SIS, BILA ANAK KAU NAK KAHWIN?

SIS, BILA ANAK KAU NAK KAHWIN? | Weiii kenapa duk sibuk tanya bila anak orang nak kawin haa? Sis bukanlah kata nak marah atau nak naik hangin bila ada persoalan macamtu yang bertanya pada Sis, tapi soalan tu agak sensitif sebagai seorang Ibu yang ada dua anak perempuan yang kian meningkat usia.

Sebabnya sepanjang anak membesar, Sis sebagai seorang Ibunya pun, tak pernah bertanya dengan anak-anak 'Kak, Adik, bila nak kahwin?'..yee tidak pernah sama sekali! Kalau ada pun hanya soalan bergurau, tapi tak amik serius bab kawin tu. Kalau boleh memang taknak tanya pun, biarlah mereka sentiasa dengan Sis jee sampai bila-bila, huhuhu..

Tapi lumrah kehidupan seperti yang Allah tulis, setiap umat yang di lahirkan, Allah dah sesiapkan pasangannya, antara cepat dan lambat, dan mungkin juga, takde jodoh, maka membujang sampai ke-tua. Kita mana tau aturan Allah.


Sejak-sejak Sis banyak terima jemputan kahwin anak-anak kawan anak Sis (kawan sekolah anak) juga kawan-kawan Sis dan Suami, ada je pertanyaan macamtu yang mereka tanya. 'Bila anak nak kawin', 'Eh bila plak kau nak terima menantu' dan kadang-kadang tu ada gak soalan annoying yang kata 'Jangan tunggu lama-lama, kang takde orang nak kang'..eeee dah kenapa?!

Cuba tanya semua perempuan, siapa je yang taknak berteman, berumahtangga dan seterusnya ada anak? Ada ke yang taknak? Si Sajat sendiri pun tergedik-gedik nak kawin oii, siap kata dia dah mengandung! Kau ngase??? Ini kan pulak perempuan yang sedia memang perempuan. Mestilah nak ada teman sehidup semati kan.

Yang kata taknak tu, Sis ko tak boleh nak komen pepanjang laaa..Mungkin ada sebab tersendirinya. Kita hormat pendirian sesaorang tu.

Bagi seorang Ibu plak siapa ajelah nak anaknya tak berkahwin, punya keluarga sendiri, kemudian ada anak cucu. Sis pun nak juga. Tapi taknak memaksa anak, biarlah mereka buat pilihan sendiri dan sendiri buat keputusan. kalau dah sampai jodohnya, kalau baik untuknya, baiklah untuk Sis sekeluarga.

Macam contoh anak Sis yang sulung, masih tak fikir soal nak kawin ni, sebab fokusnya nak habiskan studynya dulu, walaupun dia tau umurnya dah meningkat, so Sis hormat dan bagi dia support untuk studynya. Tapi bukan kata tak pernah bercinta, adaaa...cuma tu laa belum masanya.

Dan kalau anak Sis no-2 tu, memang dah ada dah teman lelaki, dan now dalam perancangan ke arah perkahwinan, Cuma entah bilanya. So Sis doakan aje moga semuanya dipermudahkan.

Yang sorang lagi anak bujang, baru 20 tahun dan masih belajar, so takde amik port lagi bab kawin-kawin ni, cuma anak bujang tu macam tak boleh terima kalau kakak-kakaknya nak kawin hahaha.

Cuma memang kenalah banyak pesan kat anak, supaya jangan silap memilih, jangan silap langkah dan pandailah jaga maruah diri. Jangan malukan Mak Bapak. Tu je laa Sis dan Suami harapkan.

Bab jodoh ni kita tak boleh nak cakap apa. Kadang berkawan punyalah lama bertahun-tahun bercinta, tapi sampai masa, kalau dah kata takde jodoh, maka memang tak jadi apa pun! Tapi ada juga sebaliknya, baru jumpa, berkawan tak sampai bertahun, tup-tup dah masuk meminang terus kawin. Haa kan jodoh namanya.

Kalau dah jodoh tak kemana.


