Header Ads


BILA ANAK LELAKI AKU DAH BESAR MEMBUJANG


BILA ANAK LELAKI AKU DAH BESAR MEMBUJANG | Alahaii bila anak Sis kirim gambarnya ni, dan bila nengok gambar anak bujang (kanan kemeja putih) anak satu-satunya lelaki yang Sis ada dan dialah yang bongsu, terus hati berkata, cepatnya masa berlalu, teringat zaman dia masih baby lagi, di dukung, di belai dan di cium-cium pipinya.

Tapi bila dah besar ni, maklum aje laa, jangan kata nak dukung, nak cium-cium pun dia ada perasaan malu depan orang, tapi dia cium kita takpe hahaha.

Dan ada masanya mata ni mengalir juga air mata bila nengok gambar anak-anak yang dah membesar ni. Kenapalah semuanya cepat sangat membesar. Dulu kecik-kecik meriah rumah, dengan gaduhnya, dengan nangisnya, rumah bersepahnya, tapi sekarang....bukak pintu bilik pun katil kosong..

Sis anak tak ramai, hanya 3 orang aje. Nombor satu dan dua perempuan, dan yang lelaki ni laa yang bongsu. Kalau ingat pengalaman waktu nak melahirkannya, Ya Allah rasa macam nyawa di hujung leher je, mungkin agaknya melahirkan anak lelaki memang sakitnya beza kot, tapi entahlah. Memang sakitnya masyaAllah Tuhan aje yang tahu.

Dari menahan constraction, hingga nak menerannya, sangat-sangat seksa satu tubuh badan. Sampaikan nurse yang di sisi Sis tu suruh Sis mengucap. Dalam hati kata 'Nak mati agaknya aku' hahahaha. Tapi bila anak dah keluar, nurse tunjuk 'kote' nya, alahaii hilang semua sakit hahahaha.

Sejujurnya ketiga-tiga anak Sis, Sis takde buat scan jantina, semua kira surprise, kecuali nombor dua Sis ada buat scan sebab jatuh bilik air, so nak tengok degupan jantung anak, tu pun Doktor kata anak lelaki, tapi gerak hati Sis masa mengandung kata anak perempuan, bila dah bersalin..haa kan betul perempuan hahahaha...


Now anak bujang Sis dah berumur 20 tahun, dan belajar di Politeknik Mersing amik Diploma dalam bidang Digital Teknologi Maklumat. So far alhamdulilah, memang itu minat dia, so memanglah dia boleh bawa. Sis tak paksa anak, apa yang mereka suka, Sis support aje, janji mereka belajar dengan minat dan happy. kang kalau paksa, susah jadinya kan.

Anak bujang Sis ni paling senang nak menjaga, dari kecik sampai ke besar, sangat tak cerewet dan tak banyak karenah, tak macam kakak-kakaknya, boleh pening kepala melayan satu-satu hahaha. Cumanya anak bujang Sis ni tak berapa rapat dengan Ayahnya, dia memang rapat dengan Sis, dah macam BFF. Semua rahasia semua cerita dengan Sis je dia nak bercerita. Kalau dengan Ayahnya, ada je tak kenanya.

Mungkin sebab masa anak bujang Sis ni kecik, Ayahnya sibuk mencari rezeki siang sampai malam, so masa dengannya sangat terhad. Beza dengan anak-anak perempuan Sis, Ayahnya balik opis hour, so banyak masa dengan anak-anaknya, sebab itu anak perempuan Sis rapat dengan Ayahnya. Tapi yang lelaki ni rapat dengan Sis.

Tu laa korang, Sis nak pesan, sesibuk mana pun kita mencari rezeki, ingat dan luangkan masa bersama anak. Beza dengan dulu, takde handphone nak bertanya khabar, sekarang kan ada telefon, ada wahtdapp semua, at least kalau sibuk, haa tanyalah khabar anak-anak tu. Biarlah orang kata, kita Mak Pak pulak nak bertanya khabar anak tapi anak tak amik kesah, takpe biar, nanti satu hari mereka akan sedar akan apa yang kita buat.

Ermm tak percaya buatlah..Sis cakap berdasarkan pengalaman. Kalau dah jenis Mak Pak tak kisah anak, then anak pun tak amik kesah, maka kedua-dua pihak senyap, sudahnya....hal ni akan membawa sampai ke tua, takde persefahaman dan tak akrab dalam hubungan keluarga.

