SALMON LA PLANCHA DAN POTATO BAKED TU SEDAP !

SALMON LA PLANCHA DAN POTATO BAKED TU SEDAP ! | Sebelum nak off lappy, bukak facebook kejap, Sis ko gatai duk belek album event Soft Opening Capri by Fraser pagi tadi, tiberr terus ternampak menu 2 ni. Alahaiii terus bergegar sekejap isi perut. Huhuhu sedap sangat!

Di sebabkan terlalu banyak menu yang di sediakan, so Sis ko memang amik sana sikit, sini sikit dan makan secara berhemah, tidak laju dan tidak gelojoh, santai-santai aje hehehe. 

Dan Sis ko tersangat suka menu ini Salmon La Plancha dan Potato Baked (kentang bakar) . Tapi comel betul kentang tu yer, mana nak beli ek..


Potato Baked 

Haaa tengok tu, kentang dia comel sangat, cenonet gitu. Mana nak beli kalau kat area Johor ni? Ada siapa yang tau? Nanti komen eh. 

Sangat sedap, terasa kebakarannya dan juga rempah dia. Macam ada sesuatu rempahan yang di salut pada kentang tu. Sis ko makan belek-belek tadi, nasib takde yang memerhati hehehe.


Salmon La Plancha 

Dan juga ini Salmon La Plancha. Entah apa maksud dia, Sis ko pun tak tau. Cuma rasa dia sangat sedap, sos kuah dalam salmon tu yang sedap sangat! Nak tanya kat Chef, tak nampak pulak Chefnya. Next time Sis akan tanya hehehe.

Secara keseluruhannya menu di hotel Capri ni memang sedaplah. Kena pulak ada lauk menu-menu kampung, contoh, asam pedas daging, pucuk ubi labu masak lemak, perghhhhh nak je amik guna magkuk hidang tadi, kang nampak sangat kebulurnya hahahaha.

Kontrol yee, nak dekat musim buffet ramadhan ni, gosok-gosok perut Sis ko dibuatnya hahahaha.

Apa-apa pun, semua sedaplah! Tu je nak cakap. Harap-harap, Sis ko tido mimpi tengah makan salmon tu dan kentang bakar tu hahaha. 

Jangan ngigau tiberr sedar makan kunyah selimut sudah! Haruuu... ๐Ÿ˜†

OkBai jom tidur. Esok sambung pulak.
Jumpa lagi. Selamat Malam.





P/S: Harini 3x Suami call, tanya buat apa, dah makan ke, dah solat ke... rindu ke sayangku..i love u i miss u too ๐Ÿ’–


8 comments:

  1. Makaaaaaannnnn lagiiiiii hahaha !!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha makan selagi gemuk oiii @Retna ...

      Delete
  2. hahahaha..oiiii!!!

    tapi serius suka gila menu tradisi kampung kat sini..sangat2 recommended untuk try semuanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, asam pedas daging dia sangat lembut kan @Sunah ...

      Delete
    2. iyeeee...suka gilerr asamm pedas tuuu

      Delete
    3. Kannn @Sunah, sedap kan, lembut daging dia ...

      Delete
  3. adoiii tertengok tengah tengah malam ni hahahaha t_______T menangis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kenalah tahan nafsu ye @Shafyqah hehehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.