AISKRIM DURIAN D24 SAM & ADAM'S 100% RASA DURIAN MEMUKAU

AISKRIM DURIAN D24 SAM & ADAM'S 100% RASA DURIAN MEMUKAU | Sebelum tu nak tanya dulu, korang dah cuba ke? Kalau dah cuba, apa korang rasa? Sedap ke tak sedap? Ini kali pertama Sis mencubanya.

Sis ni dah berapa kali pergi ke Shell area ruma Sis ni, dan dah berapa kali nampak aiskrim ni, tapi belum terpanggil nak membeli dan mencubanya. Tapi harini, entah macam mana, dalam melayan perasaan di Shell sengsorang melepak minum kopi Costa, ternampak aje aiskrim ni, terus amik dan beli. 

Kebetulan tinggal yang ini aje, logo kuning (D24), tak silap sebelum ni nampak ada satu lagi logo merah (D13), tanya budak Shell tu, kata dia baru je habis. Takde rezeki nak mencuba keduanya. 

Tapi takpe dapat rasa yang ni pun dah nikmatnya.


Sebekas ni rm9.90. Tak silap kalau yang merah tu mahal sikit, rm12.90 rasanya. 

Rasa dia ?

Perghhh kaw kaw punya rasa durian. Tu tekak Sis la, tekak korang Sis tak tau, kot mana tau tekak korang makan kang, kata rasa rambutan pulak hahahaha. Kang ada ko kata Sis ko menipu ek.


Haa baca tu 'Rasa durian asli yang memukau' katanya..
So kalau ko makan tak memukau, Sis rasa korang dah kena pukau kot hahahaha. 

Makan biar dengan perasaan, fokus dan penuh penghayatan. Bayangkan buah durian depan mata. Ko kupas dan amik seulas dan masuk molot, nyaman gituu...hahahaha


Tapi kalau dah memang korang jenis makan takde perasaan, ermmm silalah makan eskrem vanilla aje lah yer. Hahahaha. Kalau dah kata eskrem durian, tentulah rasa durian, apa punya soalanlah kann..adeiii..

Cuba ajelah sendiri, sendiri cuba baru tau rasanya. 

Mahal? Yer mahal, kalau rasa mahal, tapi teringin nak makan, tapi taknak membeli, korang komen aje la kat sini, tak payah beli, dan tenung aje skrin tu lama-lama, mana tau, jadi 6D masuk terus dalam molot ko hahahaha. aiyoooo


Beli di mana? Sis beli di Shell . 

Shell tu pam minyak ye, kang ada pulak yang tanya Shell tu apa hahaha . 

Harga berapa? Yang ini rm9.90 jerrr...

So kalau korang nak cuba, pergilah cari dan beli. Tak sure pulak ada ke tak di pam-pam minyak lain, cubalah cari ya. Bagi Sis sedap, dan memang rasa durian, bukan rasa rambutan hahahaha. 

Okay dah. Jom makan.
Lagi panjang lagi merepek meraban kang korang tanya hahahaha

Malam ni makan ringan-ringan je, nak meratah sambal goreng pengantin petai lalalala. 
Pizza pun ada, bedal je le apa ada.

OkBai. 






P/S: Petang tadi melepak sengsorang dekat Shell, sampai Asar pun kat situ, siap ajar orang macam mana nak guna mesin Costa tu. Dah macam pekerja Shell Sis ko, riuh kejap Shell tu hahahaha. 


AISKRIM DURIAN D24 SAM & ADAM'S 100% RASA DURIAN MEMUKAU AISKRIM DURIAN D24 SAM & ADAM'S 100% RASA DURIAN MEMUKAU Reviewed by Sis Lin on Thursday, February 14, 2019 Rating: 5

6 comments:

  1. adik kita keje kat shell. nak suruh dia belanja lah 🤭🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa haaa cuba kirim @Hernee, suruh beli dua-dua sekali..hehehehe

      Delete
  2. alahai akak..buat sy craving jer mlm2 ni..hihi

    ReplyDelete
  3. hahahahhah boleh bayangkan keriuhan shell tu dengan suara gelak tawa sis mengajar orang beli costa coffee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha budak Shell duk gelak-gelak oii tengok Sis @Sunah oii..hahahaha aje gilerr..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.