RESEPI BENDI GORENG TUMIS BELACAN

RESEPI BENDI GORENG TUMIS BELACAN | Selamat pagi semua, salam sejahtera. Isnin yang sejuk dan dingin, lama tak hujan kann, sekali Allah beri hujan semalam, alhamdulilah sejuk sekejap bumi yang sfera, eh leper, ke lonjong...arghhhh bikin stress aje laaa fikir. Bumi bentuk sfera ke, lonjong ke, bolat ke, janji kita brpijak di bumi yang nyata, di bawah satu langit, betul tak? Memacam je kan si SS tu huhuhu :( .

Ok dah, luah kes #viral sikit-sikit je dah. nak cakap banyak takut. Kang salah cakap, naya. 

Harini korang masak apa? Ada idea nak masak apa? Atau no idea lagi nak masak apa? Sis harini disebabkan anak-anak 'angkat' ni ada, Sunah dan Farahain, makanya plan harini nak masak oden hehehe. Periuknya Sis ada, so harap menjadilah nanti .

Untuk pagi ni Sis kongsikan satu resepi simple dan mudah, kot manalah tau jadi idea untuk korang nak masak harini kan. 

Resepi apa? Tak baca ke tajuk atas tu haaaa *mata naik atas*


Bendi Goreng Tumis Belacan

As you know me, Sis ko kalau masak, memang semua simple dan easy cooking jer. Jangan pening-pening dengan bahan yang susah nak cari, masak je apa bahan yang ada. Mudahkan, janji masak.

Tengok je bahan kat atas tu, tak susah kan, semua ada je dalam peti ais dan di dapur. Cuma udang tu terpulanglah, nak goreng kosong pun boleh. Sukahatilah. 

Bawang besar, bawang kecil, lada merah, ikan bilis dan juga belacan, semua di tumbuk KECUALI bawang merah, Sis lebih suka di hiris aje. Kalau korang nak tumbuk pun boleh. 


Dah siap tumbuk segala, haa apalagi masak lerr..

Panaskan minyak dan tumis bawang besar tu dulu, kasi wangi, selepas tu baru masuk bahan tumbuk. Tumis sampai bau naik dan garing, kemudian masukkan udang. Gaul-gaul sebati, dan masukkan serbuk perasa semua. Gaul lagi.

Aishhh senang sangat kannn..


Masukkan bendi dan gaul-gaul lagi sampai bendi masak. Tapi bendi memang tak boleh lelama sangat tumis, nanti berlendir. Kalau Sis memang suka 'matang'matang' gitu tidak terlalu masak sangat. Tapi ikutlah suka korang. 

Senangkan, haaa dah siap, hidangkan jerr. Makan panas-panas, memang sodap!..

Okaylah nanti sambung lagi, nak bersiap-siap pergi beli barang, nak masak oden harini bersama anak-anak angkat Sis ni. 

Jom siapa nak join sekali, meh lerrr hehehehe..
OkBai..





P/S: Riuh sekejap rumah, masak pun licin semua sebab ada yang makan hehehehe. 


8 comments:

  1. Kalau ada ramai- ramai kat rumah memang best masak banyak2 kan..SA macam tu la..suka masak tapi bila nak makan macam x de selera..menarik resepi ni..nanti SA nak buat jugak la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul @Suria, ni tengah reramai ni, masak aje apa nak masak, ada yang makan...

      Delete
  2. Eee cepat laaaaa gi beli baranggg..taip apa lagi tuuu..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha dapat update satu post tadi kan @Sunah ...

      Delete
  3. first time nengok orang masak bendi dengan udang... ain ni duduk dalam gua ke apoo..hahahhahaa... gemok-gemok udangnyaaa...udang yang gemok hokayyy...hahahhaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udang tu optional, nak letak ke tak, tapi biasa memang letak, tak reti bior gondol @Farahain..

      Delete
  4. Replies
    1. Nanti buatlah yer, senang dan mudah aje @Rohaida hehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.