SUSU OH SUSU, KENAPA ENGKAU PUTIH ?

SUSU OH SUSU, KENAPA ENGKAU PUTIH ? | Mcam mana aku tak putih, nama pun SUSU hahahaha. Adoii sengal betul Sis ko ni kan hahahaha. Yang sebenonya, rasa macam kenyang betul tengok susu tu, mana taknya mak aii penuh sebakul di bagi dan di hantarnya oleh Dutch Lady Malaysia untuk semua pemenang saguhati Cabaran Minum Susu Purefarm 5 Hari tu. 

Sis secara jujurnya bukanlah peminum susu putih, seperti mana yang korang baca dalam post kontest tu, tapi nama pun cabaran, so sahutlah cabarannya, bukan lama pun 5 hari jer. Lepas 5 hari, stop terus dah hahahaha. Balik semula mencari susu coklat dan latte kekekekeh.

Tapi tak sangka pulak menang kontest tu jadi pemenang saguhati. Haaa dapatlah wang tunai rm300 dan juga hamper susu ni. Hurmm agak-agak siapa nak minum ek susu ni hehehehe..


Siapa lagi kalau kalau bukan anak bujang Sis hahahaha. Nasib baik juga dia ada balik bercuti ni, so dialah yang akan perabiskan semuanya dan rasanya akan bawa balik juga ke Politeknik Mersing untuk bekalan di sana. Emaknya simpan yang stoberi dan coklat aje la eh hahahahaha. 

Memang bagus minum susu ni, bukanlah kata Sis tak minum terus, tapi untuk minum hari-hari tu idok ler, dah puas dulu asyik kena paksa dek Emak Sis minum susu, sampai nangis-nangis sebab taknak minum tau. Iyeee sampai berlakon konon sakit perut hahahaha. :p

Susu pun dah selamat masuk esbox dan di sejukkan, esok dah boleh menikmatinya sejuk-sejuk, nikmatkan. Orang lain dah habis dah susunya, Sis ko punya je baru je sampai siang tadi hahahaha. Susu pergi beraya cina dulu agaknya ๐Ÿ˜œ 

Terima kasih Dutch Lady Malaysia !!

Okay sambung nanti ya. Head lagi fikir nak makan apa ni ek. 
OkBai!







P/S: Tak sabar tunggu esok, nak pergi Hi-Tea dengan kawan-kawan dan juga Geng Bas Sekolah. Satu hari le Sis ko bedal Hi-Tea aje hahaha. 


8 comments:

  1. Hahhahhahhaa.. Eh, anak bujang pun suka minum susu? Eh kenapa kite punya persamaan. Tiberrr... *teringat kisah sis masa sekolah dipaksa sarapan susu. Hahhahaahha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia hantu susu @Farahain hahahaha.. dan dan semua nak sama kan kan kannn hahahaha

      Delete
  2. Ain minum susu sekali je ri tuuu..nape tak minum banyak2 kaliii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sekali teguk katanyaaa @Sunah..ye ke tak ye entah dia suka susu hahahaha

      Delete
  3. wahhh. anak bujang peminat susu.. sama mcm anak sedara ejulz :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyeee, anak bujang Sis memang suka susu putih, semalam dah di bawa semua balik ke Poli @Ejulz ..

      Delete
  4. Paling suka minum susu dutch lady ni..tapi bila selalu sangat boleh muak.. Smpi rasa terpaksa minum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sama laa, bukan sebab muak, tapi tidak berapa suka yang putih, tapi kalau yang perasa lain, Sis ko hantu @Rohaida hehehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.