DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU !

DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU ! | Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di Kuala Lumpur.

Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Baginda berdua dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara pada 24 Jan lepas, bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.


Dirgahayu Tuanku. Sempena detik 9 September 2018 bersamaan 28 Zulhijjah 1439 Hijrah, patik dengan penuh rasa syukur dan ta’zim, dengan berkat limpahan rahmat Allah SWT, atas keesaanNya mengurniakan kepada kami, Tuanku selaku Ketua kepada Kerajaan Malaysia ini, patik merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan mengucapkan selamat menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan Rasmi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-XV, Sultan Muhammad V.

Taat setia tidak berbelah bahagi kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!

Sumber gambar:  Malaysia Kini ..







P/S: Berkenan sungguh Sis dengan persalinan itu (biru apa ek?. Apakah itu akan jadi tema warna raya tahun ini? Hehehehe.. okBai MOOD HOLIDAY is turn ON . 


6 comments:

  1. Biru firus kot, pengantin 80-an dulu byk pakai kaler ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn cantik sangatt, lembut aje colornya kan Kak @seri ...

      Delete
  2. sejuk mata memandang permaisuri agong...suka cara pemakaiannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, permaisuri pertama rasanya yang berhijab kann @Sunah ...

      Delete
  3. alhamdulillah. semoga Malaysia kekal aman sejahtera
    dilindungi Nya =)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.