Biarlah kita yang tua ni mulakan, apa nak malu, anak kita. Tuhan tu Maha Adil, satu hari nanti, anak-anak akan sedar akan prihatin kita kepada mereka dan berfikir 'Mak Ayah aku selalu tanya khabar aku, aku takde pun amik kisah hal mereka', yaaa itulah yang akan berlaku satu hari nanti..jangan sampai menyesal kemudian hari, selagi ada, hargailah.

Sis selalu cakap kat Suami macamtu, biarlah kita mengalah dengan anak-anak, apa jadi akan datang, berserah ajelah pada Allah. Anak-anak sekarang bukan boleh tegur sikit, kang melenting, so kenalah kita pepandai amik hati mereka walaupun banyaknya kita Mak Pak yang makan hati..

Hurmm gitulah kisahnya bila anak dah membesar. Moga Allah pelihara dan lindungan anak-anak kita dari perkara yang tak baik, aamiinn..


P/S: Hujan dari sebelum Subuh. Sejuk aje, apalagi..lapar...

40 comments:

  1. bila tengok anak kecik2, selalu cakap cepat la anak membesar, penat nak membesarkan anak ni kan.. tp bila anak dah besar time tu teringat masa kecik2, rindu zaman anak2 kecik kan sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Dilah, sebab tu Sis selalu bagitau adik-adik, jangan marah anak kalau rumah bising dan sepah, nanti bila dah besar semuanya, akan rindu suasana itu...

      Delete
  2. Sebak plak baca story sis lin ni.. anak2 huda dua2 lelaki dan diorg rapat dgn si ayah. Ke sebab huda ni garang diorg lagi selesa dgn ayah yer yg baik hati. Huhu. Kena ubah jadi ibu mithali lah. Sementara anak2 huda masih kecil ni nak sayang n peluk cium diorg byk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitulah Huda, anak ni akan rapat dengan kita bila mana kita amik perhatian dia, kalau jenis endah tak endah je, anak pun taknak dekat..

      Delete
  3. cepat masa berlalu kan kak, emaknya bila dah duduk rumah sorang-sorang memang mengenangkan teringat-ingat anak yang dok jauh....

    mak abah dana pun sama kak, kami 5 beradik 2 orang dh kawin dah duduk kl, dana dan maktek, yang bongsu lelaki kat UKm bangi tuh... nasibla ada 2 adik dana kerja kilang kat kampung dan duduk sekali dengan mak abah. Atleast takdelah mak sunyi bila duk sorang-sorang bila abah kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab duk sorang-sorang tu memang sedih Dana..belum tua dah tinggal berdua hahahaha

      Delete
  4. This must be how my parents feel 🤔 the closest feeling i got to this is towards my little cousins 😭💕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa..i feel that feeling and now i pun sama kesunyian..anak-anak balik sesekali pun tak sama dengan bila anak masih kecil...

      Delete
  5. Itulah.. Kak Sue pun rasa cepatnya lah anak-anak membesar. Kadang bila semua pi kerja, pi belajar, pi sekolah.. Ibu sunyi kat rumah. Kak Sue setuju bab biar kita yang mesej ambik tau hal anak kalau depa senyap, jangan dah anak diam.. Ibu pun diam. Alamatnya lama-lama tak ada kemesraan nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Kak, kalau memasing ego taknak mulakan dulu, makanya sampai ke tualah memasing diam membisu bila jumpa antara satu sama lain, banyak kes Lin jumpa macamtu...

      Delete
  6. Ya masa kecik lain dah besar tentulah lain dan sebagai anak bongsu dan satu-satunya anak lelaki tentulah sayang tu lebih kan... anak emak lah katakan... moga mereka tahu nilai kasih sayang ibu bapa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe anak Emak pun yaa, apa-apa nak beli nak itu ini semua Emak, maybe sebab Ayahnya garang nau hahahahah

      Delete
  7. Allahu. terasa sayu di hati bila baca post ni. betul la kan, bila anak2 dah besar tinggalkan kita dan dok jauh daripada kita T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Umi, bila anak masih kecil ni, peluklah ciumlah, biar rasa puas betul gan anak, nanti anak dah besar, takde laa rasa banyak terkilan tak buat...