Suka tengok anak-anak kawan Sis, anak-anak kepada kawan anak semuanya dah berkahwin, satu persatu dah kawin. Dan yang last sekali anak kawan anak Sis yang merangkap anak angkat Sis,Nadia ni pun, dah pun berkawin juga pada Sabtu lepas.

Anak Sis kata, semua kawannya dah kawin, dan anak Sis juga menjadi pengapit kepada semua kawannya, dan yang gelihatinya kata anak, nanti dia kawin, takde pengapit plak hahahahaha adeii alahaii anak aku...

Takpela, dan biarlah apa orang nak kata, yang penting, tu anak kita, kita membesar dan menjaga dia, so biaq pi apa orang nak kata..Janji anak-anak Sis tak mudah melatah dan melenting..wat relax ye sudah hahaha.

Apa-apa pun, tahniah buat anak Mak,Nadia, moga berbahagia hingga ke Jannah. Nanti jangan lupa plak datang majlis Yana hahahahaha..

Cuma satu nak pesa, kita kalau ada anak perempuan, jangan dok kata anak orang, takut nanti berbalik kat anak sendiri. Sekian.

Okaylah sekian bebelan seorang Ibu yang punya dua orang anak perempuan satu orang anak lelaki.
Sambung lagi di posting seterusnya hehehe.


P/S: Bila anak membesar, rindu nak dukung dan gendung anak-anak..huhuhu :(

24 comments:

  1. semua mak-mak mesti dapat soalan gitu kan, dana dulu pun kak dah tua baru kawin... tapi itulah jodoh kan... mak abah pun tak pernah tanya... (yelah mana berani dah anaknya garang hahahha) adik dana no 3 maktek tu dah kawin sedangkan kakak nya yg no 2 belum kawin lagi... dah jodohnya sampai dulu kan...
    adik no 2 dana tu ramai org dah bertanya, ramai org koonon nak kenal... abah pun sibuk bila kwn-kwan dia dok sibuk nk suruh jodohkan anaknya dengan adik no 2. Tapi dah dia tak suka, dia belum rasa nak kawin buat pe nak paksa. Insyallah kalau ada jodohnya tu nanti adalah, berjodohla ia...

    maap terpanjang lak bebel

    ReplyDelete
  2. tu la kan manusia, sibuk sangat nak buat kerja Tuhan kat orang lain >.<

    ReplyDelete
  3. Bukan ja emak2.. sy yg anak perempuan kedua sulung pun balik2 kena cakap.. tu lah belajar tinggi sgat .. last2 lambat kahwin.. kwn yg lain dah kahwin.. anak ramai.. ahahaha xD
    Manusia2..

    ReplyDelete
  4. Sabar jela ye. tapi yang penting sis tetap maintain macam belum kahwin. jangan ada yang tanya sis pulak bila nak kahwin. hihihi.. gurau2 je.

    #follower ke 1715

    ReplyDelete
  5. Soalan netizen tak pernah berhenti..keh kehh...layan jela orang ramah tamah ngn kita...ye dak..ahhahaha.. Semoga bertemu jodoh yang sepadan, dan menyejukkan hati .. AMIN...
    Saya pun ramai dah bertanya..tapi sy cakap je tahun depan..nanti tanya lagi..tahun depan lagi..hahahahahaha

    ReplyDelete
  6. tak tau la nak komen apa. cuma nak cakap lawa anak sis Lin. ^^

    ReplyDelete
  7. In syaa Allah
    Sampai jodohnya nanti.

    ReplyDelete
  8. Biasalah Tu org Kita ni mmg itu je soklannya xde soklan lain.. sabar je la ye.. dah join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie? Rm1000 untuk dimenangi.. jemput join ye

    ReplyDelete
  9. Dulu macam ni juga kesian kat mak fiza orang asik tanya sebab fiza pun kira lambat dapat jodoh. Bila dah kawin pula orang tanya kat mak bila nak dapat cucu. Siap kira dah berapa lama kawin kenapa tak preggy lagi. Gigih betul lahaii

    ReplyDelete
  10. hahahah weiii aku ri tu jadi pengapit kawan aku...bior la da kawen pun...hahahahha...masa aku kawen pun, cousin aku jadi pengapit aku selaku mak andam sekali..ahahah

    ReplyDelete
  11. Betul. Bab jodoh ni adalah di tangan Allah. Di zaman sekarang ni dah tak menjadi hal jika anak gadis berusia lebih 25 tahun blm kahwin sbb anak2 sekarang bekerjaya... klu dulu memanglah risau tapi skg tak lagi.. tu mesti org2 lama tu yg tanya..

