hahahaha. Sampai 3 ekor ketam bangkang tu Ayahnya amik, biar anak-anak makan puas-puas katanya.

Masa korang dah sesiap amik bahan mentah ni semua, time timbang tu, nanti dia tanya, nak masak apa semuanya. Haa korang cakaplah nak masak apa, kalau blur, korang suruh dia rekemen masak apa yang sedap, nanti dia bagitau. 


Ni nak bagitau dulu, dah nama pun pilih dan masak, orang pun ramai, makanya kenalah bersabar yer, bukan kata pilih masak terus sampai. Ada juga dekat 1 jam baru sampai semua lauk kami. Tapi masa tu air dah sampai dan diberinya kerepek untuk makan buat 'geli-geli' gitu.

Kalau korang jenis tak menyabo, jangan datang makan sini yer, pi makan mcD ke kepci sana, order terus dapat hahahaha. Sambil menunggu kami anak beranak borak macam-macam, gelak ketawa kami satu kedai, tau-tau eh dah sampai makannya.


Gulp! Tiba terliur pulak Sis ko masa menaip ni. hahahaha. Memang sedap semuanya, kami makan licin hahahaha. Apa yang Sis order malam tu?

Sotong goreng kunyit
Pepahat sambal pedas
Ketam black pepper
Sayur kailan ikan asin
Kangkung belacan
Ikan masak stim halia
Udang masak rempah kari


Di sebabkan Suami Sis tidak berapa gemar makan seafood atas sebab kesihatannya, maka dia pilih ikan dan masak stim halia. Akan tetapi, kemain sedap bak hang! oiii stim halia dia, bukan stim lagi, klimaks terus masa makan hahahahaha...aje gileeee ayat aku hahahaha

Gambar udang pulak yang takde, sebab di hujung sana. Lain-lain kami order air tembikai 1 jug, Sis dan Suami air kelapa dan nasi untuk 5 orang makan. Air suam diberi percuma Alhamdulilah. 



Berapa harga kami makan semua tu? Sekitar rm302 macamtulah. Kalau tak silap dan ingat-ingat Sis. Agak mahal tapi sebab seafoodnya fresh, dan masakannya pun sedap! Makanya dah makan ko bayar je lah hahahaha. Takkan nak melopong depan cashier tu hahahaha 

Dan memasing dah kenyang, terus balik ke resort. Sampai bilik, Suami ajak bersembang di luar, sembanglah kami anak beranak sampai jam dekat 2am. Macam-macam kami borak, sorang demi sorang Ayahnya tanya hal memasing.

 'Oh i love that moments' 💗 ..

Itulah kesah kami anak beranak di hari pertama di Avani Goldcoast Sepang Resort ni. Malam tidur memasing manyak senyum ar hahahaha. Kekenyangan semua. 
Syukur alhamdulilah. 

Bagi korang yang datang bercuti ke Avani atau saje nak try makan di Restoran Terapung H.M Bagan, Bagan Lalang ni, boleh la terus datang juga. 

Alamat: 
Sepang Pantai Perkhemahan Bagan Lalang, Sungai Pelek

Booking/Reservation:
013-338 5887

Dibuka setiap hari: Jam 6pm hingga 1am.



*Bersambung ..







P/S: Rasa macam Sis pernah sampai restoran ni ketika dulu, sewaktu bersama blogger MsjBox, rasanya tempat yang sama..ermmm betul ke Retna, Shaizhar ?? *Aku tau ko baca blog aku 😜


MAKAN MALAM DI RESTORAN TERAPUNG H.M SRI BAGAN, BAGAN LALANG MAKAN MALAM DI RESTORAN TERAPUNG H.M SRI BAGAN, BAGAN LALANG Reviewed by Sis Lin on Friday, February 22, 2019 Rating: 5

12 comments:

  1. Kat situ makan memang mahal sis..SA pernah 2-3 kali makan dan takde la murah pun..mahal..first time pi makan RM700, second Rm300++ dan third time kena RM500, masa pi tu memang tengah bonus..sebab tu tak kisah..lagipun memang seafood dia segar2..nanti nak pergi yang satu lagi kedai yg jauh ladi murah..kat mula2 masuk pas tu sebelah kiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaa ada dengar macamtu @Suria, tapi sebab taknak spoilkan mood anak-anak makan seafood, maka follow aje, nasib baik sedap...next time nak try kedai yang lain plak ..

      Delete
  2. belum pernah try makan sini. nice review :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh try @Fatin, review kata mahal, tapi masakkannya sedap, memang tak rugi..

      Delete
  3. Jauhnya dia mai makan... sejak bergantung dengan ubat nie, nafsu makan makin menjadi2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe sekali dah bercuti area sana, sekalilah jalan cari makan sana @Bro .. kontrol Bro, takut lain plak kang dapat sakitnya ...

      Delete
  4. kalau fresh macam ni, puas hati sis bayar mahal.sesekali kan...oklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaaa, harga nampak mahal tapi semua fresh dan masakannya pun sedap @Rohaida ...

      Delete
  5. Antara seafood yg jarang sekali kita order, ketam. . Sbb rasa susah dan leceh nak makan. Pepahat tu kita panggil bamboo lala.. Pernah dua kali jer makan, tapi sotong goreng tepung mmg wajib. Kita pernah smpi Bagan Lalang ni tapi lupa dah mkn kedai yg mana 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo kalau anak-anak kita, ketamlah menu seafood paling wajib order Kak @Seri, takde ketam bukan seafood namanya kata mereka hahahaha

      Delete
  6. gambar last tu pesen ape tu..pesen tutup pipi lepas makan banyak sangat ke?

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.