INDOMIE MEE KERITING GORENG RASA TELUR ASIN, BOLEH TAHAN SEDAP !

MEE KERITING RASA TELUR ASIN, BOLEH TAHAN SEDAP ! | Yaa bukan tak sedap, tapi boleh tahan sedaplah. Sedia maklum kalau korang makan telur asin, mesti macam texture dia kasar dan melekat-melekat kan? So sama jugalah macam kalau dah jadi mee dan di gaul, mee nya jadi melekat-melekat dan cepat kering. 

Tetap nak mencuba sebab sana sini nampak kawan share. Tapi tidaklah beriye mencari, secara kebetulan pergi ke Ninso nak beli barang, sekali ternampak megi Indomie ni, cuma harga agak mahal le rm2.10 sebungkus. Dia memang jual paket tak de jual buy 5 free 1 ya hehehe.

Sis terus le amik 2 paket sebab nak mencubanya hehehe. 


Indomie Curly Fried Noodle Salted Egg

Macam-macam ek, lepas ni perasa apa pulak ada kan. Tapi kalau jenama Indomie ni, Sis suka yang mee goreng perisa cili hijau tu, sedap dan pedas! 

Yang ini sebungkus rm2.10. Tapi ada kawan beli lagi murah dari harga ni. Ada yang jual rm1.90. Tapi kalau nak gigih mencari, tak tau bila nak makannya ermmm so mana yang jumpa ko belilah. Beza doploh sen je dik oii hahahaha. 


Nak masak pun senang. Cuma rebus air mendidih, selepas tu masukkan mee sambil gaul. Kemudian tapis air tu.

Dah sudah tu, tuang mee ke dalam pinggan, dan tabur semua rencah yang di sediakan dalam bungkusan tu .


Selepas tu korang gaul-gaul dan cecepat makan. Meenya cepat kering. Mungkin sebab rencah telur asin tu. Kuning telur asin kan macam melekat sikit kan, so mungkin juga sebab tu.

Bila dah makan, ermmm ada lah juga rasa telur asinnya, tapi tidaklah sebenarnya rasa telur asin. Tapi bolehlah..


Kalau di beri bintang untuk mee ni, dari 10 bintang, Sis bagi cuma 5/5 jer. Sedap lagi mee goreng sedap hahahahaha. 

Tapi licin juga. Uitt makan jangan bazir, tak sedap pun, kalau boleh habiskan, ye kita habiskan, membazir itu amalan syaitonnn...

Iyerr, rasa biasa-biasa aje, rasa telur asin tu kurang, kering dan macam sikit sangat mee nya dalam 1 pek tu. Ermm kalau nak cuba, apa salahnya, dah cuba baru tau hehehehe. 

Korang yang belum cuba, cubalah. Cuba sendiri ya. Lepas tu baru komen sedap ke tak sedap. 

Jenis Sis ko ni suka mencuba, sedap kata sedap, tak sedap, kata tak sedap hehehehe. 

Okaylah, sambung lagi buat kerja rumah. Tunggu nasi masak, then tunggu anak balik, lepas makan, nak cuci lantai luar. Harini santai-santai dirumah aje. 

OkBai ..





P/S: Masa cepat berlalu, sekejap dah tengah hari..aishhhh..kerja banyak lagi tak siap, selagi tak siap, nak lelap mata pun tak senang huhuhu. 


18 comments:

  1. Skrg ni rencah telur asin mmg viral kan. Kita tak pnh try lagi mana2, tapi senanglah kira takpayah dah nak amek masa rebus telur asin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Kak @Seri, sekarang apa-apa je mesti salted egg, sampaikan kerepek pun ada salted egg..

      Delete
  2. Apesal sekarang asyik telur masin ni ha!, domino pon telur masin gak, musim teloo agaknyaa lol.. yg ni pon nampak sedappp trngoklah nanti nak cubaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kann @Wani, yang Domino belum try lagi, nanti nak try gak ...

      Delete
  3. apa dari 10 bintang, bagi 5/5..5/5 tu full dah..hahahha :p

    kita suka mee goreng Indomie, tapi yang perisa special..salted egg ni tak pernah try dan tak tergerak lagi hati nak try...mahal jugak ye sebungkusnye pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tu tandanya, tak sampai ke 10 tahap sedapnya @Sunah hahaha..
      Ooo Sis biasa beli yang cili hijau atau soto tu haa..tu lagi sodap hehehehe

      Delete
  4. nak try tapi takut takboleh habiskan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah habis @Syafyqah sebab isinya sikit jer ...

      Delete
  5. sungguh lama saya tidak makan mee segera ini..

    sekali sekala boleh juga on..

    betul tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga @MrHanafi, ni beli sebab nak sangat rasa mee viral ni
      Sheshekali kan hehehe

      Delete
  6. Fifty-fifty nak try ke tak haha... Masin tak sis? Selalu kan mee segera ni perencahnya masin tambah telur asin acener...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kalau nak mencubanya ye Puan @Hazel. Masin tu tak, tapi rasa le telur asinnya. Cuma kering ..

      Delete
  7. dah try ni tapi tak cun kat tekak lah huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe sama juga lah dengan Sis @Eeca, tak berapa ngam dengan tekak hehehehe

      Delete
  8. ala..xperasan la plk..ada perisa telur masin..klu tak cuba jgk smlm..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha nanti kenalah try beli juga yaa @Normi hehehe

      Delete
  9. baru cuba..nanti komen kat blog..kah²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo dah cuba? Nanti aku datang komen blog ko @Rohaida hehehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.