    ReplyDelete
  12. bukan boleh dipaksa-paksa bab kawin ni.
    kalau arrange marriage pun masih kena tanya anak, ready x nak kawin, kan.
    biar la ia berlaku secara rela hati. Allah Maha Tahu bila masa nya.
    biar diorang releks dan njoi masa bujang, sislin :)

    ReplyDelete
  13. marah jugak kalau dapat soalan macam tu sebab banyak lagi benda lain nak fikir. Nak bina family bukan senang sekarang sebab kos sara hidup makin naik.

    ReplyDelete
  14. Betul.. jodoh dah tertulis d loh mahfuz.. kekadang rimas gak bila makcik bawang yg terlebih prihatin nak tgk hidup anak org lain camna.. aduhaii.. bedah oo bedah..

    ReplyDelete
  15. Kite pun penat juga bila kena tanya bila nak kahwin. Hahahaha. Nasib baiklah last year sorang adik dah kawin, then next Mac ni adik bongsu pula kawin. So semua mult baru diam. Hehehe. Begitulah kehidupan ya Sis Lin.

    ReplyDelete
  16. Kekadang tu diaorang bukan ada niat ape pun bila tanya macam tu. Biasa nak buat bahan untuk mulakan perbualan je. Kalau orang belum kawen, tanya bila nak kawen. Kalau orang dah kawen, tanya bila nak ada anak. Bila orang dah ada anak sorang, tanya lagi bila nak dapat adik baru?

    Huhuhu bertabah saja la

    ReplyDelete
  17. kalau Tanya sekali dua and without any soalan yg buat kita tak rasa annoyed takpe. ni sometimes ada orang yang Tanya macam tak fikir, sabra jelah.

    ReplyDelete
  18. Rawlins rasa kekadang soalan sebegitu seakan kurang sensitif pada perasaan parents dan juga anak-anak tersebut. Jodoh dan maut itu rahsia Yang Satu kan. Kang tanya depa bila nak mati, mau mengamuk kan? Kang tak sempat nak bertaubat kan?

    ReplyDelete
  19. Jodoh tu rahsia Allah kan sis... sebenarnya kalau still bujang boleh lama sikit dengan parent, kalau kahwin awal pula, boleh bersama pasangan lebih awal. Mana mana pun ada kelebihan. Kedua duanya ada nikmat...bagi saya dua dua pun fun.

    ReplyDelete
  20. Makcik bawang menag begitu ye.. Sibuk nak tau hal orang.. Tapi kita fikir positif, mungkin dia prihatin.. Hehehe.. Kan.. Kita ni taknak paksa anak. Biorkan dia.. Belum puas sebnrnya nak bersmaa2 anak ni

    ReplyDelete
  21. begitulah masyarakat kita. kalau kita layan memang takkan puas hati juga. tenang2 je sis

    ReplyDelete
  22. Bila ada anak dara yang membesar memang spesis makcik bawang ni suka menyibuk tanya bila anak orang nak kahwin. Kahwin cepat kang mengata kahwin lambat pun mengata. Eh like heartlah anak nak kahwin bila kan.

    ReplyDelete
  23. kita selalu dapat soalan tu bila p kenduri kawin. sampai satu tahap rasa macam xnak dh p kenduri kawin orang hahaha

    ReplyDelete
  24. Akak saya pun dapat soalan yang sama bila nak kahwin wakakakak bukan tak nak itu yang penting tapi masa belum sampai lagi dah berusaha tapi ada masa tak kesampaian dan juga ada halangan hehehe tetap sabar dan berdoa kerana perancangan-Nya tetap terbaik untuk umatnya..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.