      Delete
  8. Dah remaja anak-anak sis ye. Macam mana la anak besar nanti. Marina tkde boy. Tiga-tiga girl.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Marina, semua dah besar dah..tinggal berdua aje dengan Suami haaa

      Delete
  9. Bila dah tua2 macam wak ni
    anak2 dah ada kehidupan sendiri
    Sesekali anak2 cucu2 balik, meriah rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Wak, kena tunggu ada cucu la ek agaknya hahahaha...

      Delete
  10. semoga berjaya kepada anak buhang sis. Semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibubapa kelak.

    ReplyDelete
  11. Anak lelaki ni lebih manja dan dekat dengan ibu. Mungkin sebab karektor kbykan anak lelaki lbh pada ibu kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga, rezeki Sis la tu anak lelaki manja gan Emaknya...

      Delete
  12. Ya, anak-anak perlu diberi perhatian selalu. Tak kira umur, kena ambil tahu walaupun hanya bertanya khabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Maisarah..kita pernah jadi anak, so kita pun tau macam mana Mak Pak kita amik berat pada kita kan...so kita buat balik pada anak-anak...

      Delete
  13. Penting kita layan anak dengan baik dan jadi kawan.. Nad sekrg almost 24 hours jugala dengan anak-anak.. Hehehe..layan je apa diaorang cakap semua.. Sebab tau akan rindu nantyi bila diaorg besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruskan Nad, Nad macam Sis, semua urusan anak kita uruskan, dari hantar balik sekolah, kemudian tuisyen, semua Sis urus, sampailah dah habis sekolah...

      Delete
  14. semoga terus berjaya. anak-anak dah makin besar, tapi bagi saya, saya masih lihat anak2 masih kecil macam dulu2. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu kalau boleh nak begitulah...tapi bila bukak bilik kosong..maka redhalah anak-anak dah besar dah...

      Delete
  15. Dah besar dah anak akak ye. Takpe kak. Dah habis belajar nanti dah kerja takdelah sesibuk masa belajar. Time belajar memang jarang hubungi orang tua sebab ada kawan-kawan. Tapi lepas habis belajar, Qiss yang duduk rumah jaga orang tua. Alhamdulillah rezeki dapat jaga orang tua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr Balqish, kawin muda gini lerr..hehehehe
      Alhamdulilah Qiss, ada juga khidmat berbakti pada orang tua, macam Sis tak sempat, sebab kawin muda terus dh ada rumahtangga nak kena jaga...

      Delete
  16. betul tu sis lin. cepatnya anak membesar.. rinduuu

    ReplyDelete
  17. Semoga menjadi anak bujang yang berguna kepada keluarga dan juga kepada bangsa jadi orang beik dan juga sentiasa ingat jasa ibu bapa tu nanti tau.. Kita pun alami zaman ini wakakaka membesar sekarang dah tua wakakaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn..juga pada Maha ya...
      Maha tua tapi comel!

      Delete
  18. saya rasa mcm ni jugaklah perasaan mak saya. ya, kalau dulu masa sekolah menengah saya agak malu nak peluk & cium mak & abah depan org ramai. tapi sekarang, saya dah tak peduli. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kannn, bila kita yang cium dia, dia malu, tapi dah besar, dia yang peluk-peluk cium kita hehehe

      Delete
  19. saya setuju dengan perenggan-perenggan terakhir tu sis...sebab saya sendiri mak jenis hari2 telefon, bila dia tak telefon beberapa hari, kita rasa pelik pulak...gi la cari dia balik..hihihi...dan pernah juga nampak yang mak nya jarang telefon...memang sampai ke tua la macam tu..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Sis ko sebagai saksi, asyik le Emak ko je col ko hahahahaha...bagus Sun, bukan kata anak ingat Mak je, Mak kalau rindu col je anak, kalau dua-dua diam..ermmm faham-faham aje la tua nanti...

      Delete
  20. Wahhh, dah besar dah anak akak ye. Akak sebagai emak dia mesti sedikit sebanyak rasa macam tak percaya je masa berlalu cepat, tengok2 dah usia 20 tahun dah dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Emi, masa tu cepat sangat berlalu, rasa macam baru je peluk cium dukung anak-anak...huhuhu

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.