SUDAH BACA SURAH AL-KAHFI ?

SUDAH BACA SURAH AL-KAHFI ? | Sudah ke ? kalau belum, masih ada waktu lagi ni, jom kita baca, sekurang-kurangnya 10 ayat yang pertama dan 10 ayat terakhir. Kalau sudah, alhamdulilah. Moga Allah limpahkan rahmat dan hidayah pada korang semua . 

Antara kelebihan Surah al-Kahfi adalah seperti yang diriwayatkan Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.” (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis itu, secara ringkasnya ada beberapa pendapat mengenai kelebihan membaca Surah al-Kahfi iaitu bacaan 10 ayat yang terawal dan 10 ayat terakhir.


Mengapa 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir di-pilih?

Sepuluh ayat terawal memperihalkan mengenai kenyataan al-Quran dan keadaan orang yang kufur serta orang yang beriman terhadap al-Quran manakala 10 ayat yang terakhir pula menunjukkan natijah bagi mereka yang beriman dan kufur.

Dengan menghafal ayat awal dan ayat akhir surah itu akan menambahkan lagi keimanan bagi mereka yang benar-benar mentadabburkan ayat al-Quran serta mengharap pemeliharaan Allah SWT daripada fitnah dajjal.

Membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat sangat digalakkan ke atas setiap Muslim tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya dan lebih baik membaca satu surah lengkap.

Ini kerana surah al-Kahfi dapat menjadi benteng keimanan yang kukuh daripada fitnah dajjal bagi sesiapa yang mengamalkannya.

Maka surah itu memberi harapan baru bagi mereka yang tidak mempunyai harta yang banyak.

Tambahan pula pada akhir zaman ini tentangan terhadap Islam semakin kuat sehingga Rasulullah SAW bersabda: “Akan sampai satu masa manusia yang mempunyai kesabaran pada agamanya akan menjadi seperti orang yang menggenggam bara api.” (Riwayat al-Tirmizi)

Sejajar dengan keadaan itu, Allah SWT menurunkan surah al-Kahfi supaya ia dapat menjadi benteng keimanan buat seorang Muslim menerusi model utamanya sendiri iaitu segolongan pemuda yang teguh keimanannya.

Mereka meninggalkan segala harta dunia demi keimanan mereka terhadap Allah SWT dan hari akhirat sehingga ganjaran yang mereka terima berlipat kali ganda.


Malam Jumaat atau hari Jumaat disunatkan kita membaca Surah al-Kahfi .

Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat.

“Barang siapa diantara kalian yang menemuinya (dajjal), hendaklah dia membacakan ayat-ayat pembuka surah Al-Kahfi kepadanya, karena bacaan itu melindungi kalian dari fitnahnya (dajjal tersebut).” (HR. Abu Daud). (anj/R02)






P/S: Sekadar perkongsian bersama . Anda buat anda dapat .. :)


6 comments:

  1. good sharing sis.. alhamdulillah..dah baca.. azam tahun ni nak hafal 10 ayat pertama tu.. mudah2an tercapai.. amiinn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah @Dilah, pelan-pelan Dilah, sepotong ayat, lama-lama jadi 10 ayat, Sis pun masih nak menghafal lagi ..

      Delete
  2. terima kasih di atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih sis atas ingatan...belum sempat baca lagi..lepas isyak ni nak baca..insya'Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah..Next time seeloknya baca malam Jumaat atau Jumaat sebelum Zuhur ya @Sunah ..sama-sama kita membaca ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.