INI BAG TANGAN KE TONG SAMPAH KE ? PENUH RESIT !

INI BAG TANGAN KE TONG SAMPAH KE ? PENUH RESIT ! | Hahahah adoii kantoi sudah! Malam semalam minta tolong anak amikkan power bank didalam bag Sis, sekali si anak bukak bag Emaknya, terus dia jerit 'MasyaAllah, ni bag ke tong sampah ke?' hahahaha ๐Ÿ˜† .

Sekejap tu handphone whatsapp bunyi, Sis buka dan tengok, si anak hantar gambar kat Family Group gambar bag Emaknya, dengan ayat 'Kak, ko tengok bag Emak Kak, macam Ayah kan, penuh sampah?' Hahahaha. Adeii sabo je leee. 

Sebab apa dia kata macam Ayahnya? Ayahnya sepesen le dengan Sis, resit segala kalau dah bayar, simpan dalam bag/bag duit, selit le memana, kadang dalam seluar pun ada Ayahnya tu. Tu yang kadang Ayahnya pergi memana, makan sana sini, soping sendiri, tak bagitau, banyak kali kantoi kalau tak bagitau Emaknya hahahahaha sebab Emaknya jumpa resit. 


Lepas tu, si Kakaknya pulak menyampuk dalam group 'Tu nasib bag kecik Dik, kalau bag besor, dengan flyer catalog kedai pun ada' hahahaha adoii gelak anak beranak dalam group wahtsapp  ๐Ÿ˜† . 

Korang tak payah gelak sangat, jangan-jangan korang pun sama je macam Sis kan. Dan selepas tu Emaknya pun clearkan ler segala resit, tapi mana resit soping semalam, Emaknya ada simpan, nak claim dengan Ayahnya nanti hahahaha. 

Kalau Suami Sis dah faham sangat dah, kadang dia pun taknak bagi kunci kereta kat Sis, nanti Sis masuk dalam bag, time nak balik, haru mengorek dalam bag, cari kunci tak jumpa hahahaha. adeiii

Kalau kad parking pun sama, jangan ko bagi Sis, nanti dah bercampur semua, korang bayangkanlah nak mencarinya. Selalu jadi mangsa anak-anak untuk simpan kad parking hehehe. 

Sis ko ni menjaga kebersihan, jangan buang sampah merata-merata, kang kena saman. So simpan dalam bag, kan selamat dunia akhirat hahahaha. 

Kalau korang ada perangai macam Sis, haaa sila tunjuk sikit bag tu, nanti komen kat bawah dan bagi link sekali, nak tengok, apa yang semak serabut dalam bag korang pulak ..hahahaha.

Okay, sekian laporan 'candid' dari Family Sabar hahahaha. 
OkBai, nak sarapan dan cari idea memasak. 






P/S: Biarlah bag besar, ada gak gunanya, dari bag kecik, nak cari tisu pun takde hahahaha


16 comments:

  1. hahahahaha sama dengan beg sha! dalam beg sha semua benda ada, tisu basah tisu kering lipstick bedak sunscreen haaa cakap je nak apa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua orang perempuan macamtu ek @Shafyqah hahaha...kekekeke segala nak di sumbat..

      Delete
  2. haha...saya pun sama..tpi selalunya sat je resit segala bagai tu duk dlm purse..lepas tu, 5s..ai is semak tengok byk sgt kertas dlm purse...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa memang esoknya dah kemas dah, tapi tak sempat, dah kantoi dengan anak @Fieza hahahaha

      Delete
  3. https://sariyusa.blogspot.com/2019/02/beg-tangan.html

    hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha dah baca dah Kak @Seri..kemain kemas bag tangan dia ek...

      Delete
  4. perempuan mmg begini. makin besar beg makin banyaklah sampah dan harta karun. kehkeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, sebab tu anak kata, kalau besar lagi bag Emaknya, dengan katalog nak di sumbatnya @Eeca hahahaha

      Delete
  5. Assalamualaikum lin...betul tu lg beso begnya lg byklah resit belian kat dlm tu...senang nak check semula lebih2 lg bila lepas soping guna kad debit...bolelah check semula dah ambil ke tidak duit dlm bank tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull..kann Mama, dah digelak dek anak jadinya hahahaha..biasa memang simpan sehari dalam bag, esoknya baru kemas..hehehehe

      Delete
  6. hahaha kita pun sama perangai gini :D

    ReplyDelete
  7. alamak sepesen.. selalu kena bebel dgn babah ilhams. .dah la beg mcm gobok kata dia ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha lagi teruk macam gobok ko @Hernee hahahahaa

      Delete
  8. haahah.. nasib xde jajan sekali dalam tuh.. hahahha ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling tak pun, choki-choki jeee @Farahain ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.